Saturday, December 19, 2009

Sehari di Penang 19 Dis 09 Sabtu


Sehari di Penang 19 Dis 09 Sabtu

Pertama kali hari ini (dan esok pastinya!) aku bawa anak jantan seorang aku itu ke dalam trek lumba Cub Prix. Biasanya aku akan “letakkan” dia dan ibunya, isteri aku seorang itu di dalam bilik hotel sahaja sehingga dia sudah keberatan untuk mengikuti aku jika bertugas sebagai Race Official di hujung minggu.

Melainkan di Litar Lumba F1 Sepang yang dia hanya menyaksikan acara di Grand Stand, di trek lumba Cub Prix ini aku bawanya hampir ke semua tempat-tempat yang biasanya hanya boleh dikunjungi oleh pegawai-pegawai perlumbaan yang tertentu sahaja.

Semuanya bermula di hujung minggu ini kebetulan aku tiada kelas untuk dikendalikan dan aku merancang untuk bersama-sama penganjur dalam Pusingan Terakhir Kejohanan Malaysian Cub Prix tahun 2009 ini. Sementelah rekabentuk trek Padang Kota Lama ini adalah hasil buah tangan aku dan paling manis pada tahun 1983 dahulu (setelah 26 tahun!) ketika di Tingkatan IV aku telah “hitch-hike” dari Ipoh semata-mata untuk menyaksikan Penang GP.

Pagi ini bermula di Lorong Kulit (Rope Walk). Sudah menjadi rutin kami 3 beranak mesti bersarapan di Gerai Sinar Bintang dan pusing seround-dua di Pasar Lambak ini kalau berkesempatan berada di Penang. Kemudian aku menghantar isteri seorang aku itu Plaza Gurney. Dia kurang minat “berpanas” dalam trek ini walaupun sebelum kami berkahwin dan semasa baru lepas berkahwin, dia juga seorang Race Official yang berlesen dan aktif.

Aku pula tidak bertugas pada hari ini dan esok. Sebenarnya untuk tahun ini aku hanya terlibat dalam penyediaan rekabentuk trek dan beberapa hal teknikal. Bagaimanapun petang semalam aku telah dipanggil untuk membantu mengubahsuai sedikit laluan trek setelah pegawai perlumbaan AAM membuat pemeriksaan keselamatan.

Walaupun berkali-kali diminta sendiri oleh Bulldog Kuan untuk membantunya hari ini dan esok, aku menolaknya dengan baik kerana aku sudah berjanji untuk membawa anak jantan seorang aku itu meng-explore-kan persekitaran trek selama 2 hari ini.

Merondalah kami berdua di dalam trek – itupun sekejab-sekejab dapat call untuk diminta tolong!

Sebelah petangnya selepas ambil isteri seorang aku itu yang “shopping sakan” di Plaza Gurney, kami singgah di Chowrasta untuk perkena Takua Goreng (Tauhu Goreng) dengan Ais Serbat (Air Kelapa campur Surap dan Selasih).

Besok satu hari lagi di trek.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/


Sarapan kami 3 beranak; Char Ketiaw, Mee Hokien, Nasi Lemak, Satay 10 Cucuk, Teh Tarik, Teh O Ais dan Teh O

Ingatkan Team mana? Rupanya pekerja Pos Malaysia baru habis bertugas!

Pengacara Malaysian Cub Prix TV3

Beli sebiji nak pergi kebun durian di Tukuro bagus juga ni!

Ayah belikan Hakim sebiji macam ni boleh tak?

No. 1 sampai 5 itu semuanya pernah biasa bersembang dengan anak jantan seorang saya ini.

Jaguh lama dalam Cub Prix

Jaguh baru dalam Cub Prix

Sudah besar rupanya anak jantan seorang aku ini!

Em, em! Pakcikpun nak tumpang sekaki?

Dua budak ini dari Alor Setar. Cuti sekolah pakcik - boleh juga dapat duit.

Lorong sempit Chowrasta

Murah aja!

Awatlah 1 kuali saja dari dulu! Berjanggut menunggu!

Sepuluh kali kata siap! Tapi tak sampai-sampai juga!

Set lengkap Takua Goreng dan Air Sarbat.

Satu set Takua (Tauhu) Goreng, Cucur Udang, Timun dan Kuah Kacang

Rahsianya makan panas-panas. Kalau bawa balik dah sejuk tak sedap!

Kuah boleh minta lebih! Ada juga yang order kuah taruk atas atau banjir!

Biji Selasih (macam telur katak, kata anak jantan seorang saya itu!)

Sirap diadun dengan Air Kelapa dan Isi Kelapa.

Laksa dengan dia tak boleh dipisahkan!

Kuah yang pekat dengan isi ikan

Banyak pula ulam-ulamnya!

Gambar ini ala-ala Raza pula!

Pelbagai lagi makanan yang ada.

Gerai Laksa tapi aku tak berapa suka.

Teh Halia sebelah Gerai Takua Goreng

Kalau minum berasap telinga

Baunya juga memberahikan!

Terlalu ramai budak kecil meminta sedekah!

Bukan dari luar tapi tempatan Penang!

Chowrasta dengan pelbagai jeruk!
Boleh pilih tak payah tunggu mengidam!

Buah Enau dari Indonesia

Saiznya hampir sebesar duit siling 20 sen (1kg RM 8.00)

Key Chain dan pelbagai cenderamata juga banyak dijual di sini.

No comments:

Post a Comment