Sunday, May 10, 2009

Perginya seorang Ibu Motorsport pada Hari Ibu

Kanan, Bulldog Kuan, 76 tahun bersama rakan karib seorang lagi legenda pelumba motor Malaysia 60an iaitu Chris Howell, 73 tahun. Gambar hari ini di rumahnya di No. 10, Jalan York, Pulau Pinang.

Perginya seorang Ibu Motorsport pada Hari Ibu

(Sabtu 9 Mei 2009. Perlumbaan Petronas Cub Prix Rd. 3 di Terengganu masih dalam saringan separuh akhir. Tinggal lagi tiga pusingan sebelum acara akhir. Bulldog Kuan sebagai Clerk-of-the-Course mendapat panggilan telefon memaklumkan isterinya di Pulau Pinang dalam keadaan tenat. Setelah berunding dengan Steward bertugas dan Pengarah Perlumbaan, Bulldog dinasihati supaya pulang ke Pulau Pinang. Kebetulan ada penerbangan Air Asia ketika itu. Bulldog sampai di rumahnya, No. 10, Jalan York, Pulau Pinang pukul 6 petang. Isterinya menghembuskan nafas terakhir di sisi Bulldog pada jam 4.30 pagi hari ini 10 Mei 2009, Hari Ibu.)

Aku mengenali Mr. Kuan Huan Chin atau lebih dikenali sebagai Bulldog Kuan pada petengahan 80an. Bermula dengan menyertai beberapa konvci motosikal akhirnya aku terlibat dalam penganjuran dan pengendali sukan bermotor terutamanya acara motosikal sehingga hari ini. Malah aku juga terlibat dalam beberapa acara antarabangsa dengannya seperti Japan International Enduro dan Asia Rally sehingga ke China.

Biasanya kalau acara sukan bermotor yang dianjurkan oleh Penang Motorsports Club (PMSC) akan kelihatan anak-beranak Bulldog Kuan. Dari Meng Heng bekas juara GP Asia yang kini Pengurus Malaysia Yamaha Racing Team, Meng Chin, bekas pelumba Cub Prix, Leong yang mengendalikan kedai motor Kuan Motor hinggalah ke Ah Leng anak perempuan Bulldog dengan suaminya.

Dalam pengendalian acara motorsport, Bulldog sebagai COC. Meng Heng sebagai Timbalan COC. Meng Chin sebagai Starter. Leong sebagai Chief Marshal. Manakala Ah Leng dengan suaminya Gary sebagai Race Control. Aku pula biasanya sebagai Secretary-of-the-Meet.

Hanya ibunya sahaja yang tidak kelihatan. Tetapi aku difahamkan Mrs. Kuan ini adalah penyokong kuat keluarga motorsports ini. Terutama semasa Bulldog masih bergiat aktif sebagai pelumba di tahun 60an.

(Bulldog juga selalu membandingkan aku, isteri aku seorang itu dan anak jantan seorang aku itu dengan keluarganya. Sementelah isteri aku juga seorang Race Control dan anak aku mula menghafal isyarat-isyarat bendera perlumbaan)

Aku kerap juga ke pejabat PMSC yang berkongsi lokasi dengan kedai Kuan Motor dan juga rumah Bulldog Kuan. Walaupun hanya bersapa sepatah-dua dengan Mrs. Kuan, kedatangan aku sentiasa dialu-alukan,

Aku singgah tengahari tadi memberi penghormatan terakhir kepada jenazah Mrs. Kuan, 73 tahun yang meninggal hari ini iaitu di Hari Ibu.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/


Bulldog semasa KL GP 1960 dengan motosikal Norton Manx, 500cc

Dari kanan, Bulldog, Mr Douglas Choong, Setiausaha Royal Perak Motor Club, RPMC dan Lukman Wan Mat Daud, Assistant Secretary RPMC. Gambar semasa Asia Rally, Malaysia-China

No comments: