Defender 110, Ninja 9 dan Katana sudah dimiliki
Antara hobi saya dan anak jantan seorang saya itu ialah
mengumpul replika model kenderaan terutama motosikal. Hingga kini tidak pasti
berapa jumlah sebenar yang telah dimiliki dengan koleksi kami memenuhi satu
almari kaca, rak-rak dinding dan ada sebahagiannya dalam kotak.
Hari ini 2 model yang sekian lama dicari telah berjaya
dimiliki iaitu Kawasaki Ninja GPZ900R dan Suzuki Katana GSX1100S. Saya sebenarnya
mencari Katana GSX750S tapi model GSX1100S ini hampir tiada perbezaan luarannya
dengan mopdel GSX750S.
GPZ900R sengaja saya “daftarkan” dengan nombor plat BCC9277
sempena bekas motosikal arwah MYB (kisahnya boleh dibaca di sini, di sini dan
di sini) dan juga merupakan superbike pertama yang saya tunggang. Saya juga
mengenali pemilik sekarang Ninja 9 ini dan insya-Allah akan merakamkan gambar
saya dengan Ninja 9 ini jika berkesempatan.
Koleksi akan datang- insya-Allah ialah Kawasaki GPZ1100,
Katana GSX1100/750 SE Savana dan Katana 650M Syaft Drive.
Janji saya pada orang rumah saya seorang itu jika saya sudah berjaya miliki semua koleksi berikut iaitu; (i) Land Rover Defender 110 Twin Cabin, (ii) Land
Rover Defender 110 Pickup, (iii) Kawasaki Ninja GPZ900R, (iv) Kawasaki GPZ100,
(iv) Suzuki Katana GSX1100/750S, (v) Suzuki Katana GSX1100/750SE dan (vi)
Suzuki Katana 650M Syaft Drive – saya akan “bersara” dari mengejar
replika-replika kenderaan lain.
Lainlah kalau ada orang nak bagi – saya masih boleh terima!
Ninja GPZ900R arwah MYB sebenarnya bernombor plate BCC9077 dan bukannya BCC 9277.
ReplyDeleteMulanya saya sudah memaklumkan kepada kenalan yang design plate no supaya membuat no. BCC9077 tetapi entah kenapa saya menukarnya pula ke no BCC 9277.
Dalam masa terdekat ini saya akan menukar semula no. plate tersebut ke BCC9077.