Takziah kepada keluarga Allahyarham Yusoff Bakar @ MYB Roda-Roda
Innalillahiwainnailaihirojiun.
Baru sebentar tadi saya dihubungi oleh beberapa rakan memaklumkan mantan majikan saya di Bayu Enterprise, pengeluar majalah motosikal Roda-Roda telah menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 3.45 petang hari ini.
Pada saya beliau bukan sahaja sebagai seorang majikan tetapi juga seorang bapa dan abang yang bertanggungjawab membimbing saya ke alam permotoran 2 roda ini.
Dalam alam permotoran 2 roda ini terutama pada pertengahan 80an, MYB dikenali sebagai Penghulu di kalangan penunggang-penunggang superbike ketika itu. Dari kumpulan kecil di kalangan sesama staff Nestle, kumpulan ini berkembang dengan pengelibatan Motorcyclist Association of Federal Territory & Selangor, Group Daya Bumi, Group Tabung (Tabung Haji) dan sebagainya,
Lahirnya majalah Roda-Roda pada keluaran sulongnya pada November 1986 dan berkekalan sehingga hari ini dengan bermatlamatkan untuk mendidik penunggang motosikal di Malaysia adalah jasa MYB yang akan dikenang selama-lamanya.
Takziah saya kepada ahli keluarga MYB dan juga kakitangan Bayu Enterprise.
lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/
8 comments:
Al-Fatihah
Terima kasih daripada kami sekeluarga.
Intan Yusoff
al-fatihah... jasanya tetap dalam kenangan
Assalam Intan kerana sudi lawat blog ini.
Sampaikan salam saya kepada emak, abang Yusri dan kakak.
Wsl
lukmanw@gmail.com
Teringat rumah di TTDI yang acapkali juga saya bermalam pada pertengahan 80an
wsalam :)
Insyaallah saya sampaikan...kami ada buka fan page Roda Roda di fb, jemputlah join ya
http://www.facebook.com/MajalahRodaRoda
Alfatihah..agak terkejut dgr berita pemergian Allahyarham...tidak menyangka catatan salam hormat dr MYB bg bulan mac merupakan catatan terakhir saya baca dr MYB sejak 20 tahun yg lalu....semoga rohnya dicucuri rahmat..terima kasih kerana membuka fan page roda roda... bergenang air dimata mengingati nasihat2 dr Allahyarham MYB...
Terima kasih atas ingatan murni kamu terhadap Boss.
AllahuRabbi... baru hari ni saya tau dia dah tak ada!
Last sekali saya bercakap dengannya menerusi telefon tahun 2010/2011 (tak berapa ingat). Masih ingat lagi suara dia tatkala bertemu di pejabat BE di Damansara Utama dlm tahun 1988.
Post a Comment