Thursday, September 25, 2014

Nasi Lemak UK





Nasi Lemak UK

Biasanya di mana-mana Stesen Bas adalah nadi kehidupan di bandar. Tetapi Stesen Bas Taiping kini hanyalah nadi yang tenat.

Bagi generasi lahir 60an macam aku, sudah tiga buah stesen bas aku ketahui ujudnya di Taiping. Bermula sebelah Bangunan Larut Matang yang semeriah-meriahnya sehingga era 90an. Kemudian berganti di tapak sekarang berhampiran Pasaraya Taiping Jaya atau lebh tepat belakang Arkib Mara. Sehinggalah pada awal 2000an terbinanya Stesen Bas Kamunting.

Hari ini kebetulan aku berkunjung semula ke Stesen Bas Taiping. Paling akhir aku sini ialah September tahun lepas yang kebetulan bulan terakhir kepada kebanyakan syarikat sebelum berakhirnya operasi perkhidmatan bas ulang-alik mereka.

Tenatnya nadi stesen bas ini berjangkit ke perkhidmatan sokongan sekeliling di stesennya. Hanya tinggal seuah dua sahaja gerai yang lesu menungguh pelanggan. Makcik Penjual Kueh ini kelihatan selesu-lesunya. Bulan September tahun lepas dia hanya mampu meraih tidak sampai RM 10.00 sehari, tetapi sekarang tidak berani aku bertanya. Jam sudah hampir 12 tengahari tapi kueh masih berbaki banyak.

Aku mengambil sebungkus Nasi Lemak yang bertulis UK dan dan memesan secawan Teh-O. Harga sebungkus Nasi Lemak UK ini (Udang Kacang) hanyalah 70 sen dan secawan Teh-O hanyalah 80 sen.

Sampai bilakah nadi di sini akan berdenyut?






No comments:

Post a Comment