Wednesday, March 04, 2015

Ronda Cari Roti – Roti Dholl vs Roti Celaru, Alor Setar












Ronda Cari Roti – Roti Dholl vs Roti Celaru, Alor Setar

Semalam saya di Alor Setar. Tugasan saya bermula 9.00am, saya sampai di Alor Setar jam 7.30am.

Macam nak baling dadu ke mana hendak pergi. Roti Dholl di Anak Bukit (Ahad lepas disiarkan dalam JJCM TV3) atau Roti Celaru di Sek Teknik.

Kata kenalan saya, kalau di Roti Celaru boleh berjumpa Mek Salleh, Chantal Viola dari Itali,  yang buat part time di situ. Saya pun ke Roti Celaru.

Order Roti Celaru tetapi dimaklumkan kuah hanya sampai 8.30am! Rupa-rupanya Roti Canai di sini pagi-pagi dimakan (dicicah) dengan Gula atau Susu.

Tak apa! Saya tunggu.

Roti Celaru ini disiat-siat, dimasukkan ke dalam cawan dan kemudiannya ditelangkup ke dalam pinggan membentuk segumpal roti.

Telur Goreng Separuh Masak kemudiannya diletak di atas gumpalan roti ini. Kuah yang terdiri dari Kuah Parpu Dal, Kuah Sadirn dan Sambal Tumis kemudiannya disiram di atas gumpalan roti ini.

Berbeza dengan Roti Dholl di mana kuah hanya diletak di keliling roti.

Dalam Kuah Sadirn juga terdapat seketul isi sadirn. Tidak pasti sama ada semua pelanggan mendapat isi sadirn ini atau saya yang bernasib baik.

Memang terbaik Roti Celaru ini. Kenyang sampai ke petang! Malah sampai ke malam.

Cuma kunjungan saya ke sini semalam tak berpeluang berjumpa dengan Mek Salleh! Dia tak ada!

Hendak makan Roti Celaru ini mudah sahaja. Masuk Tol Alor Selatan dan belok ke kanan menuju ke Bandar Alor Setar. Cari Sekolah Menengah Teknik di sebelah kiri jalan. Masuk laluan ke sekolah ini dan belok kiri jalan kecil di hadapan sekolah itu. Akan terjumpa dua buah gerai (gerai Roti Canai dan gerai Air Minuman) bersebelahan lori. Di sinilah Roti Celaru dijual, berhadapan barisan rumah bunglo.

http://orangkecilorangbesar.blogspot.com

No comments: