Thursday, February 09, 2017

Sumbangan ke Rumah Anak Yatim Ummu Sofiah, Trong




Sumbangan ke Rumah Anak Yatim Ummu Sofiah, Trong

Alhamdulillah, pagi tadi Komuniti Amal Taiping (KaT) menyampaikan sumbangan orang ramai kepada penghuni-penghuni Rumah Anak Yatim Ummu Sofiah, Trong. Sumbangan berupa:

1. T-shirt harian I'm Ummu Sofiah sumbangan Hamba Allah Kulim (penyumbang tetap).
2. Tudung dan Ketayap sumbangan Hamba Allah ahli Kelab Cintai Taiping (penyumbang tetap).
3. Kain Baju dan Seluar Seragam Sekolah sumbangan Hamba Allah dari Grup FB Taiping Zone.
4. Kari Sembilang Matang Pak Ya sumbangan Hamba Allah Taiping (penyumbang tetap).

Terima kasih kepada semua penyumbang-penyumbang termasuk kepada seorang rakan yang sukarela menghantar barangan sumbangan ini.


Mohon dipanjangkan doa kepada semua penyumbang-penyumbang ini. Semoga diberkati-Nya amalan semua Hamba Allah penyumbang ini. Semoga dipelihara-Nya kesihatan dan keselamatan, dimurahkan-Nya rezeki dan dipemudahkan urusan semua Hamba Allah penyumbang ini. Aamiin.

Monday, January 30, 2017

Ziarah Amal, Jamu Selera & Ramah Mesra
















































Ziarah Amal, Jamu Selera & Ramah Mesra

Bermatlamatkan menceriakan hati nurani penghuni-penghuni Pusat Jagaan Warga Emas ini dan memberi motivasi amal kepada anak-anak yatim dan anak tahfiz ini. Komuniti Amal Taiping (KaT) akan mengadakan lagi Program Ziarah Amal, Jamu Selera & Ramah Mesra Ke Pusat Jagaan Warga Emas Al-ikhlas Rozy (P) dan Pusat Jagaan Warga Emas Aminur Ain (L) di Ekspo pada bulan Februari 2017 ini. Tarikh sebenar akan diumumkan kemudian.

Setiap tahun KaT mengadakan Program Ziarah Amal,  Jamu Selera Sambil Beramah-mesra dengan penghuni Pusat Jagaan Warga Emas Al-ikhlas Rozy (P) Ekspo dan penghuni Pusat Jagaan Warga Emas Aminur Ain (L) Ekspo. Setakat ini KaT telah mengadakannya bersama penghuni Rumah Anak Yatim Nur Iman Kpg Pinang, penghuni  Rumah Anak Yatim Kediaman Cahaya Ain Bagan Serai, penghuni Rumah Anak Yatim Maahad Tahfiz Amal Nur Qaseh Batu 4, pelajar Lake View College Bukit Merah dan beberapa  badan amal/pelajar sekolah lain.

Biasanya program dibuat pada hari Ahad jam 9.00 pagi.

Tahun ini KaT ingin menjemput Madrasah Tahfiz An-nur menziarahi dan beramah mesra dengan warga emas ini.

KaT akan menaja/menyumbang makanan, kuih-muih dan minuman. Anak-anak akan menyerahkan sendiri sumbangan ini kepada warga emas dan membantu warga emas ini menjamahnya.

Sekiranya  ada tuan/puan yang ingin turut serta memberi sumbangan/tajaan dalam program ini, boleh menghubungi Penyelaras KaT, Lukman Wan Mat Daud 0195582626 Whatsapp. Sumbangan yang digalakkan adalah berupa kuih-muih, pemanis mulut, agar-agar/jeli dan sebagainya. Mohon siapkan dalam kotak untuk agihan (i) Warga Emas Al-ikhlas Rozy (P) x 35, (ii) Warga Emas Amiur Ain (L) x 20 dan (iii) Anak Tahfiz An-nur (P) x 30.


Terima kasih.