Friday, July 25, 2014

Lemang Jagung & Daging Dendeng




Lemang Jagung & Daging Dendeng

Prelude syawal dan rezeki iftar hari ini.

Lemang Jagung depan Deli Cafe Kamunting dan Daging Dendeng Ikram Gombak.

Alhamdulillah

Monday, July 21, 2014

Iftar 20 Jul 2014, NSC bersama penghuni Nurul Iman Kamunting




Iftar 20 Jul 2014, NSC bersama penghuni Nurul Iman Kamunting

Alhamdulillah sebentar tadi seramai hampir 30 orang penunggang dari Northen Shark Club (Panther) telah meraikan anak-anak yatim dan miskin Nurul Iman dalam majlis iftar. Rombongan NSC ini juga disertai oleh sekumpulan pemilik Suzuki Belang, Proton Saga dan Toyota DX/GL. Turut bersama-sama ialah beberapa jenama Suzuki yang lain. Jumlah kesemua tetamu hampir 60 orang.

Terima kasih di atas kunjungan dan sumbangan. Mewakili tuan rumah, kami memohon maaf jika terdapat yang kekurangan semasa majlis berlangsung.

Kelab-kelab ini juga merancang untuk mengadakan beberapa aktiviti lagi bersama penghuni Nurul Iman ini kelak.






























Thursday, July 17, 2014

Iftar Penghuni Rumah Nurul Iman dengan FB Group HotDTaiping



Iftar Penghuni Rumah Nurul Iman dengan FB Group HotDTaiping

Sebentar tadi, penghuni Rumah Anak Yatim & Miskin beriftar dengan rombongan FB Group HotDTaiping yang diketuai oleh En. Azwan Lokman. Selain dari iftar ini, FB Group HotDTaiping ini juga terlibat dengan beberapa kerja amal lain sepanjang Ramadhan ini.

Majlis hari ini bermula dengan tazkirah oleh En. Nazmi dari Taman Mewah dan dikuti dengan penyerahan sumbangan dan juga duit raya.

Terima kasih kepada penyumbang majlis iftar dan sahur hari ini. Terima kasih kepada FB Group HotDTaiping yang sudi meraikan anak-anak ini dengan beriftar bersama dan sumbangan yang dihulurkan. Terima kasih juga kepada beberapa penyumbang lain yang menjayakan majlis hari ini.