Monday, March 17, 2014

Project Code Name: XYZ EL





Project Code Name: XYZ EL
Duration of project: Hari cuti
Date start: Hari cuti
Date completion: Kena tunggu hari cuti lagi

*Material source: Kedai Barangan Rotan Pekan Kamunting, selang 3 pintu dari Kilnik Anisah

Home sweet home


Tiada yang lebih mengembirakan kepada yang berperjalanan jauh ataupun sekadar kembali dari tempat kerja apabila sudah terlihat papan tanda (atau land mark) yang menunjukkan kediamannya sudah amat hampir :-)

Home sweet home

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com

Thursday, March 13, 2014

Mengasyikan kepada penunggang motor



Mengasyikan kepada penunggang motor

Berita semalam


Hari ini 7am di Tol Sg Dua menghala ke Utara. Tiada yang lebih mengasyikan semasa berulang-alik kerja Taiping-Sintok-Taiping, singgah minum air dibekalkan isteri sambil menunggu mana-mana "saing" untuk diekori.

Mengasyikkan lagi jika "saing" sama jenama dan model ataupun cc sama tapi jenama/model berbeza. Kalau muncung burung Jerman dan skuter Taiwan pun kadang-kadang meriah juga.

Tepatlah kata ramai juara cubprix (malah pelumba kelas lain), posisi ke 2 (mengekori) pendahului banyak kelebihannya




Berita Hari ini


Pagi tadi dalam berperjalanan, perut berkeroncong. Teringat warung di Susur Keluar sebelum Tol Sg Dua (menghala ke utara) - namapun Highway Corner.

Tiada yang mengasyikan lagi mendamaikan pengembara jalanan bermotor apabila menjamah kudapan dengan motosikal tersengam di hadapan mata.


lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com

Wednesday, March 12, 2014

The Return of Do Re Mi




The Return of Do Re Mi

Selepas Jack Reacher (2012, Tom Cruise) terasa nak ulas filem Do Re Mi pula dengan elemen tikar terbang dan teropong ajaib :-)

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Tuesday, March 11, 2014

Amalan 5S di Kedai Hardware





Amalan 5S di Kedai Hardware

Hari cuti ditunggu-tunggu sama ada saya berlibur dengan keluarga, menunggang motosikal (berglir samada dengan isteri atau anak) atau membuat kerja-kerja DIY. Untuk kerja-kerja DIY, saya memilih Kedai Hardware bersetentang dengan Esso Kamunting untuk membeli barangan keperluan.

Saya selalu merunggut kepada pemilik 3 beradik kedai ini yang sebelum ini yang hanya meletakkan pelbagai skru (bolt & nut) di atas meja yang bersepah-sepah.

Kunjungan saya baru-baru ini mendapati semua skru tersebut diletakkan dalam bekas khas berlabel. Lagi menarik lagi di atas penutup bekas terpakai itu diletakkan juga satu contoh skru untuk memudahkan pelanggan mengenalpasti dan memilihnya.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

MH370 - keprihatinan anak Taiping dgn hasil graffiti mereka






MH370 - keprihatinan anak Taiping dgn hasil graffiti mereka.

Credit to  Spuxs Oneonefour Eman dan Sira One.

Monday, March 10, 2014

“Ayah – macam ada kaitanlah ayah!”, remajapun boleh bertanya.


“Ayah – macam ada kaitanlah ayah!”, remajapun boleh bertanya.

Komplot pembunuhan rambang lima orang untuk menutup motif

James Barr (lakonan Joseph Sikora), bekas penembak hendap askar Amerika semasa bertugas di Iraq pernah ditangkap kerana membunuh tetapi tidak didakwa kerana didapati mangsa-mangsa yang dibunuhnya adalah penyenayah yang dikehendaki. Barr membunuh akibat kebosanan kerana tugasannya di Iraq tidak membolehkannya mengamalkan kemahiran menembaknya. Kes dikendalikan oleh pegawai penyiasat, Jack Reacher lakonan Tom Cruise.

Kembalinya ke Pittsburgh, Pennsylvania, Barr kemurungan dan hidup menyendiri sehinggalah dia ditangkap atas tuduhan membunuh dengan rambang lima orang di tebing Sungai North Shore Trail.

Semasa ditawarkan mahkamah sama ada pengakuan diikuti penjara seumur hidup atau dihukum mati setelah disabitkan pembunuhan rambang tersebut, Barr menulis satu nota untuk peguamnya, Helen Rodin (Rosamund Pike), Nota tersebut tercatat – dapatkan Jack Reacher "Get Jack Reacher". 

Reacher mulanya mempercayai Barr bersalah atas pembunuhan rambang tersebut mulai curiga apabila mendapati modus operasi Barr tidak mengambarkan kemahiran dan ketelitiannya sebagai penembak hendap yang cekap. Barr ditangkap semasa tidur di rumahnya dengan bukti van dan senjata yang digunakan ada di rumahnya. Sabitan juga berdasarkan cop jari pada syiling yang dijumpai dalam mesin duit tempat  letak kenderaan.

Bermula dengan “lokasi pilihan” Barr iaitu tempat letak kereta yang mengadap cahaya matahari, lokasi yang sukar melarikan diri (sedangkan ada pilihan terbaik iaitu dari dalam van di atas jambatan), kelonsong peluru yang ditinggalkan, sebutir peluru yang tersasar (dijumpa dalam bekas mesin minuman) hinggalah kepada bukti syiling yang digunakan untuk mesin tempat kenderaannya yang mempunyai kesan cap jari Barr.

Dipendekkan cerita, ada pihak yang mengambil kesempatan sifat kemurungan Barr dan rekod lampaunya di Iraq untuk menutup satu konspirasi pembunuhan seorang dari lima mangsa yang dikatakan pembunuhan rambang tersebut. Ketika mahkamah memutuskan Barr bersalah membunuh lima mangsa secara rambang (tanpa motif), Reacher muncul mencari kebenaran.

Selepas menonton bersama ada soalan yang diuraikan, ayah – macam ada kaitanlah ayah!”, remajapun boleh bertanya.


Jack Reacher is a 2012 American thriller film. It is an adaptation of Lee Child's 2005 novel One Shot. Written and directed by Christopher McQuarrie, the film stars Tom Cruise as Jack Reacher.

Tuesday, March 04, 2014

Assalamualaikum / Salam Sejahtera
Adalah dimaklumkan bahawa pelajar Akademi Autisme Kedah yang terletak di Taman Malaysia, Pumpong, Alor Setar, Kedah, amat memerlukan sumbangan untuk pembelajaran mereka. buat masa sekarang terdapat 10 orang pelajar yang belajar di situ. untuk makluman, terdapat tiga orang pelajar (tiga beradik) yang sangat memerlukan bantuan kerana tidak berkemampuan dari segi kewangan. mohon sesiapa yang sudi untuk menaja sebanyak RM300 untuk seorang pelajar (bagi setiap bulan selama setahun atau dua tahun).
selain itu, sumbangan untuk tabung Persatuan Autisme Malaysia juga dialu-alukan.
segala sumbangan untuk tajaan dan tabung persatuan boleh disalurkan ke akaun CIMB : 8601683720 atas nama Persatuan Autisme Kedah.
sebarang pertanyaan boleh hubungi Pn Noraziah, Pengetua, Akademi Autisme Kedah di talian 012 5747446.