Friday, January 30, 2009

PERISYTIHARAN CUTI UMUM NEGERI

PERISYTIHARAN CUTI UMUM NEGERI

Bagi menjulang serta memartabatkan kegemilangan upacara perayaan sambutan jubli Perak sempena 25 tahun pemerintahan kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak, maka dengan ini kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak telah bersetuju dan meluluskan pengisytiharan tarikh 3 Februari 2009 (Selasa) bersamaan 7 Safar 1430H sebagai cuti umum bagi seluruh jajahan takluk negeri Perak Darul Ridzuan.

Upacara penganugerahan bintang tertinggi AZLANII yang akan berlangsung pada 3 Feb. 2009 jam 10.00 pagi, di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar turut mendapat liputan langsung. Dengan cuti umum ini, akan memberi peluang kepada seluruh rakyat Perak khususnya bagi mengikuti siaran langsung tanda memperingati tarikh tersebut.

Maka saya mengajak seluruh rakyat Perak mengambil kesempatan cuti umum ini untuk merayakan Jubli Perak bersama-sama kerajaan negeri. Berbagai-bagai majlis dan program telah diatur bagi memperingati sambutan jubli Perak ini. Kemuncaknya ialah pada 14 Feb. 2009 yang mana semua DYMM Tuanku Sultan setiap negeri termasuk TYT Sabah, Melaka, Pulau Pinang dan Sarawak) , DYMM Sultan Brunei dan pemimpin negara akan berada di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar bagi satu upacara gemilang.

Sama-samalah kita berdoa agar Allah SWT melindungi kebawah DYMM Paduka Sri Sultan Perak dan Permaisuri serta seluruh kerabat diraja dikurniakan kesihatan, keampunan serta keadilan dalam memerintah negeri Pereak DR yang kita cintai ini.

Posted by Dato' Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin
http://kamparinn.blogspot.com/

Thursday, January 29, 2009

Mailah singgah!



Mailah singgah!

Ini bukan ajak-ajak ayam! Kalau “terlajak” ke Changlung ka!, Bukit Kayu Hitam ka! Danok ka! Hatyai ka! Lalu Hinghway Bukit Kayu Hitam – Kuala Perlis ka! Mailah singgah rumah aku. Rumah besar ”dua-tingkat” dengan tiga bilik tidur dan tiga bilik mandi! Sekali lagi diulangi tiga bilik tidur dan tiga bilik mandi dan aku dok sorang-sorang saja!

Aku dok DPP MISC (Dewan Penginapan Pelajar MISC). Pejabat aku di Bilik No. 247, BPSM (Bangunan Perkembangan Sosial & Manusia), Kolej Sastera & Sains.

Biasanya aku ada di hari Selasa dan Rabu sahaja. Selasa sibuk dengan perjumpaan SDG (Self Development Group) dengan dua group pelajar. Satu group 10 orang puak Pak Arab dan satu group lagi 10 orang anak Malaysia.

Sabtu dan Ahad – maaflah. Itu time aku kerja!

(Agak-agaknya ini yang dinamakan “ajak-ajak ayam”!)

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com

Menarik di Ipoh 3 - 8 Feb 09

Tuesday, January 20, 2009

Qulil Haqqo walaw kana Murron

Raza – tahu apa makna ini?

“Qulil Haqqo walaw kana Murron” (ini kena translate sendiri!)

Ada ”rakan sekolah” aku menanyakan adakah aku masih boleh bercakap Arab. Sememangnya aku belajar bahasa Arab (Tkt 1 - 3) tapi semata-mata untuk syarat mendapatkan biasiswa. Malah aku juga lulus Peperiksaan 4-Sanawi yang membolehkan aku untuk menjadi ”Penghulu Muda”!

Tapi ”kelulusan” aku itu jauh seperti langit dan bumi dengan pelajar-pelajar pondok yang penuturan Arabnya petah. Aku? Hendak membilang sampai sepuluhpun sudah kelesuan.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com

Klik di sini untuk posting berkaitan. Sekali-sekala "terpacul" juga terutama apabila "marah"! Marah? Jangan marah - nanti kena jual!

Pemberhentian Pekerja Kilang Di Perak Dijangka Serius

Pemberhentian Pekerja Kilang Di Perak Dijangka Serius

IPOH, 19 Jan (Bernama) -- Masalah pemberhentian pekerja sektor perkilangan di Perak dijangka serius terutama yang melibatkan sektor pembuatan dan pasaran eskport, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Beliau berkata sehubungan itu, kerajaan negeri mendapatkan khidmat beberapa pakar untuk memberikan nasihat bagi menangani masalah yang akan berlaku akibat kesan kemelesetan ekonomi dunia yang semakin dirasai kini.

"Kerajaan negeri terpaksa menangani masalah pemberhentian pekerja ini walaupun sebahagian besar daripada mereka adalah pekerja asing seperti dari Nepal dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan watikah pelantikan Datuk Bandar dan Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Perak di sini, Isnin.

Beliau bagaimanapun tidak memberikan jumlah pekerja sektor perkilangan di Perak yang bakal terjejas akibat penutupan kilang-kilang yang beroperasi di negeri ini.

Kerajaan negeri juga telah merangka beberapa langkah bagi membantu pekerja sektor perkilangan dari kalangan rakyat Perak yang dijangka turut terjejas dengan keadaan itu, katanya.

"Satu daripadanya ialah kita mahu semua PBT memberikan kelulusan segera kepada rakyat Perak terbabit yang memohon premis perniagaan untuk memulakan perniagaan," katanya.

Mengenai kakitangan kerajaan negeri yang bertaraf kontrak, Mohammad Nizar berkata setakat ini belum ada yang diberhentikan.

"Tidak ada keperluan untuk membuang pekerja kontrak kerajaan negeri pada ketika ini. Khidmat kesemua mereka diperlukan dan kerajaan negeri masih berkemampuan untuk meneruskan khidmat mereka," katanya.

-- BERNAMA

Thursday, January 15, 2009

Tukuro kapungku (Batu Kurau kampungku)




Tukuro kapungku (Batu Kurau kampungku)

Inilah tanah kelahiranku. Terkenal dengan buah durian yang tiada tandingan. Terleka dengan ”pekan koboi” yang kemalu-maluan!

Tukuro kapungku!

Klik di sini dan di sini untuk cerita lanjut.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/


SEJARAH BATU KURAU

Batu Kurau merupakan salah sebuah mukim di daerah Larut Matang yang terletak kira-kira 20 Km dari Bandar Taiping.

Dari sudut sejarah, Batu Kurau telah dibuka sejak tahun 1850-an lagi, apabila pemimpin Batu Kurau yang pertama iaitu Tok Amar Wan Kasa Bin Raja Hulubalang Petani telah dilantik menjadi Penghulu pada tahun 1859-1867. Dalam hal ini didapati sejarah kewujudan mukim Batu Kurau adalah sezaman dengan sejarah pembukaan dan kemajuan bandar Taiping pada tahun 1850-1857 semasa Long Jaafar menjadi pembesar di jajahan Larut (Taiping).

Menurut orang tua-tua, asal-usul nama Batu Kurau diambil sempena daripada seketul batu besar yang menyerupai ikan kurau terletak di tebing Sungai Kurau (berhampiran jambatan jalan raya Kampung Batu 14). Sungai ini berpunca daripada beberapa batang anak sungai dari Kampung Sempeneh, Anak Kurau, Changkat Lobak hingga ke Kampung Pondok Tanjung, seterusnya mengalir ke Bukit Merah dan masuk muara di Kuala Kurau, daerah Kerian.

Penduduk di Batu Kurau kebanyakannya terdiri daripada orang Melayu keturunan Petani yang mempunyai pertalian darah dengan penduduk wilayah Pattani, Selatan Thai. Sememangnya orang Petani suka memilih tempat yang strategik untuk membuka kampung sesuai dengan cara hidup mereka yang bercucuk tanam dan menternak haiwan. Mereka suka tinggal di kawasan kaki bukit yang mempunyai lata sungai yang jernih airnya serta kawasan tanah pamah yang berpaya untuk menanam padi. Kawasan kaki bukit memang sesuai untuk tanaman pokok buah-buahan seperti durian, langsat, manggis, cempedak dan sebagainya; sementara lata yang mengalir ke sungai-sungai dapat membekalkan air ke sawah padi. Justeru, kehidupan orang Petani yang begitu simbiosis dengan faktor alam semula jadi ini telah menjadi satu nostalgia sebagaimana dengan serangkap lagu lama orang Petani seperti di bawah :

Ayun pak pek pak pong,
Gulai asam pedas,
Pakai baju tampung,
Lenggang bagai duras,
Duras buaya kampung,
Hilir-hilir mudik,
Mana kampung kita,
Balik sana bukit!

Justeru, walau di mana jua di negara ini, jika kita melihat pemandangan topografi seperti ini sudah pasti penduduknya adalah terdiri daripada orang-orang Petani. Sebagai contoh di negeri Perak orang Petani juga tinggal di Ijok, Selama, Bukit Gantang, Air kuning, Lenggong, Gerik dan Pengkalan Hulu; sementara di Kedah pula seperti di Baling dan juga Sik.

Nama-nama tokoh besar yang lahir dari Batu Kurau ialah seperti Allahyarham Dato’ Seri Hj. Kamaruddin B. Mat Isa mantan Menteri Besar Perak yang kelima (1970-1974) yang berasal dari Kampung Batu 16. Selain itu, Allahyarham Tuan Hj. Muhammad Saman B. Muhammad yang lebih dikenali sebagai Hj. Mat Saman Kati (1922-1995) berasal dari Kampung Relau Berdiri, Batu 16; merupakan seorang ulama terkenal dan pernah dilantik sebagai Mufti negeri Perak dari tahun 1978-1986.

Nama-nama Penghulu mukim Batu Kurau dari zaman dahulu hingga sekarang adalah seperti berikut :

1. Tok Amar Wan Kasa B. Raja Hulubalang Petani (1859-1867)
2. Wan Musa B. Tok Amar Wan Kasa (1868-1881)
3. Tok Semanggik B. Wan Musa (1882-1887)
4. Wan Teh Safiah Bt.Wan Ismail (1888-1889)* Satu-satunya Penghulu kaum wanita
5. Mohd. Ali B. Tok Amar Wan Kasa (1890-1895)
6. Hj. Mohd. Noh B. Laksamana Mohd. Amin (1896-1897)
7. Hj. Mohd. Saman B. Hj. Mohd. Amin (1898-1901)
8. Raja Chik Abd. Hamid B. Raja Hj.Yahaya;Tok Muda Imam Paduka Tuan (1902-1904)
9. Raja Hj.Yahaya B. Raja Syed Mohd. Ali (1905-1907)
10. Raja Shahbuddin B. Raja Dagang; Tok Seri Rakna (1908-1910)
11. Hj. Abdullah Ali B. Retam; Tok Perdana (1911-1913)
12. Mohd. Sulaiman B. Salleh (1914-1919)
13. Mohd. Sajak B. Pandak; Tok Rakna Sakti (1920-1930)
14. Pandak Abd. Karim B. Doya; Tok Rakna Bongsu (1931-1936)
15. Mat Piah B. Abdullah (1937-1946)
16. Hj. Wan Abd. Manan B. Hj. Wan Abu Bakar (1947-1953)
17. Raja Sulaiman B. Raja Abdullah (1954-1960)
18. Meor Mohd. Yusoff B. Hj. Meor Hamzah (1961-1962)
19. Raja Ismail B. Raja Ahmad Tajuddin (1963-1969)
20. Megat Amir B. Megat Yahia (1969-1971)
21. Wan Abdullah B. Wan Im (1972-1974)
22. Abd. Aziz B. Hj. Rafie (1975-1979)
23. Zolkapli B. Adnan (1980-1987)
24. Hj.Tun Yaacob B. Hj.Tun Abd. Raffar (1988-1993)
25. Zolkapli B. Adnan (1994-2006)
26. Zulkhalil B. Hj. Ahmad Razali (2007)

Batu Kurau mempunyai 21 buah kampung dengan Ketua Kampung masing-masing:

1. Kampung Batu 14
2. Kampung Batu 15
3. Kampung Batu 16
4. Kampung Batu 20
5. Kampung Pantai Besar
6. Kampung Sungai Ara
7. Kampung Gudang
8. Kampung Relang
9. Kampung Jelai
10. Kampung Air Hitam
11. Kampung Pondok Quin
12. Kampung Bukit Bertam
13. Kampung Changkat Perah
14. Kampung Titi Kasai
15. Kampung Jabi
16. Kampung Repoh
17. Kampung Sempeneh
18. Kampung Anak Kurau
19. Kampung Perak
20. Kampung Ulu Sepetang
21. Kampung Pondok Tanjung

Selain itu, ia juga mempunyai beberapa buah kampung kecil yang lain di bawah seliaan Jawatan Kuasa Kerja Kampung (JKKK) dan Ketua Kampung masing-masing.

Wednesday, January 14, 2009

Sumbangan dari Carlos Latuff terhadap isu Gaza

Sumbangan dari Carlos Latuff terhadap isu Gaza

Kartun di atas adalah sumbangan dari Carlos Latuff (gambar bawah) terhadap isu Gaza. Berikut adalah penyataan dari Latuff untuk karya-karyanya dalam laman Deviantart Dot Com.

"Download for free zip files containing Palestine high-resolution artworks (cartoons, photomontages, comics) produced by me from 2002 to March, 2008. All the artworks can be freely reproduced, without my formal permission."

Apa sumbangan anda? (juga ingatan untuk saya!)

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/



25 buah Mitsubishi Evolution untuk PDRM

25 buah Mitsubishi Evolution untuk PDRM
(Gambar diterima melalui email)

Syabas PDRM!

Agak-agaknya ada tak yang “berjiwa patriotik” mempersoalkan mengapa PDRM tak beli Perdana? Perdanapun boleh pecut sampai 300 kmj!

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Aku mewakili mereka yang di bawah

Gambar-gambar diterima melalui email






Aku mewakili mereka yang di bawah

................ dan bukannya mereka yang di atas.

Memang aku mengakui posting ”Boikot Produk Amerika” sebelum ini mempersoalan kewajaran kita memboikot produk-produk Amerika yang dikilangkan di Malaysia. Sejujurnya aku persoalan itu mewakili mereka yang di bawah dan bukannya mereka yang di atas.

Mereka yang di atas hanyalah ”sekadar nama” yang kelibatnya hanya sekali-sekala datang untuk mempengerusi majlis. Muncul sekali-sekala di hadapan tv mewakili syarikat. Timbulnya mereka berkepuk-kepuk masuk. Mereka ini tidak terjentik sekelumit pun jika menjadi insan pertama memboikot atau lebih jantan dengan meletak jawatan sebagai pengerusi atau pengemeja mana-mana syarikat berkait Amerika ini.

Jauh bezanya dengan mereka yang di bawah yang kelibatnya kadang-kadang tidak kering peluh di baju. Tidak kira panas terik atau hujan berhamburan tetap hadir mencari nafkah. Tidak muncul sekali-sekala hanyalah anak sakit di rumah. Mereka ini yang akan mengeluh jika tiada over-time apatah lagi jika teruzur sakit demam. Gaji belum diterima tetapi sudah ditolak sana-sini perbelanjaan seharian.

Ahad lepas aku di Pulau Pinang. Sepupu orang rumah seorang aku itu mengeluh pilu. Kilangnya (kata buat lampu) akan mengumumkan senarai nama pekerja yang kena VSS pertengahan bulan ini.

Bercucuran air mata si anak gadis baru melangkah 20an ini. Berdoa agar namanya tiada dalam senarai. Tiada guna duit setompok yang diberi ganti untuk perkhidmatannya selama 6 tahun. Habisnya jua.

Beruntungnya si gadis ini yang berkongsi bumbung dengan ibu tua dan kakak. Ada abang yang boleh menitip seringgit dua.

Tetapi bagaimana dengan Pak Ali yang anaknya 8. Sulongnya baru tingkatan 5 dan bongsunya belum menjejak halaman sekolah.

Kak Salmah pula siibu tunggal. Anaknya 5 perempuan belaka. Memang sulongnya sudah bekerja tetapi hanya lepas untuk diri sendiri. Tinggal 2 di sekolah menengah dan 2 sekolah rendah yang perlu ditanggung.

Sanggupkah atau perlukah Pak Ali atau Kak Salmah memboikot (atau berhenti kerja) di kilang yang mereka kerja yang kebetulan berkaitan dengan produk Amerika?

(Sekurang-kurangnya anak jantan seorang aku itu sudah bersetuju sanggup untuk tidak makan KFC dan McDonald buat tempoh ini!)

Klik di sini, dan di sini untuk artikel berkaitan.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Tuesday, January 13, 2009

#@&*^%$#@ punya bapak!

#@&*^%$#@ punya bapak!

Inilah yang menjadi kemarahan aku!

Ahad lepas aku berada di USM. Bukan mengajar tapi ada projek Suzuki dengan pelajar-pelajar di sana.

Dalam perjalanan pulang anak jantan seorang aku itu teringin naik feri. Maka kami tiga beranak dengan mak mertua dan adik ipar aku yang kebetulan melawat abang mak mertua aku yang kena stroke terlantar di Hospital Besar Pulau Pinang, mengambil keputusan menaiki feri.

Seperti diharap-harapkan kereta kami ”berjaya” ditempatkan di laluan tepi sekali di sisi dinding terbuka feri.

Betul-betul di hadapan kami, ada seorang bapak yang ”#@&*^%$#@ punya bapak!” membiarkan anaknya memijak kepala paip di tepi dinding terbuka feri itu. Badan sianak ini telah ”melepasi berat bawah badannya” jika dibandingkan dengan ketinggian dinding feri tersebut. Apa yang sehingga ”menakutkan” mak mertua aku ialah sibapak ini langsung tidak memegang badan atau tangan anaknya itu.

Aku bukanlah berdoa! Tapi kalaulah anaknya terjatuh ke dalam laut, aku rasa akulah orang yang pertama yang ”menyepak” sibapak ini.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Klik di sini untuk mengetahui perundangan berkaitan ketinggian yang selamat pada pengadang.

Apa kaitannya rokok, kondom dan biskut?


Mencarut yang dibenarkan? Anda marah?

Mencarut yang dibenarkan? Anda marah?

“Kucing!”
“Bulu ketiak engkau!”
“Halal jadi!”

(Bayangkan pula jika anda dihamunkan perkataan-perkataan atau ayat-ayat sebegini; “Babi!”,“Kepala hotak engkau!”,“Haram jadah!”)

Itulah pesanan “tok guru” saya. Kalau marah, sebut perkataan-perkataan yang baik-baik.

Pesan Dato Dr. Hj. Pakar motivasi dan “saksi kahwin” Mawi pula – kalau marah jangan berdiri, duduk!

Kalau saya marah pula, saya akan tidur!

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Wednesday, January 07, 2009

Are you having Alzheimer Disease?

Are you having Alzheimer Disease?
(Received thru email)

This is a REAL neurological test. Sit comfortably and be calm.



This is NOT a joke.

If you were able to pass these 3 tests, you can cancel your annual visit to your neurologist.

Your brain is great and you're far from having Alzheimer Disease. Congratulations!

Give-up to try? Click here for the answers.

Boikot produk Amerika

Antara produk Amerika. Sumber laman web Persatuan Pengguna Muslim

Boikot produk Amerika

Ada yang marah-marah kat aku apabila aku “mempersoalkan” perlukah kita memboikot produk Belanda semasa isu filem Fitna (Geert Wilders) dahulu. Tetapi ramai yang menyetujui pandangan aku dalam posting “Orang rumah Vs Fitna Wilders”.

Antara produk-produk barangan Amerika di Malaysia ini terdapat dua produk makanan iaitu Maggi dan McDonald. Memang benar! Kedua-dua produk ini adalah berasal dari Amerika tetapi di Malaysia di mana produk ini dibuat dan dipasarkan menggunakan tenaga-tenaga anak Malaysia yang majoritinya adalah orang Melayu.

Di tengah kemelut ekonomi merundum ini, aku ingin mendapat pandangan ramai jikalah kempen memboikot ini berjaya, bagaimanakah nasib pekerja-pekerja di kilang Maggi ini dan juga di outlet-outlet McDonald ini?

Memang benar jika yang berkata banyak lagi alternatif makanan untuk dua produk ini. Itu dari segi pengguna dan kuasa pengguna. Bagaimana dengan pembuat atau lebih khusus pekerja-pekerja di kilang Maggi dan outlet-outlet McDonald ini?

Sama-samalah kita fikirkannya. Apa yang pasti kejadian seorang ibu mencuri barangan makanan di pusat membeli-belah di Pulau Pinang sepatutnya tidak berlaku. Aku difahamkan ibu ini terdesak kerana baru diberhentikan kerja di sebuah kilang di sana.

Berikut adalah posting aku terdahului;




Adakah kerana Fitna Geert Wilders, akan terdengar dialog sebegini;

(Klik di sini atau pada tajuk di atas untuk posting asal dengan keterangan gambar)

Abang!, Ayang nak minta maaf awal-awal lagi. Hari ini Ayang tak boleh hantar anak jantan abang seorang tu ke sekolah sebab minyak kereta habis(1). Ayang tak boleh hantar dia ke stesen bas sebab Ayang tak boleh mandi kalau sabun(2) dan syampu (3) tak ada. Kalau tak bersabunpun macamana nak hilang bau ketiak (4).

Kalau abang balik rumah nanti, janganlah marah-marah tengok kain baju bertimbun. Sabun basuh (5) tak ada. Pinggan mangkuk pun dalam sinki lagi (6). Lantaipun dah berkulat (7). Nasib baik kita tak ada baby kecik. Tapi anak jantan abang seorang tu nak susu juga (8).

Dalam perjalanan balik nanti, abang singgahlah beli nasi bungkus. Ayang tak masak hari, minyak masak dah habis (9). Kalau rebus-rebuspun, perasa (10) tak ada. Cadang Ayang nak buat kuih petang ini pun tak jadi (11) sebab majerin tak ada. Kalau abang teringin Karipap Telur Besar tu abang beli untuk abang dan anak jantan abang seorang itu sudahlah. Ayang tak mahu, takut gemuk sebab susu yang Ayang minum itu sudah habis (12). Jangan lupa beli teh Mamak sekali. Uncang teh kat rumah pun dah habis (13).

Malam ini kita pergi tengok wayang boleh tak abang? TV rumah kita itu sudah tak ada (14).

Akhir sekali, kalau abang nak balik itu, jangan ikut jalan biasa sebab ada road-block. Insuran dan Road Tax kereta abang itu dah mati (15).

Saaaayang abang. Muaaaaaah!

(Jangan nak mengada-gada! Nak dijadikan alasan, bersepah-sepah lagi produk alternatif termasuk buatan Malaysia di luar sana!)

lukmanw@gmail.com

http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Best design of construction

Diterima melalui email




Laman web komuniti

Laman web komuniti

Ikhlas dan jujur saya katakan, laman web Anak Perlis adalah laman komuniti terbaik setakat ini. Di samping bermotifkan mengumpulkan anak-anak Perlis sama ada di negeri Perlis dan juga di perantauan, laman ini tidak terlalu formal, masih mengekalkan elemen-elemen kenegerian.

Memang ada laman-laman web komuniti yang hebat-hebat seperti Subang Jaya tetapi bagi saya ianya terlalu formal.

Sebagai anak kelahiran Batu Kurau, saya juga mengikuti dan mendaftar dalam laman web komuniti Tukuro (Batu Kurau). Mungkin hanya dilahirkan di sana dan kemudiaannya dibesarkan di luar Taiping, banyak dialek-dialek yang ditulis (dibincangkan) dalam forum di laman web ini tidak difahami saya. Kadang-kadang kena merujuk kedua-dua orang tua saya!

Hari ini saya dimaklumkan sebuah laman web komuniti lagi iaitu; TaipingKu Online Com Community. Saya belum lagi mengambil peluang melayari laman web ini. Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada moderator-moderator kedua-dua laman web komuniti ini.




Tuesday, January 06, 2009

Hari pertama di sekolah

Hari pertama di sekolah

Merata blog aku lawat sehari-dua ini asyik dengan entry “Hari Pertama Di Sekolah”. Dan tahun ini kali pertama aku tak hantar anak jantan seorang aku itu pergi ke sekolah pada hari pertama persekolahannya. Di tahun-tahun sebelum ini walau di mana aku bekerja, aku mesti menghantarnya pada hari pertama sesi persekolahan dibuka. Anak jantan seorang aku itu sudah besar (darjah 6) untuk dia pergi ke sekolah tanpa dihantar!

(Aku pulang ke UUM Sintok awal pagi Ahad kerana di sini Ahad adalah hari kerja dan Ahad baru-baru ini adalah minggu kedua semester kedua dibuka. Sebelum ini aku tiada apa-apa komitmen dengan pelajar-pelajar di dalam kampus kerana program aku hanya di KL dan Prai. Tetapi di tahun ini aku sudah dilantik menjadi Felo Dewan Penginapan Pelajar MISC dan bermakna aku seolah-olah ”bapak” (warden?) kepada pelajar-pelajar yang mendiami 6 blok (4 blok perempuan dan 2 blok lelaki – mana pi pelajar lelaki?) di DPP MISC ini.

Aku tiada banyak kenangan manis untuk dikenang semasa di awal persekolahan sekolah rendah. Tapi kenangan ini mungkin tidak akan dilupakan seumur hidup aku sementelah ramai watak-watak yang terlibat dengannya masih hidup. Klik di sini untuk cerita lanjut. Jangan gelakkan aku sudah!

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com

Saturday, January 03, 2009

Amalkan hidup sihat di samping mengutamakan keselamatan

Amalkan hidup sihat di samping mengutamakan keselamatan

Memang tidak dinafikan kisah kami tiga beranak adalah bersekitar ”berjalan-jalan” dan ”makan angin” serta ”makan-makan”. Bayangkan rutin kami selang seminggu di Kuala Lumpur dan minggu kemudiannya di Prai menyebabkan tauke-tauke kedai makan dan pembantu-pembantu kedai makan yang kami kerap kunjungi telah mengenali kami dan tahu citarasa kami tiga beranak.

Kalau di Yik Mun Tanjung Malim, pembantu-pembantu kedai dari Indonesia di situ sudah tahu apa menu yang kami akan order. Sudah pasti Beehon Goreng Basah tak ada sayur dengan Telur Mata Kerbau yang masih meleleh dan teh-o-ais (pilihan anak jantan seorang aku itu), Ketiaw Sup (kadang-kadang Nasi Goreng) dan Soya Campur (pilihan isteri seorang aku itu) dan Ketiaw Goreng serta Cina-Teh-Ais (bukannya disebut Teh-Cina-Ais!) untuk aku. Menu tambahan yang mesti ada pula ialah Cabai Jeruk yang mana kami tiga beranak boleh habiskan setengah teko! Habis makan siap berbekal pula dua Pau Kaya dan satu Pau Ayam!

Malah Kak Yah Din di Gerai Bawal Juru belakang kilang Molexpun sudah tahu citarasa kami tiga beranak!

Oleh itu kami sekeluarga mencuba untuk mengubah sedikit rutin hidup kami. Kami akan mengamalkan hidup sihat di samping mengutamakan keselamatan! Klik di sini untuk mengetahui perbezaan di antara keselamatan (safety) dan kesihatan (health).

Sudah lama aku tidak ”berpeluh”. Dari malam semalam lagi aku bercadang untuk berbasikal dengan anak jantan seorang aku itu pagi ini. Malangnya sejak awal pagi, Taiping bercuaca mendung dengan sekali-sekala langit mencurahkan isi perutnya.

Sebenarnya minggu lepas ada Jambori Basikal di Taman Tasek Taiping. Agak meriah jambori ini dengan ramai peserta dari luar. Seorang rakan yang merupakan penganjur mengajak aku menyertainya. Malangnya ianya bertembung dengan jadual kelas aku yang terakhir di Perai.

Sebenarnya kalau kelas tiadapun aku agak keberatan untuk menyertainya kerana sudah bertahun tidak mengayuh basikal. Tidak seperti beberapa tahun yang lalu, aku kerap menyertai kumpulan-kumpulan berbasikal ini samada kumpulan mountain bike atau basikal klasik.

Cadangan kami dua beranak untuk berkayuh sehingga 10 km dari seawal 7, 8 pagi dan berakhir sekitar 12 tengahari untuk makan kenduri. Malangnya hujan berterusan sehingga tengahari dan selepas makan kenduri pun masih tiada tanda-tanda ianya akan berhenti.

Akhirnya tepat tepat jam 5 petang dengan hujan masih merenyai-renyai turun, kami dua beranak memulakan kayuhan. (Kalau tak mengayuh juga petang ini maknanya minggu depan saja boleh mengayuh kerana esok seawal pagi aku sudah kembali ke Sintok!).

Mengayuhlah kami sekitar kampung sehingga ke pekan Kamunting dalam anggaran 5 km dan berpatah kembali ke rumah sebelum azan Magrib berkemumandang.

Minggu depan mesti kayuh sehingga 10 km! Mesti!

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Hijrah dan Masehi ditinggalkan, kedatangannya dirai dan dinanti



Gambar atas, khidmat sosial untuk remaja dan gambar bawah untuk sektor awam.


Hijrah dan Masehi ditinggalkan, kedatangannya dirai dan dinanti

Saya tertarik dengan tema sambutan tahun baru di Kelantan ialah 'Hijrah Dirai, Masehi Dinanti' yang kebetulan hanya beberapa hari sahaja dipisahkan Tahun Baru Hijrah dengan Tahun Baru Masehi. Walaupun begitu saya merasakan ungkapan yang lebih sesuai ialah “Hijrah dan Masehi; ditinggalkan, kedatangannya dirai dan dinanti”.

November dan Disember 2008 telah berlalu. Di tahun-tahun sebelum ini saya menghabiskan penghujung tahun dengan bercuti dan mengikuti beberapa kursus peningkatan diri dengan perbelanjaan sendiri. Biasanya kursus-kursus Bahasa Inggeris dan komputer bersama-sama anak lelaki saya itu, kekadang disertai oleh isteri. Bukan sahaja di Taiping, merata tempat kami pergi berkursus sambil bercuti biasanya di Ipoh, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Disember tahun 2008 saya hanya sempat mengikuti satu kursus peningkatan diri ”Train-the-Trainer” anjuran NIOSH Prai yang juga dengan perbelanjaan sendiri (4 hari RM 1200.00!). Tiada kursus lain untuk saya, anak dan isteri. Ini disebabkan saya terikat dengan beberapa komitmen. Di samping rutin kelas di hujung minggu, saya meyelia 10 orang pelajar untuk menyiapkan thesis master masing-masing. Malah saya juga mencuri-curi masa menyediakan soalan peperiksaan dan tugasan untuk pelajar-pelajar OUM di samping menyemak soalan peperiksaan,

Saya telah dijemput menyampaikan seminar Keselamatan dan Kesihatan di Sektor Awam (Institut Pengajian) di Hotel Holiday Villa Alor Setar (November) anjuran Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kedah/Perlis (DOSH) dan tajuk yang sama di Hotel Pearl View di Prai (Disember) anjuran NIOSH Pulau Pinang.

Tahun lepas sahaja hampir 10 sekolah di sekitar Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah menjemput saya untuk memberi seminar sehari atau kursus pendek berkaitan dengan Keselamatan dan Kesihatan ini. Ada yang menjurus kepada keselamatan dan kesihatan kakitangan sekolah termasuk tenaga pengajar dan kakitangan sokongan. Ada juga khusus untuk pelajar-pelajar.

Sekadar cadangan dan syoran kepada mereka yang mungkin ingin menjemput saya di masa mendatang, saya lebih suka (dan lebih bersedia!) untuk dijemput berseminar atau mengendalikan kursus untuk kakitangan sekolah (pengajar dan pekerja sokongan) untuk topik-topik berkaitan keselamatan dan kesihatan. Bukannya saya memilih peserta kursus ataupun tidak melayan peserta-peserta remaja. Saya lebih suka sekiranya guru-guru atau kakitangan sokongan ini yang telah berkursus atau berseminar dengan saya pula yang kembali mengajar mereka.. Insya-Allah dari masa ke semasa saya boleh dirujuk jika perlu.

Ini berbeza kalau saya dijemput untuk mengendalikan kursus atau seminar dengan topik-topik berkaitan motivasi atau kaedah-kaedah pembelajaran. Seawal usia di peringkat pra-sekolahpun saya seboleh-bolehnya tidak pernah menolak. Tetapi terus terang saya katakan pelajar di peringkat pra sekolah inilah merupakan golongan yang sukar untuk berinteraksi setakat ini. Mungkin saya perlu menghadiri kursus khas sebelum mengajar mereka!

Oh ya! Di tahun 2008 saya juga telah dijemput mengendalikan kursus-kursus motivasi dan kaedah pembelajaran di tiga buah sekolah menengah, sebuah sekolah rendah dan sebuah sekolah peringkat pra-sekolah.

Mungkin dengan pengalaman saya yang pernah gagal di dua universiti dan bekerja sebagai operator kilang sehinggalah menjadi seorang jurutera dan pengurus kilang sebelum menyertai bidang akademik membolehkan saya berkongsi pengalaman saya ”sekali gagal (sebenarnya saya sudah dua kali gagal!) tidak bererti kejayaan sudah berakhir” dengan pelajar-pelajar ini.

2009 menjelang dengan tambahan rutin mengajar bukan sahaja di Kuala Lumpur dan Prai, ditambah satu destinasi baru di Miri. Ini juga bermakna saya akan menyelia thesis pelajar sekurang-kurangnya 10 pelajar di setiap pusat pembelajaran.

Walaupun begitu saya juga telah merancang beberapa kursus-kursus pendek yang berkaitan dengan keselamatan jalan raya dengan memfokuskan di institut-instut pengajian termasuklah sekolah menengah. Sebuah syarikat pemasang motosikal secara lisan telah menyatakan sokongan untuk membantu. Semoga khidmat sosial ini berjaya dilaksanakan.

Di samping itu kalau ada jemputan-jemputan ke agensi-agensi lain termasuk sekolah-sekolah, insya-Allah saya akan cuba penuhi jika tidak bertembung dengan jadual saya,

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar,blogspot.com/

Thursday, January 01, 2009

Sijalar vs Sijulur

Sijalar vs Sijulur

Hari dan tarikh entah bila sudah ku lupa. Cuma di ingatan ianya berlaku seawal pagi mungkin sekitar jam satu. Angin malam (pagi?) ketika itu tiba-tiba berdesir kuat di tingkap. Aku tiba-tiba terdengar suara yang begitu hampir dengan tingkap bilik bacaan aku itu. Makin lama makin jelas suara itu.

Suara 1: Jalar! Jalar! Berdesirlah jauh sikit. Sejuk pucuk aku ini.

Suara 2: Angin itu bukannya dari akulah Jalur! Cuba kau tengok betul-betul. Itu angin dari luar.

Suara 1 (selepas ini dikenali dengan Jalur): Ye ke? Aku ingatkan kau yang berdesir kuat!

Suara 2 (selepas ini dikenali dengan Jalar): Aku rasa akulah yang berdesir perlahan sekali jika dibandingkan dengan kau dan lain itu.

Jalur: Dulu kau memang berdesir perlahan. Tapi semenjak kau mula memanjat dinding ini kau sudah berdesir kuat.

Jalar: Ya ke?

Jalur: Dulu mula-mula kau datang sini dibawa Mak Tuan bukan saja nak rasa desir nyawa kau, muka pun tak dongak. Cuma menjalar di lantai saja!

Jalar: Memang itu sifat semulajadi aku, menjalar di lantai saja.

Jalur: Habis mengapa sekarang kau menjalar naik ke dinding?

Jalar: Aku sudah tak tahan dengan Pak Tuan dan Mak Tuan serta Tuan Muda rumah ini.

Jalur: Kenapa pula dengan mereka?

Jalar
: Pak Tuan kalau nak parking kereta ke, motor ke tak pernah pedulikan aku. Nak digeleknya saja aku ini.

Jalar: Mak Tuan pula tiap-tiap hari nak mandikan aku. Aku ini jenis spesis tak kena air berharipun tak apa. Kalau hari-hari kena air berklorin tu boleh sakit aku!

Jalar: Tuan Muda pula langsung yak hormat aku. Ada sahaja yang menindih aku dibuatnya. Kalau tak kasut dan selipar, bola dan roda basikalnya mengelek aku.

Jalur: Jadi sekarang ini kau nak proteslah dengan menjalar naik dinding ini?

Jalar: Kalau dia orang tak faham-faham lagi, aku nak lari saja dari sini!

Jalur: Lari? Lari dari sini? Ho, ho, ho, ho, ..................

Bermimpikah aku? Aku perlahan-lahan membuka sedikit tingkap dan mendengarnya lagi. Tetapi yang pasti hanyalah desiran angin pagi. Sejuk dan sekali-sekala menyeramkan.......................

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Tahniah Taayah (dan juga Izzuddin!)

Tahniah Taayah (dan juga Izzuddin!)

Jumlah pelajar mendapat 9A dalam PMR 2008

1. Sekolah Raja Perempuan Taayah 55 orang
2. Sekolah Izzuddin Shah 15 orang

Berita lanjut klik di sini.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Tahniah kepada Muhammad Firdaus Ilias (anak kedua kakakku, Wan Norizan Bt. Wan Mat Daud) yang mendapat 8A dalam PMR dan Muhammad Hafiz yang mendapat 5A dalam UPSR 2008. Anak sulong, Nurhidayah turut mendapat 8A dalam PMR 2007 dan kini bersekolah di MRSM Melaka.