Friday, May 08, 2015

Sumbangan Meja Ping Pong, Peralatan Ping Pong, White Board dan Stationery ke Asrama Anak Yatim & Miskin Tafiz Nur Qaseh, Kpg Perwira, Kamunting.







Sumbangan Meja Ping Pong, Peralatan Ping Pong, White Board dan Stationery ke Asrama Anak Yatim & Miskin Tafiz Nur Qaseh, Kpg Perwira, Kamunting.

Alhamdulillah rezeki Jumaat anak-anak yatim tafiz Nur Qaseh

Sebentar tadi Komuniti Amal Taiping (KaT) telah menghantar Meja Ping Pong, Peralatan Ping Pong, White Board dan Stationery ke Asrama Anak Yatim & Miskin Tafiz Nur Qaseh, Kpg Perwira, Kamunting.

Seperti hari-hari sebelum ini kedatangan kami disambut dengan alunan mengaji anak-anak tafiz. Kemudian Ustaz memberi izin anak-anak ini membantu kami menguruskan pemasangan barangan yang dihantar.

Terima kasih kepada penyumbang barangan ini. In sya Allah anak-anak golongan terpilih ini akan mendoakan keberkatan amalan tuan/puan, dimurahkan-Nya rezeki dan dipelihara kesihatan serta dipermudahkan urusan tuan/puan. Amin


Untuk sedekah dan berkongsi rezeki di bulan Ramadan (majlis iftar dan sahur), tuan/puan boleh menghubungi penyelaras KaT, Lukman Wan Mat Daud 019 558 2626 melalui whatsapp.

Thursday, May 07, 2015

Alhamdulilah Update 07 Mei 2015 12pm - rogram Sedekah Ramadan Berkongsi Rezeki Sahur & Iftar Anak Yatim & Miskin, Anak Tafiz dan Warga Emas di Ramadan 1436 / 2015


 Program Sedekah Ramadan Berkongsi Rezeki Sahur & Iftar Anak Yatim & Miskin, Anak Tafiz dan Warga Emas di Ramadan 1436 / 2015.


Alhamdulilah Update 07 Mei 2015 12pm
Jumlah slot 21 hari x 4 = 84 slot. Telah sah tajaan 22 slot. Masih kosong 84 – 22 = 62 slot.
Alhamdulillah program tahunan ini in sya Allah berjalan lancar dengan sumbangan tuan/puan. Program Sedekah Ramadan Berkongsi Rezeki Sahur & Iftar Anak Yatim & Miskin, Anak Tafiz dan Warga Emas di Ramadan 1436 / 2015.
Whatsapp Penyelaras Komuniti Amal Taping (KaT), Lukman Wan Mat Daud 019 558 2626
Slot hijau masih kosong. Slot coklat belum buka offer kerana bagi peluang masjid/surau

Monday, May 04, 2015

Program Sedekah Ramadan Berkongsi Rezeki Sahur & Iftar Anak Yatim & Miskin, Anak Tafiz dan Warga Emas Ramadan 1436 (2015)




Program Sedekah Ramadan Berkongsi Rezeki Sahur & Iftar Anak Yatim & Miskin, Anak Tafiz dan Warga Emas Ramadan  1436 (2015)

Ramadan tiba lagi. Seperti di tahun-tahun lepas, Komuniti Amal Taiping (KaT) akan mengadakan Program Sedekah Ramadan Berkongsi Rezeki Sahur & Iftar Anak Yatim & Miskin, Anak Tafiz dan Warga Emas Ramadan  1436 (2015) dengan 4 buah rumah amal iaitu (i) Anak Yatim/Miskin Tafiz Nur Qaseh Kpg Perwira Kamunting, (ii) Anak Yatim/Miskin Kediaman Cahaya Ain Bgn Serai, (iii) Warga Emas (P) Nur Aaida Ekspo Kmtg dan (iv) Warga Emas (L) Aminur Ain Ekspo Kmtg.

Untuk bersama beramal, boleh whatsapp Penyelaras Komuniti Amal Taping (KaT), Lukman Wan Mat Daud 019 558 2626

"Sesiapa yang menjamu makanan untuk berbuka bagi orang yang berpuasa, pahalanya sama seperti pahala orang berpuasa, iaitu pahala orang berpuasa yang tidak dikurangkan walau sedikit". (HR al-Tirmizi)

“Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.”

(HR. Tirmidzi)

Sunday, May 03, 2015

Program Ziarah Amal, Kongsi Rezeki dan Berlibur Anak-anak Yatim di Rumah Warga Emas































Program Ziarah Amal, Kongsi Rezeki dan Berlibur Anak-anak Yatim di Rumah Warga Emas

Alhamdulillah, sebentar tadi Ahad 3 Mei 2015, selesai sudah anak-anak yatim perempuan Kediaman Cahaya Ain, Bagan Serai berjumlah 15 orang termasuk penjaga menyertai Program Ziarah Amal, Kongsi Rezeki dan Berlibur di Taiping anjuran Komuniti Amal Taiping (KaT).

Ribuan terima kasih kepada Pengusaha Gerai Zul Roti Canai, Dataran Kamunting Jaya (sarapan), Pengusaha Kedai Mom’s Prison Corner, depan Penjara Taiping (makan tengahari) dan Pengusaha My Mum Cyber Cafe, Kolej Komuniti Kamunting (minum petang). Juga kepada penyumbang goodies serta minum pagi Nasi Lemak.

Hanya Dia sahaja yang mampu membalas semua sumbangan tuan/puan ini untuk menjayakan Program Ziarah Amal, Kongsi Rezeki dan Berlibur di Taiping ini. Semoga diberkati amalan tuan/puan ini, dimurahkan rezeki, diperlihara kesihatan dan keselamatan serta dipermudahkan-Nya segala urusan. Amin. In sya Allah, inilah doa kami dan doa penerima-penerima sumbangan ini.

http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Friday, May 01, 2015

Sambal dan Condiment Nasi Lemak










Sambal dan Condiment Nasi Lemak

Pada saya Nasi Lemak mesti ada Sambal Tumis Ikan Bilis. Lauk lain adalah optional.

Selain dari Sambal Tumis Ikan Bilis, saya amat mengemari Lauk Sadirn. Malah semasa di sekolah berasrama awal 80an, sarapan hari Ahad iaitu Nasi Lemak Lauk Sadirn adalah yang ditunggu-tunggu, Siap berdoa agar pelajar lain sambung balik tidur selepas solat Subuh!

Tidak jemu-jemu saya dengan Lauk Sadirn hingga ke hari ini. Semasa kami tiga beradik masih kecil, emak memang kerap masak Lauk Sadirn dengan kuah yang banyak supaya kami boleh makan hingga ke malam.

Malah Lauk Sadirn juga pilihan saya untuk diacukan dengan Nasi Goreng, Nasi makan tengahari atau malam ataupun dengan Roti Benggali.

Hari ini emak panggil kami sekeluarga bersarapan di rumahnya. Sebaik sahaja melangkah masuk ke dapur rumah, sudah terbau wangian Nasi Lemak bergaur dengan daun pandan, maneka bawang, halia, jintan manis, cengkih dan sebagainya.

Walaupun pelbagai rencah ini mewangikan dan melazatkan Nasi Lemak ini tetapi entah mengapa tidak tertelan dek saya. Biasanya saya kais ke tepi pinggan sahaja.

Macam dulu-dulu, emak tetap akan masak dengan portion yang banyak supaya kami boleh makan berulang. Terima kasih emak!

Sambal dan condiment – ada yang asas dan ada yang optional. Setiap orang ada cita rasanya tersendiri.

http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/