Sunday, June 21, 2009

Bersarapan dan nanti bersahur dengan Bawal Goreng Molex Kak Mah Abang Din Juru


Bersarapan dan nanti bersahur dengan Bawal Goreng Molex Kak Mah Abang Din Juru

Semalam aku menerima email berikut. Aku siarkan tanpa diedit

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Assalamualaikum Cik Lokman.

Saya adalah penghujung tetap Warung Bawal Goreng Kak Mah Abang Din di Juru. Ada beberapa perkara yang saya ingin ceritakan kepada Cik Lokman.

Nama warung itu bukannya Kak Yah Abang Din tapi Kak Mah Abang Din. Bagaimanapun warung itu juga dikenali sebagai Warung Bawal Belakang Molex walaupun ianya sebenarnya terletak di belakang kilang re-cycle kertas dan bukannya di belakang Molex. Cuma kalau nak datang kena cari kilang Molex di Jalan Perusahaan Maju 1, belok kiri sebaik sahaja jumpa kilang Molex di seberang jalannya ada Food Court dan Shell terus ke penghujung jalan akan jumpa kilang re-cycle kertas ini.

Kak Mah Abang Din sudah berniaga bawal goreng hampir 10 tahun. Warung Kelapa Sawit itupun rasamya sudah 7, 6 tahun tapi menu bawal gorengnya baru 2, 3 tahun.

Sebenarnya selain bawal goreng, di Warung Kak Mah ini terkenal dengan gulai periuk besarnya dengan pelbagai ikan termasuklah juga bawal.

Kak Mah pesan kepada saya untuk memberitahu Cik Lokman agar memperkenalkan diri kalau datang lagi warung dia. Kak Mah nak belanja. 2, 3 bulan lepas ada satu family datang dari Johor dalam perjalanan ke Langkawi. Family ini datang dengan peta dari blog Cik Lokman.

Kak Mah juga pesan mulai isnin ini 22/06/09 warungnya akan dibuka pada 7.30 pagi dengan menu yang sama. Bolehlah makan bawal goreng untuk sarapan.

Bulan puasa warung ini dibuka jam 5 ptg hingga 9 mlm dan sahur bermula jam 1 pagi hingga 5 pagi.

Saya rasa Cik Lokman patut buat blog khas untuk makan-makan sahaja.

Amer Nordin
Bukit Mertajam

No comments:

Post a Comment