Sunday, June 21, 2009

Selamat Hari Bapa

Selamat Hari Bapa

Anak jantan seorang aku itu menghantar sms ucapan Selamat Hari Bapa seminggu awal. Dia menghantar sms pada hari Ahad lepas! Pagi ini sebelum aku kembali ke Sintok, aku mendapat ucapan Selamat Hari Bapa secara live pula!

Tiba-tiba aku teringatkan bapa aku. Umurnya yang sudah menjangka 76 telah menguzurkannya. Tidak setanding dia dengan mantan PM Tun Dr Mahathir yang telah berusia 84 tahun (Tun lahir pada 20-12-1925).

Sejak minggu lepas bapa dan emak aku berada di Tapah kerana menemankan adik perempuan aku dengan dua anaknya. Suami adik aku itu menghadiri suatu persidangan di Korea.

Emergency Response adalah subjek yang aku ajar sekarang ini dalam program Msc. MOSH. Antara topik yang diajar ialah persediaan untuk menghadapi bencana tidak kira skalanya. Dalam topik yang sama aku juga masukkan sub-topik bersedia untuk kecemasan termasuklah persediaan untuk sakit dan mati.

Sebenarnya bapa banyak mengajar aku secara tidak langsung agar bersedia menghadapi kematian termasuk kematiannya sendiri. Apa yang perlu dibuat dahulu, apa yang perlu dibuat kemudian, siapa yang perlu dihubungi dahulu, siapa yang perlu dihubungi kemudian, perlu ke mana dahulu, perlu ke mana kemudiaan. Semuaya lengkap bagaikan manual ISO! Aku masih dalam proses deraf dan insya-Allah akan mendokumennya kelak.

Untuk Hari Bapa hari ini, aku ingin mengucapkan semua bapa-bapa yang di luar sana agar muhasabah diri apakah yang kita telah lakukan akan diteladani oleh anak-anak kita. Atau mereka mampu berfikir dan menyempadani apa-apa yang kita telah lakukan yang bertentangan dengan hukum dan peraturan. Ini satu link yang mungkin kita boleh sama-sama merenungnya.



Set buku terdiri tiga naskah berkaitan perhubungan pesanan ayah kepada anaknya dan senaskah kisah-kisah bapa dan anak dalam Al Quran yang kebetulan dibeli bulan ini masih menunggu untuk dihabiskan. Semoga ada yang dapat dihadamkan.

Untuk posting ini juga, aku ingin menerbitkan semula posting awal aku mengenai ”kebencian” aku kepada bapa.

“Hadis Abu Hurairah r.a:
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Janganlah kamu membenci bapa-bapa kamu. Sesiapa membenci ayahnya bererti dia kafir.”


Ya Allah! Ampunilah aku kerana membenci bapa aku.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Ayah yang kubenci, Bhg. 8 (Posting pada 17-Jun-2008)

Sengaja aku lambatkan posting mengenai Hari Bapa ini. Sepertimana aku tidak menyambut Hari Ibu (kepada emak aku), begitu juga tiada sambutan Hari Bapa (kepada bapa aku).

(Aku menerima sekeping kad Hari Bapa dan sebuah buku karya Lat, dari anak jantan seorang aku itu sebaik sahaja pintu hotel yang kami sekeluarga menginap dibuka ketika aku sampai setelah habis kerja hujung minggu aku pada hari Ahad lepas.)

Semalam aku menerima satu email dari seorang kenalan. Tidak ku sangka dia menantikan sambungan posting aku mengenai bapa aku dalam blog ini.

”Masih ujud lagikan kebencian kepada ayah saudara?”, tanya kenalan baru aku itu.

Aku menyemak kembali semua posting-posting mengenai bapa. Bermula dari perumah blog UUM hinggalah Blogspot, posting aku sudah mencecah tujuh siri dengan tajuk; Ayah yang kubenci dan empat siri lagi sekadar pelengkap.

Ayah yang kubenci, Bhg, 7,
Ayah yang kubenci, Bhg. 6,
Ayah yang kubenci, Bhg. 4 & 5,
Ayah yang kubenci, Bhg. 3,
Ayah yang kubenci, Bhg 2,
Ayah yang kubenci, Bhg. 1,
Tangan bapa mengeletar lagi,
Dua malam menemani ayah di hospital,
Jangan melampaui masa, pesan bapa,
To my father, I Love U,

Tiada apa-apa yang ingin aku siratkan sempena Hari Bapa ini. Sekadar membaca kembali kesemua posting-posting di atas.

Terdahulu aku menerima satu lagi email dari rakan sekerja.

".....very structured man i ever known”, tulisnya di dalam email sebagai mengambarkan aku. Aku tanyanya kembali melalui email; apakah yang dimaksudkan “structured”.

“structured personality dalam kaunseling = teratur, proper, plan well”, email yang diterima kemudian menjelaskannya.

Aku merasakan “structured”nya diri aku ini adalah warisan daripada bapa aku.

Terima kasih bapa kerana mewariskannya kepada aku. Aku berdoa agar aku akan mewariskannya juga kepada anak jantan seorang aku itu.

Gambar-gambar berikut adalah antara ciri-ciri ”structured” yang aku warisi dari bapa dan aku kini aku mengamalkannya.

1. Semua anak kunci berlabel dan dipadankan dengan rak kunci yang juga berlabel.
2. Semua laci dapur mempunyai ruang khas yang diperbuat dari kertas kotak. Ruang khas boelh dibeli di Ikea tetapi aku lebih suka membuatnya sendiri mengikut saiz laci.
3. Semua laci almari di pejabat, di rumah (bilik aku dan bilik anak jantan seorang aku itu) mempunyai ruang khas ini.
4. Semua suis-suis lampu dan kipas berlabel kedudukannya.
5. Semua wayar-wayar peralatan elektrik seperti cerek, periuk nasi dan tv akan dilabelkan. Malah aku turut melabelkan kesemua peralatan komputer dan pencetak.
6. Banyak lagi ”perapian” bapa aku seperti menggunakan kotak yang sama saiz, berlabel dan ditebuk lubang sisi sebagai ruang jari untuk memudahkan diangkat, dan sebagainya akan aku ceritakan di masa-masa mendatang

Berikut adalah antara barangan yang mesti ada pada bapa yang kini menjadi barangan kesukaan aku;

1. Permanent Marker Pen (Artline)
2. Masking Tape

Aku menambahnya dengan dua lagi barangan;

1. Cable Tie (besar dan kecil)
2. Zipper Plastic Bag.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/







No comments:

Post a Comment