Tuesday, March 20, 2012

Takziah kepada keluarga Tuan Hj Radin Samsudin


Tuan ASP Hj Radin Samsudin bin Hj. Radna sedang membuat perlepasan 48-hour Scooter Ride Non-stop Merdeka Night Trans Peninsular, yang diketuai oleh saya semasa menyambut Kemerdekaan di Taiping Tahun 2002

Takziah kepada keluarga Tuan Hj Radin Samsudin

Ahad lepas saya menerima panggilan telefon yang tertera pada skrin nama Tuan Hj Radin Samsudin. Terkejut saya apabila yang menjawab salam saya ialah suara wanita. Rupa-rupanya pemanggil tersebut ialah isteri Tuan Radin dan saya dimaklumkan bahawa Tuan Radin telah meninggal dunia pada awal Januari tahun ini.

Innalillahiwainnailaihirojiun

Saya pernah membuat posting mengenai Tuan Hj Radin Samsudin bin Hj. Radna, bekas Ketua Polis Trafik Daerah dan Ketenteraman Awam Daerah Larut Matang & Selama sekitar pertengahan 90an hingga 2005. Kemudiannya berpindah ke Baling dan kemudian menjawat jawatan Timbalan Ketua Polis Daerah Kluang. Posting lebih lanjut boleh
dirujuk di sini.

Saya difahamkan perkhidmatan arwah paling lama di Taiping dengan lebih dari 10 tahun. Bagi saya arwah telah menetapkan satu tanda aras yang tinggi dalam konteks perhubungan Polis dan Orang Awam terutama anak muda dalam sukan bermotor di Taiping. Arwah bukan sahaja sebagai mentor kepada saya tetapi juga sebagai abang yang kebetulan arwah membahasakan dirinya sebagai abang jika berbual dengan saya walaupun saya memanggilnya Tuan.

Takziah saya kepada keluarga arwah.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com

2 comments:

speedrider said...

Innalillah hiwarojiun

Raden said...

terima kasih....AL fatihah untuk arwah abah