Monday, March 10, 2014

“Ayah – macam ada kaitanlah ayah!”, remajapun boleh bertanya.


“Ayah – macam ada kaitanlah ayah!”, remajapun boleh bertanya.

Komplot pembunuhan rambang lima orang untuk menutup motif

James Barr (lakonan Joseph Sikora), bekas penembak hendap askar Amerika semasa bertugas di Iraq pernah ditangkap kerana membunuh tetapi tidak didakwa kerana didapati mangsa-mangsa yang dibunuhnya adalah penyenayah yang dikehendaki. Barr membunuh akibat kebosanan kerana tugasannya di Iraq tidak membolehkannya mengamalkan kemahiran menembaknya. Kes dikendalikan oleh pegawai penyiasat, Jack Reacher lakonan Tom Cruise.

Kembalinya ke Pittsburgh, Pennsylvania, Barr kemurungan dan hidup menyendiri sehinggalah dia ditangkap atas tuduhan membunuh dengan rambang lima orang di tebing Sungai North Shore Trail.

Semasa ditawarkan mahkamah sama ada pengakuan diikuti penjara seumur hidup atau dihukum mati setelah disabitkan pembunuhan rambang tersebut, Barr menulis satu nota untuk peguamnya, Helen Rodin (Rosamund Pike), Nota tersebut tercatat – dapatkan Jack Reacher "Get Jack Reacher". 

Reacher mulanya mempercayai Barr bersalah atas pembunuhan rambang tersebut mulai curiga apabila mendapati modus operasi Barr tidak mengambarkan kemahiran dan ketelitiannya sebagai penembak hendap yang cekap. Barr ditangkap semasa tidur di rumahnya dengan bukti van dan senjata yang digunakan ada di rumahnya. Sabitan juga berdasarkan cop jari pada syiling yang dijumpai dalam mesin duit tempat  letak kenderaan.

Bermula dengan “lokasi pilihan” Barr iaitu tempat letak kereta yang mengadap cahaya matahari, lokasi yang sukar melarikan diri (sedangkan ada pilihan terbaik iaitu dari dalam van di atas jambatan), kelonsong peluru yang ditinggalkan, sebutir peluru yang tersasar (dijumpa dalam bekas mesin minuman) hinggalah kepada bukti syiling yang digunakan untuk mesin tempat kenderaannya yang mempunyai kesan cap jari Barr.

Dipendekkan cerita, ada pihak yang mengambil kesempatan sifat kemurungan Barr dan rekod lampaunya di Iraq untuk menutup satu konspirasi pembunuhan seorang dari lima mangsa yang dikatakan pembunuhan rambang tersebut. Ketika mahkamah memutuskan Barr bersalah membunuh lima mangsa secara rambang (tanpa motif), Reacher muncul mencari kebenaran.

Selepas menonton bersama ada soalan yang diuraikan, ayah – macam ada kaitanlah ayah!”, remajapun boleh bertanya.


Jack Reacher is a 2012 American thriller film. It is an adaptation of Lee Child's 2005 novel One Shot. Written and directed by Christopher McQuarrie, the film stars Tom Cruise as Jack Reacher.

No comments: