Saturday, April 11, 2015

Ziarah dan menyampaikan sumbangan

























Ziarah dan menyampaikan sumbangan

Alhamdulillah, sebentar tadi 10am – 11am, Sabtu 11 April 2015, majlis penyerahan barangan sumbangan orang ramai kepada 4 buah rumah amal kelolaan Komuniti Amal Taiping (KaT) telah selamat disempurnakan. Turut diadakan amalan ziarah oleh anak-anak Yatim Asrama Tafiz Nur Qaseh, Kampung Perwira, Kamunting ke dua buah rumah warga emas di Ekspo, Kamunting.

Bermula dengan penyampaian Baju Melayu, Kain Palekat dan Pagoda kepada penghuni Rumah Warna Emas Aminur Air, Ekspo Kamunting. Sumbangan orang ramai ini disampaikan oleh anak-anak Yatim Asrama Tafiz Nur Qaseh.

Kemudian penyampaian Tshirt Muslimah, Tudung dan Kain Batik kepada penghuni Rumah Warga Emas Nur Aaida, Ekspo Kamunting. Sumbangan orang ramai ini disampaikan oleh anak-anak Yatim Asrama Tafiz Nur Qaseh.

Majlis sumbangan berakhir dengan penyampaian dua helai Jubah, Serban, Kain Pelekat dan Rehal anak-anak Yatim Asrama Tafiz Nur Qaseh.

Sumbangan kepada Rumah Anak Yatim Kediaman Cahaya Ain berupa dua helai Tshirt Muslimah, Seluar dan Tudung akan disampaikan kemuduan kerana anak-anak ini terlibat dengan kem Jati Diri di Selama pada 10 – 12 April 2015.

Majlis hari ini turut disertai ahli-ahli Whatapp Group Kasih Sekampit Beras Taiping, yang menyumbangan makan pagi, puding, minuman, gula dan beras.

Hanya Dia sahaja yang mampu membalas sumbangan tuan/puan ini. Semoga diberkati amalan tuan/puan, dimurahkan rezeki, diperlihara kesihatan & keselamatan serta dipermudahkan-Nya segala urusan tuan/puan. Amin. In sya Allah, inilah doa kami dan doa penerima-penerima sumbangan ini

Jika ada tuan/puan yang berhajat untuk menyumbangkan/menaja makan tengahari atau makan malam untuk golongan terpilih ini, sila hubungi Komuniti Amal Taiping (KaT) atau sms/whatsup 0195582626 Lukman Wan Mat Daud. Jumlah sumbangan tidak ditetapkan.

Tuan/puan juga dialu-alukan untuk menyumbang terus / berhubung terus dengan rumah-rumah kebajikan ini.

(i) Pn Ain, Kediaman Cahaya Ain Bagan Serai 016-504 9564
(ii) Pn Rozi, Rumah Nur Aaida Ekspo Kamunting 019-578 7650
(iii) En Rustam, Rumah Amirul Ain Ekspo Kamunting 014-241 0021
(iv) En Roslan, Asrama Tafiz Kpg Perwira, Kamunting 012-543 0322


*Komuniti Amal Taiping (KaT) adalah gabungan individu sebagai pengantaraan amal. KaT tidak mewakili dan tidak terikat dengan mana-mana rumah kebajikan, persatuan atau NGO

No comments: