Thursday, June 04, 2015

Perjalanan amal kemasyarakatan Taiping, Terong, Bagan Serai, Kamunting dan Ulu Sepetang










Perjalanan amal kemasyarakatan Taiping, Terong, Bagan Serai, Kamunting dan Ulu Sepetang

Alhamdulillah seharian hari ini Komuniti Amal Taiping (KaT) dijemput bersama-sama dalam dua aktiviti amal kemasyarakatan. Seawal pagi sebuah NGO di Taiping mengajak KaT melawat Rumah Warga Emas Lelaki Aminur Ain Ekspo Kamunting. Hasil lawatan ini NGO tersebut akan menyumbangkan kerusi roda kepada rumah warga emas ini minggu depan.

Tengahari pula, tokoh budaya Taiping, En. Hilal Azman menjemput kami bersama-sama sahabat beliau suami-isteri dari Kuala Lumpur membeli sejumlah beras untuk diagih-agihkan ke rumah-rumah anak yatim dan miskin sekitar Taiping.

Kami bermula dengan Rumah Anak Yatim dan Miskin  Nur Hidayah Kampung Cheh, Bukit Gantang sebelum ke Rumah Anak Yatim dan Miskin Umi Sofiah Sungai Nyior, Terung.

Kemudian kami ke Rumah Anak Yatim dan Miskin Kediaman Cahaya Ain, Bagan Serai.

Perjalanan kami diteruskan ke Asrama Anak Yatim dan Miskin Tafiz Nur Qaseh, Kampung Perwira. Perjalanan kami hari ini berakhir di  rumah kelima iaitu Rumah Anak Yatim dan Miskin Nur Kaseh, Ulu Sepetang.

In sya Allah perjalanan kami akan bersambung minggu depan.

Hanya Dia sahaja yang mampu membalas sumbangan Hamba Allah ini. Semoga diberkati amalan Hamba Allah  sekeluarga ini, dimurahkan rezeki, diperlihara kesihatan dan keselamatan serta dipermudahkan-Nya segala urusan. Amin. In sya Allah, inilah doa kami dan doa penerima-penerima sumbangan ini.


Terima kasih juga kepada En. Hilal Azman yang sudi menjemput KaT bersama-sama dalam aktiviti amal kemasyarakatan ini.

No comments: