Aidilftri pertama tanpa lelaki bergelar suami dan ayah.
Kepada mereka yang biasa melalui laluan dari Ekspo ke
Rumah Awam, mesti tampak Gerai Pisang Goreng di tepi
jalan ini. Gerai kecil ini diusahakan oleh Norazni Kabidin bersama isterinya
Zaniah Baharum dan kadang-kadang ditemani dua orang anak mereka iaitu Muhammad
Aliff Danial, 11 tahun dan Muhammad Aidil Danial, 8 tahun.
Menjelang Ramadan baru-baru ini, gerai ini sudah tidak
beroperasi lagi setelah sisuami, Azni meninggal dunia. Putuslah sumber
pendapatan keluarga ini. Sebelum ini arwah Azni pernah bekerja di kilang
Silverstone tetapi terpaksa berhenti akibat masalah pengelihatan.
In sya Allah, Komuniti Amal Taiping (KaT) dengan dana
sumbangan orangramai, akan mengurangkan beban keluarga ini menjelang Aidilftri.
Sabtu 11 Julai 2015 ini, KaT akan bawa anak-anak yatim ini membeli pakaian raya
di AEON Taiping. In sya Allah juga pada hari yg sama keluarga ini akan diraikan
dalam Majlis Iftar sumbangan Restoran Selera Malam Taiping. Dalam majlis ini,
KaT dan Kelab Cintai Taiping akan menyumbangkan barangan mentah dapurmakanan,
kelengkapan sekolah, kuih raya dan duit raya.
Keluarga ini sekarang menetap di Lot 7356, Lorong
Polikllinik, Kampung Expo, Kamunting.
Pm saya utk contact number dan acc no bnk keluarga ini
No comments:
Post a Comment