Program Berkongsi
Rezeki 4 Rumah Amal kelolaan Komuniti Amal Taiping (KaT) 2016
Alhamdulillah. Baru semalam berbual dengan anak-anak
terpilih ini. Ada yang menyuarakan hasrat untuk makan satay. Sebentar tadi saya
sudah mendapat pengesahan sumbangan seorang Hamba Allah Warga SISTA Ipoh yang
akan menaja 105 set Satay (setiap orang 10 cucuk satay, timun, bawang dan nasi
impit) dan 105 Bihun Goreng kepada 105 penghuni 4 buah rumah amal ini pada
khamis 2 Februari 2016.
Beliau yang merupakan penyumbang regular KaT juga turut
menaja dua juadah lagi.
Program ini telah bermula dari awal Januari 2015.
Bergantung kepada kemampuan dari sumbangan, program ini diadakan pada setiap
hari Khamis (Buka puasa/makan malam) dan Ahad (sarapan). Setakat ini 4 buah
rumah amal yang terlibat iaitu.
(i). Asrama Tafiz Anak Yatim & Miskin Amal Nur Qaseh
Kpg Pasir Bt 4 Kmtg x 40 penghuni,
(ii). Rumah Anak Yatim & Miskin Kediaman Cahaya Ain
Bgn Serai x 20 penghuni
(iii). Rumah Warga Emas (P) Al Ikhlas Rozy x 25 penghuni,
dan
(iv). Rumah Warga Emas (L) Aminur Ain Kpg Ekspo Kmtg x 20
penghuni
Jumlah semua penghuni ialah 105 orang
Jumlah sumbangan atau penghantaran makanan tidak
ditetapkan. Mereka yang ingin menyumbang boleh menghubungi Penyelaras Komuniti
Amal Taiping (KaT), Lukman Wan Mat Daud 019 558 2626 whatsapp/sms
Tuan/puan juga dialu-alukan untuk menyumbang terus /
berhubung terus dengan rumah-rumah kebajikan ini.
(i) En Roslan, Asrama Tafiz Kpg Pasir Bt 4, Kamunting
012-543 0322
(ii) Pn Ain, Kediaman Cahaya Ain Bagan Serai 016-504 9564
(iii) Pn Rozi, Rumah Al Ikhlas Rozy Ekspo Kamunting
019-578 7650
(iv) En Rustam, Rumah Amirul Ain Ekspo Kamunting 014-241
0021
*Komuniti Amal Taiping (KaT) bukanlah persatuan. KaT
adalah komuniti gabungan individu sebagai pengantaraan amal. KaT tidak mewakili
dan tidak terikat dengan mana-mana rumah kebajikan, persatuan atau NGO
No comments:
Post a Comment