Alhamdulillah rezeki anak-anak yatim dan miskin tahfiz
Amal Nur Qaseh minggu ini.
Alhamdulillah, selain dari juadah buka puasa / makan
malam setiap hari Khamis dan sarapan setiap hari Ahad kendalian Komuniti Amal
Taiping (KaT) atas sumbangan orang ramai, asrama Anak-anak Yatim dan Miskin
Amal NurQaseh Kampung Pasir, Batu 4, Kamunting menerima dua jemputan makan lagi
di minggu ini.
Esok 15 April 2016 Jumaat, anak-anak tahfiz ini dijemput
bersarapan selepas Solat Subuh di Gerai Zul Roti Canai dan Nasi Lemak Bungkus
Daun Pisang Kamunting Jaya. Manakala pada hari Sabtu 16 April 2016, Restoran
Deli Café, Kamunting akan menaja jamuan makan malam.
Semoga diberkati-Nya amalan pihak pengurusan Gerai Zul
Roti Canai dan Restoran Deli Café ini, dimurahkan rezeki mereka, dipelihara
kesihatan dan keselamatan mereka serta dipermudahkan segala urusan. Aamiin.
Setakat ini 4 buah rumah amal yang terlibat dalam program
kendalian KaT ini ialah.
(i). Asrama Tafiz Anak Yatim & Miskin Amal Nur Qaseh
Kpg Pasir Bt 4 Kmtg x 40 penghuni,
(ii). Rumah Anak Yatim & Miskin Kediaman Cahaya Ain
Bgn Serai x 20 penghuni
(iii). Rumah Warga Emas (P) Al Ikhlas Rozy x 25 penghuni,
dan
(iv). Rumah Warga Emas (L) Aminur Ain Kpg Ekspo Kmtg x 20
penghuni
Jumlah semua penghuni ialah 105 orang
Tuan/puan juga dialu-alukan untuk menyumbang terus /
berhubung terus dengan rumah-rumah kebajikan ini.
(i) En Roslan, Asrama Tafiz Kpg Pasir Bt 4, Kamunting
012-543 0322
(ii) Pn Ain, Kediaman Cahaya Ain Bagan Serai 016-504 9564
(iii) Pn Rozi, Rumah Al Ikhlas Rozy Ekspo Kamunting
019-578 7650
(iv) En Rustam, Rumah Amirul Ain Ekspo Kamunting 014-241
0021
*Komuniti Amal Taiping (KaT) bukanlah persatuan. KaT
adalah komuniti gabungan individu sebagai pengantaraan amal. KaT tidak mewakili
dan tidak terikat dengan mana-mana rumah kebajikan, persatuan atau NGO
No comments:
Post a Comment