Khidmat Masyarakat Pelajar Kolej
Berterasan penyataan (declaration) seperti di bawah, Komuniti Amal Taiping (KaT) telah diminta untuk memberi nasihat tunjuk-ajar dan panduan kepada pelajar-pelajar sebuah kolej dalam menjayakan khidmat masyarakat.
Tiga grup pelajar kolej ini akan memulakan khidmat masyarakat meraikan penghuni rumah kebajikan dengan pelbagai aktiviti termasuk bergotong-royong membersihkan premis.
Grup pertama akan terlibat di Rumah Anak Yatim dan Miskin Kediaman Cahaya Ain, Bagan Serai pada 23 dan 24 Julai Sabtu dan Ahad ini. Manakala Grup kedua akan terlibat di Rumah Warga Emas (P) Ak-ikhlas Rozy , Ekspo pada 23 Julai Sabtu dan di Rumah Warga Emas (L) Aminur Ain, Ekspo pada 24 Julai Ahad/
Oleh kerana kekangan penghuni warga emas untuk melibatkan diri dalam aktiviti, pelajar-pelajar ini akan bergotong-royong memasak menyediakan makan tengahari.
KaT menyediakan makan tengahari untuk kedua-dua hari di Kediaman Cahaya Ain dan juga membekalkan bahan mentah untuk dimasak di kedua-dua rumah warga emas.
Grup ketiga terlibat dalam khidmat masyarakat di bandar Taiping. KaT memohon bantuan tunjuk-ajar dan penyeliaan Crew HotDTaiping (HDT) yang lebih arif dan berpengalaman serta kerap mengadakan kerja amal di bandaran ini.
Crew HDT dipimpin oleh Sdr, Azwan Lokman (Kembara Sepi) akan menyelia Grup ketiga ini berkhidmat masyarakat membersihkan Burmese Pool, Kaki Bukit Larut, Lake Garden, Pekan Pokok Asam dan rumah asnaf di Matang pada 6 dan 7 Ogos Sabtu dan Ahad.
KaT menyediakan juadah makan tengahari kepada semua yang terlibat dalam khidmat masyarakat bandaran ini.
Penyataan Komuntiti Amal Taiping (KaT Declaration)
Komuniti Amal Taiping (KaT) bukanlah persatuan. KaT adalah komuniti gabungan individu sebagai pengantaraan amal. KaT tidak mewakili dan tidak terikat dengan mana-mana rumah kebajikan, persatuan atau NGO. KaT bersedia untuk membantu dan bekerjasama dengan mana-mana pihak untuk kerja amal dan seumpamanya.
No comments:
Post a Comment