Tuesday, September 27, 2016

Sambutan Maal Hijrah 1438 bersama anak tahfiz, anak yatim and miskin serta warga emas








Sambutan Maal Hijrah 1438 bersama anak tahfiz, anak yatim and miskin serta warga emas

Sempena menyambut Maal Hijrah 1438 pada hari Ahad 2 Oktober 2016 ini, Komuniti Amal Taiping (KaT) melalui sumbangan orang ramai akan mengadakan majlis tahlil, Yasin, solat hajat, doa selepas solat (mengikut kesesuaian penghuni) di lapan (8) buah rumah amal sekitar Taiping, Kamunting dan Bagan Serai di bawah program KaT.

Berkesempatan dengan ini juga, semoga fadhilat majlis mohon dipanjangkan kepada arwah Hj Azit@Mustamin bin Abdul Mutalib dan arwah Hajjah Rahmah binti Hj Osman. Serta didoakan juga kepada beberapa pemimpin dan pengiat utama badan amal NGO Warga Kilang yang sedang diuji-Nya dan baru sahaja keluar dari pusat perubatan yang merawat mereka. Agar mereka ini kembali sembuh dan dipermudahkan-Nya urusan mereka berterusan membuat kerja amal.

Juadah jamuan berupa Menu Nasi Puteh, Gulai Ayam Kentang, Telur Dadar, Ulam Timun dan Sambal Belacan serta Air Minuman.

Program bawah Komuniti Amal Taiping (KaT). Rumah-rumah tahfiz, anak yatim and miskin serta warga emas yang terlibat sekita Taiping, Kamuntng dan Bagan Serai ialah:

1. Anak Yatim dan Miskin Tahfiz Amal Nur Qaseh (L/P)
Bt 4, Kamunting x 35 orang penghuni
U.p.: En Roslan @ Pak Long 012 543 0322

2. Anak Yatim dan Miskin Kediaman Cahaya Ain (P)
Bagan Serai x 20 orang penghuni
U.P.:  Pn Ain 016 504 9564

3. Warga Emas Al-ikhlas Rozy(P)
Ekspo, Kamunting x 25 orang penghuni
U.P.: Pn Rozy 019 578 7650

4. Warga Emas Aminur Ain (L)
Ekspo, Kamunting x 20 orang penghuni
U.P.:  En Rostam 014 241 0021

5. Tahfiz Arrahimiyah (L)
Kpg Boyan, Taiping x 25 orang penghuni
U.P.:  Ust Arif 019 411 1151

6. Tahfiz Arrahimiyah (L)
Pokok Asam, Taiping x 85 orang penghuni
U.P.: Ust Arif 019 411 1151

7. Tafiz Arrahimiyah (P)
Kpg Boyan x 49 penghuni
U.P.: Ust Khairul 019 450 0006

8. Tahfiz An Nur Al Hafizah (P/L)
Kpg Paya Kamunting x 29 penghuni
U.P.: Ust Hafizah 014 243 2721

Jumlah 286 orang penghuni (1/09/2016)

Tuan/puan boleh membuat sumbangan terus kepada rumah-rumah amal ini. Tuan/puan juga boleh menghubungi Komuniti Amal Taiping (KaT) untuk membuat sumbangan. Penyelaras KaT, Lukman Bin Wan Mat Daud 019 558 2626 whatsapp. 

No comments: