Sunday, April 19, 2015

Jamu selera bersantai di Omm Cafe Ipoh Pekan Baru



























Jamu selera bersantai di Omm Cafe Ipoh Pekan Baru

Malam tadi dalam perjalanan balik ke Taiping dari KL, kami sekeluarga singgah di Pekan Baru Ipoh untuk mencuba menu di Omm Cafe yang baru dibuka sebulan lepas.

Untuk ke sini mudah sahaja. Bermula dari landmark bulatan Rumah MB (jika datang dari Jalan Tambun, terus mengikut arah jam 12. Omm Cafe terletak di barisan rumah kedai lama sebelah kanan jalan, selepas traffic light pertama Balai Polis dan Restoran Nasi Ayam Merah (Nasi Ganja).

Sudah tentu saya mencuba Chu Chong Fun Ipoh Mali antara menu terlaris di sini. Kicap berlenga (bijan) di atas gulungan Ketiaw ini memang favourite saya. Lebih-lebih lagi diacukan dengan Cili Jeruk yang ranggup. Pada saya ianya memang terbaik.

Orang rumah saya seorang itu mencuba menu cadangan En. Azman Omm, pemilik cafe ini sendiri iaitu Fettucine Carbonara. Mee Spaghetti Fettucine Carbonara ini berbentuk panjang leper tidak panjang silinder seperti biasa dan size lebih lebar. Ini bukan makanan pilihan saya tetapi menurut isteri saya, Fettucine Carbonara di sini sama taraf rasanya di restoran yang hebat.

Seperti biasa, anak lelaki saya seorang itu memilih Sizzling Mix with Black Pepper Sauce. Menariknya di sini, Sauce itu dituang ke atas pelbagai aneka daging yang berasap itu, di hadapan pelanggan! Licin sampai buntut plate sizzling itu dikerjakan oleh anak saya.

Untuk minuman kami mengorder Teh Lemon Panas, Cincau Campur Lengkong Ais dan Carrot Susu Ais. Minumannya biasa-biasa sahaja kepada kami cuma special sikit sebab dihidang dalam jug mug.

Semasa menunggu, kami berpeluang mendengar lagu dari Juke Box di samping “melayan” melihat pelbagai barangan koleksi pemilik cafe ini.

Sebagai cafe yang baru sangat beroperasi, masih terdapat banyak ruang untuk penambahbaikan. Pemiliknya juga tidak mengenakan GST !

In sya Allah selepas ini kami akan mencuba menu cadangan pemilik ini iaitu “ikan”!.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com

* Cafe beroperasi 5pm - 12am. Tutup Isnin

Wednesday, April 15, 2015

Nasi Jagung Yusuf Jan Changloon







Nasi Jagung Yusuf Jan Changloon

3 hari 2 malam di Changlun/Sintok, ingatkan sudah tak merasa Gulai Kambing di Kedai Nasi Jagung Yusuf Jan Changlun sementelah makan pagi dan tengahari telah tersedia.

Petang tadi 5.45pm last call sebelum balik Taiping, rupa-rupa kedai ini tamat operasi jam 6.00 petang.


Nasi Jagung sudah habis tapi Gulai Kambing masih bersisa seketul-dua. Paling best, portion kegemaran "Tulang Rusuk" masih ada 

Tuesday, April 14, 2015

Mini Popia Goreng Pedas





Mini Popia Goreng Pedas

Kudapan yang simple tetapi sedap!

http://orangkecilorangbesar.blogspot.com

Kuih Bakar




Kuih Bakar

Saya tidak mengemari Kuih Bakar tetapi saya “tahu” menikmati Kuih Bakar yang dibuat dan dimasak (dibakar) dengan sempurna.

Walaupun dibakar, warnanya masih kekal Puteh. Mungkin cuma ada sedikit warna Kekuningan.

Semasa bertugas di Sintok dahulu, Kuih Bakar adalah buah tangan saya kepada semua ketua jabatan dan juga staf-staf sokongan di jabatan saya bertugas setiap kali menjelang Hari Raya Aidilfitri. Malah Makcik Pencuci dan Pakcik Guard juga turut merasa buah tangan yang saya ambil tempah khas dari Batu Kurau.

Sebentar tadi di sebuah kedai runcit di Sintok, saya terjumpa Kuih Bakar yang dijual dalam bekas plastic panjang. Saya terpikat bukan sahaja dari warna kuih tetapi susunan silang Kuih Bakar ini dengan sifat bentuknya masih kekal elok itu yang mencuri tumpuan saya.

http://orangkecilorangbesar.blogspot.com









Kerabu Mangga tabur Ikan Bilis Goreng

Saya bukanlah seorang cerewet tentang makanan. Tetapi ada kalanya saya mahukan “kesempurnaan” dari segi condiment (bukan bahan asas). Sebagai contoh, kalau Mee Kari, saya mahukan condiment iaitu bahan tambah (accessories?) yang pelbagai dan banyak seperti tauhu, cucur, terong, kacang panjang, dan lain-lain lagi.

Begitu juga Kerabu Mangga! Saya cuba pastikan Kerabu Mangga yang saya order ada ditabur dengan Ikan Bilis Goreng (walaupun sudah ada Udang Kering) dan Bawang Goreng serta dilapik dengan Daun Salad.

Bukan itu sahaja Ikan Bilis Goreng dan Bawang Goreng ini mesti ranggup! Begitu juga Daun Salad mesti fresh, ranggup dan tidak layu (lungnyai!).

http://orangkecilorangbesar.blogspot.com

Monday, April 13, 2015

Kem Jati Diri Pendidikan Khas. Selama, Perak 10 – 12 Apr 2015











































































Kem Jati Diri Pendidikan Khas. Selama, Perak 10 – 12 Apr 2015

KJD PD khas ini disertai oleh 66 kanak-kanak pendidikan khas dari Perak, Pulau Pinang dan Kedah. Manakala SK Tanjung Piandang adalah tuan rumah. Manakala Komuniti Amal Taiping (KaT) adalah rakan acara (event partner).

Di saat akhir salah satu kontigen telah menarik diri dan diganti oleh anak-anak yatim penghuni Kediaman Cahaya Ain, Bagan Serai.

Sumbangan yang diterima melalui KaT ialah banner, bunting, tshirt, goodies bag, toileteris set (sabun, berus gigi, ubat gigi, sikat & talcum powder), sationery set (buku tulis, pencil case, pen, pensil, pengasah, pemadam & pembaris), water colour, face towel, cup cake, birthday cake, paper plate, dan birthday party set/decoration.

Hanya Dia sahaja yang mampu membalas sumbangan tuan/puan ini. Semoga diberkati amalan tuan/puan, dimurahkan rezeki, diperlihara kesihatan & keselamatan serta dipermudahkan-Nya segala urusan tuan/puan. Amin. In sya Allah, inilah doa kami dan doa anak-anak istimewa ini.

http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/