Wednesday, March 25, 2009

1-Day Campus Life untuk anak-anak yatim

1-Day Campus Life untuk anak-anak yatim

Sebenarnya program ini direka-khas untuk anak-anak sekolah rendah dan menengah untuk merasai pengalaman sehari di dalam kampus di samping memberi peluang (program pada hari Ahad) kepada ibubapa atau penjaga untuk berlibur di Bukit Kayu Hitam, Padang Besar ataupun jika berkesempatan terus ke Langkawi balik hari.

Ibarat sambil menyelam minum air. Anak-anak mendapat peluang ilmu, pengalaman dan motivasi. Ibubapa atau penjaga boleh berlibur dan bershoping di samping ada tempat untuk di-nusery-kan anak-anak mereka!

Rujuk di sini posting asal.

Bagaimanapun tarikh acara terpaksa ditunda oleh sekolah yang terbabit disebabkan hal-hal yang tidak dapat dielakkan.

Kebetulan beberapa rakan pensyarah yang sudah terbiasa dengan program-progran kemasyarakatan yang dianjurkan semenjak 2007 (tahun saya mula berkhidmat di UUM), mencadangkan agar saya memberi peluang program ini kepada anak-anak yatim pula dan mempelawa warga UUM untuk menaja anak-anak yatim ini.

Rujuk di posting berikut untuk aktiviti-aktiviti yang pernah diadakan. Klik pada tajuk untuk berita dan gambar.

Ramadhan, bulan untuk untuk membuat sumbangan dan bersedekah

Lawatan Amal sempena cuti Hari Buruh (Bhg. I)

Dari lensa sahabat yang turut bersama (Bhg. I)

Lawatan Amal sempena cuti Hari Buruh (Bhg. II)

Lawatan Amal sempena cuti Hari Buruh (Bhg. III)

Lawatan Amal sempena cuti Hari Buruh (Bhg. IV)


Lawatan Amal sempena cuti Hari Buruh (Bhg. VI)

Dari lensa sahabat yang turut bersama (Bhg. II)

Sepetang di rumah Pak Mat

Lawatan Amal sempena cuti Hari Buruh (Bhg. VII)

Pengurus rumah anak yatim diperlukan*

*Pembiayaian gaji oleh sebuah NGO

Seperti sambutan warga UUM terhadap aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang dianjurkan sebelum ini, program 1-Day Campus Life untuk anak-anak yatim mendapat sambutan yang amat mengalakkan. Malah ada banyak pensyarah terutama yang kebetulan suami-isteri menjadi pensyarah UUM (setakat ini tiga pasangan) menaja bukan sahaja seorang tetapi hinggakan mencapai 10 orang anak yatim dalam satu tajaan mereka. Begitu juga mereka yang individu ada yang menaja sehingga dua atau tiga anak-anak yatim.

Pensyarah-pensyarah yang sedang menyambung pelajaran di luar negara turut menghantar email untuk membuat sumbangan. Warga UUM selain akademik dari pelbagai jabatan juga turut bersama membuat sumbangan.

Terima kasih saya ucapkan kepada mereka semua ini. Hanya Allah S.A.W sahaja yang mampu membalas keprihatan mereka ini.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment