Ramadhan, bulan untuk untuk membuat sumbangan dan bersedekah
(Apa bezanya sumbangan dengan bersedekah? Mengikut seorang Tok Guru aku, sumbangan harus dinyatakan siapa penyumbangnya dan juga nilai atau apa yang disumbangkannya. Manakala sedekah tidak harus dinyatakan siapa, nilai dan apa yang disumbangkan.
Dengan dinyatakan, nilai dan apa yang disumbangkan bukanlah akan mengundang riak tetapi akan mengalakkan lagi penyumbang itu sendiri dan orang lain untuk turut sama menyumbang.)
Dalam seminggu dua ini aku menerima banyak email dan panggilan telefon bertanyakan program-program sumbangan yang selalu aku turut terlibat di dalam Ramadhan ini. Malah beberapa sahabat di luar negara yang di tahun-tahun lepas banyak menyumbang (dengan sumbangan yang lumayan) sudah beberapa kali menghantar email bertanyakan.
Ramadhan kali ini agak berbeza dengan Ramadhan tahun lepas. Seperti biasa aku berbuka di masjid dan di tahun ini, aku “dipermudahkan” untuk berterawih. Tidak di tahun-tahun lepas yang ada-ada saja halangan.
Bagaimanapun di hujung minggu malah berlanjutan selepas Hari Raya, jadual aku agak ketat dengan beberapa aktiviti akademik dengan pelajar.
Insya-Allah, aku akan turut serta dengan NGO Warga Kilang pada minggu terakhir di Ramadhan ini. Bagaimanapun mungkin tidak memfokuskan ke Rumah-rumah Anak Yatim seperti biasa. Aku dimaklumkan rezeki anak-anak yatim di bulan mulia ini murah sekali. Ada sahaja orang badan-badan kebajikan, NGO dan orang-orang perseorangan yang mengunjungi mereka.
Warga Kilang akan menziarahi orang-orang perseorangan yang telah dikenalpasti kurang berkemampuan dan berupaya di kawasan nelayan dan perkampungan di Utara Semenanjung. Aktiviti ini mirip kepada Lawatan Amal 1 Mei 2008 lalu. Insya-Allah.
Berikut adalah berita dan gambar-gambar sumbangan oleh ramai penyumbang pada Ramadhan tahun lepas.
lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/
Terima kasih kepada semua penyumbang kepada tiga buah rumah asrama anak yatim sempena Ramadhan 2007 ini.
Di setiap majlis, saya dijemput untuk berucap sepatah dua kata sebelum acara penyerahan sumbangan dan duit raya bermula. Sayugia saya maklumkan kepada hadirin semua bahawa kedatangan saya adalah mewakili beberapa pihak dan sebagai “balasan” daripada sumbangan yang tidak seberapa itu saya bermohon melalui kata-kata seperti berikut;
“…. semoga semua sumbangan kami ini diberkati oleh Allah. Kepada semua anak-anak yatim, doakanlah agar kami semua dilimpahi rahmat-Nya, dimurahkan rezeki, dipelihara kesihatan dan sentiasa dibuka pintu hati kami untuk berbuat amal seperti ini dengan lebih banyak dan kerap di masa-masa mendatang, amin”.
“kami” yang dimaksudkan adalah mewakili mereka seperti di bawah;
1. Dekan, Timbalan-timbakan Dekan, Pensyarah dan Kakitangan Pentadbiran Fakulti Perkembangan Sosial & Manusia (FPSM), Universiti Utara Malaysia,
2. Warga UUM (selain dari warga FPSM) khususnya dari Jabatan Keselamatan, PUSB, dan lain-lain.
3. Mailing list Warga Kilang
4. Mailing list Bekas Pelajar Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh (Batch 1980 – 1984)
5. Pelajar MOSHM, UUM (NIOSH Prai) Batch 2007/2008
6. Mailing list Persatuan Pengamal OSH Utara (NRG)
7. Badan Kebajikan Islam Silverstone, Taiping (BAKIS)
8. Kakitangan Siverstone Berhad, Taiping (Ahli Mesyuarat Tingkap)
9. Guru-guru Tabika Perpaduan Daerah Larut Matang & Selama
10. Syarikat Chuan Sin Sdn Bhd, Taiping (Spritzer)
11, Kakitangan Maybank, Jalan Panggung Wayang, Taiping
12. Kakitangan Jusco, Ipoh
13. Mereka yang lain yang tidak tersenarai nama di atas
“Kami” ini sebenarnya menumpang aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh;
1. Kabuki Riders (Kelab Motosikal Universiti Teknologi Petronas),
2. MBCian (www.malaysianbikers.com.my),
3. Pekerja-pekerja Islam Unisem Ipoh,
4. Pekerja-pekerja Islam Jabil Pulau Pinang, dan
5. mailing list Warga Kilang (terutama mereka yang tidak jemu-jemu beramal-jariah).
Gambar-gambar di ketiga-tiga majlis ini boleh dilihat di halaman blog berikut;
http://thejourney.weblog.uum.edu.my
Wassalam
No comments:
Post a Comment