Lawatan Amal sempena cuti Hari Buruh 1 Mei 2008 (Bhg. VII)
Kami berpatah balik ke rumah Pak Mat yang kalau boleh dikatakan rumah itu.
Kumpulan kami yang seramai hampir 40 orang ini terpaksa menuruni lurah, menyeberangi empat titi kecil batang kelapa dan tiang reput yang mendebarkan, meniti batas bendang yang sempat, meredah busut dan melangkah dahan kayu tumbang serta menaiki bukit untuk sampai ke sebuah rumah yang kalau boleh dikatakan rumah itu. Perjalanan sejauh 300 meter ini berjaya diharungi oleh lelaki dan perempuan dewasa, remaja dan kanak-kanak malah anak kecil yang terpaksa didukung.
Perjalanan kami itu apalah kalau hendak dibandingkan dengan perjalanan kerap Pak Mat untuk membeli seekor dua ikan di kedai sejauh ½ kilometer atau untuk berteduh di bawah rumah jirannya dari hujan lebat.
Rumah yang kalau boleh dikatakan rumah ini tidak ketentuan di mana bumbungnya, di mana dindingnya dan di mana lantainya. Malah usah dicari di mana tangganya untuk dicelapak naik.
Alhamdulillah ada di antara kami hari itu seolah-olah kontraktor pembina rumah yang berjaya mendindingkan dan membumbungkan rumah Pak Mat. Sekurang-kurang selepas ini Pak Mat tidak lagi dibumbungkan langit kelam dan didindingkan bayuan angin hutan.
Penduduk kampung yang sebelum ini memaklumkan kisah kemiskinan Pak Mat kepada kami turut mencadangkan sebuah rumah lagi untuk dilawat. Mungkin rumah ini tidak seteruk rumah Pak Mat tetapi kami singgah juga sementelah masih berbaki barangan-barangan yang dibawa.
Berbeza dengan Pak Mat yang keseorangan, di rumah kayu usang ini tinggal sepasang suami isteri dengan dua orang anaknya tanpa bekalan elektrik. Di ruang tengah rumah ini bumbungnya ternganga luas yang pastinya bakal mengundang rintikan hujan ataupun jengahan unggas malam.
Jam sudah menjengah 6.30 pm. Kami akhiri lawatan dengan perjalanan ke KHTP, Hi-Tech Kulim untuk berpisah. Semoga perjalanan kami hari ini akan adanya lagi perjalanan-perjalanan sebegini di masa-masa mendatang.
Untuk kisah-kisah lanjut dan gambar-gambar lawatan lain bolehlah berkunjung ke laman-laman blog seperti berikut;
http://www.moniermatdin.blogspot.com/

http://izzuddin8084.blogspot.com/
http://oshthejourney.blogspot.com/
Sekadar ingatan untuk semua dan juga diri ini;
“Besok sudah berlalu, untuk berbangga atau untuk dikesali. Esok belum pasti tiba. Dengan itu nikmati hidup hari ini. Jangan bertangguh atau berlenggah (untuk kerja baik dan berfaedah serta beribadat).”
lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Keterangan gambar di atas adalah keadaan rumah Pak Mat beberapa minggu sebelum Lawatan Amal Warga Kilang pada 1 Mei 2008
No comments:
Post a Comment