Jangan melampau masa; pesan bapa
(Kosmo semalam juga melaporkan dengan tajuk berita; Nasib malang Sufiah Yusuf. Antara lain dilaporkan; Genius matematik terkenal dunia, Sufiah Yusuf di mana ibunya kelahiran Malaysia kini menjual tubuh di Britain dengan nama samarannya adalah Shilpa Lee.)
Sebelum ini masyarakat juga pernah dikhabarkan mengenai kanak-kanak bijak yang kemudiannya diambil berlakon dalam filem yang sinonim dengan ”Siries of Esok”, akibat permasalahan sosial dan sebagainya, kanak-kanak tersebut yang kini telah dewasa dilaporkan menganggur.
Terbaru seorang lagi kanak-kanak genius matematik Malaysia dilaporkan berasa bosan di alam persekolahannya. Terlalu perlahan; katanya.
Sewaktu kecilku bapaku paling pantang kalau aku mencuri-curi membaca buku kakakku. Ataupun cuba membaca novel-novel berat!
“Belum masanya dan jangan melampau masa!”; jerkahnya.
Terasa betul cakap bapaku itu.
Bukan untuk membanggakan diri, aku yakin boleh mengajar anakku mula mengeja dan membaca seawal tiga, empat tahun tetapi aku masih ingat cakap bapaku itu.
Mungkin terikut-ikut dengan kebiasaanku seorang pengamal OSH, aku dan orang rumahku mengawal permakanan dan kesihatan anak aku dengan agak ketat. Hasilnya hingga sekarang dia menolak minuman bergas kecuali minuman isotonik.
Malah ais krim pun dia hanya belajar menikmati sewaktu menjejaki kaki ke sekolah. Itupun setelah ”dipaksa” oleh orang rumah aku. Kami berdua tidak mahu rasa bersalah apabila dia tidak ”menikmati” keenakan ais krim sewaktu zaman kanak-kanaknya.
Ramai orang termasuk orang rumah aku sendiri, apabila ditanya apakah impian mereka, akan menjawab ingin kembali ke zaman kanak-kanak ataupun sekurang-kurangnya ke zaman remaja.
Bagi aku yang mungkin zaman kanak-kanak dan remaja tidak seindah mereka yang lain, aku tidak mahu kembali ke zaman-zaman itu. Sekiranya ditakdirkan aku berupaya kembali ke zaman-zaman itu, sudah pasti banyak perkara yang mungkin aku betulkan dan elakkan, dan yang pasti aku pada hari ini bukannya seperti diri ini. Mungkin aku seorang Perdana Menteri!. Entah mungkin tidak aku tidak dapat beristeri dengan orang rumah aku dan mempunyai anak seperti yang aku miliki sekarang.
Kalau pesan bapa; jangan melampau masa. Pesan aku kepada anak aku pula; masa boleh dikejar tetapi jangan melampau, semalam; syukurlah apa yang terjadi, nikmati hari ini, kerana esok belum pasti.
lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Klik di sini; http://saifulislam.com/?p=1662#more-1662, untuk komentar lanjut
Photo; Hari Perkahwinan Sufiah bersama Jonathan Marshall [foto: Daily Mail]
No comments:
Post a Comment