Tuesday, June 16, 2009

Set Bawal Goreng di Kamunting

Set Bawal Goreng di Kamunting

Makan malam kami tiga beranak tadi adalah di
Gerai Beehon Sup RM 1.00 di Kamunting bersebelah Pam Petronas. Kami makan Bawal Goreng.

Semalam seorang rakan kepada isteri seorang aku itu memaklumkan menu baru di gerai ini. Mendengarkan menu baru itu Bawal Goreng, kami bercadang pergi mencubanya.

Bawal Goreng di sini disediakan secara set iaitu sepinggan nasi puteh dengan seekor Bawal Goreng yang disiram sedikit kicap, kuah kari dengan 2 kacang bendi, ulam timun dan pegaga dengan sambal belacan dan sepiring air asam kicap bawang. Satu set berharga RM 7.00.

Bolehlah!

Pandangan aku masih jauh bezanya dengan Bawal Goreng Juru sama ada Kak Yah Din ataupun Pokok Sawit. Isi Bawalnya tidak manis mungkin tidak ”fresh” dan tidak digoreng garing!

Menu lain ialah Ayam Goreng.

Bagaimanapun gerai ini sentiasa sesak dengan penghujung-penghujungnya menikmati menu-menu RM 1.00 iaitu Beehon.Keatiaw Sup dan Laksa serta Sate 15 sen.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

No comments: