Monday, August 17, 2009

Nasi Wanggei @ Nasi Ganja Jalan Yang Kalsom Ipoh








Nasi Wanggei @ Nasi Ganja Jalan Yang Kalsom Ipoh

Dato Lat dalam salah satu buku komiknya turut memuatkan telatah pekerja di restoran ini yang berkain puteh berlipat hingga ke peha, berdiri di hadapan kedai sambil mempelawa pelanggan masuk ke dalam restoran sambil berkata; “wanggei, wanggei!”. Maka lekatlah nama Nasi Wanggei ketika itu. Ada dua restoran bersebelahan di Jalan Yang Kalsom ketika itu dan berhadapannya ialah Stesen Bas Tanjung Rambutan yang meramaikan lagi pelanggan Nasi Kandar Ayam Merah ini.

Bagaimanapun ramai yang tidak tahu jika ditanya Nasi Kandar Ayam Merah. Tetapi jika sebut saja Nasi Wanggei ataupun Nasi Ganja pasti yang menggangguk laju.

Antara menu unik di sini ialah Sambal Kelapanya. Menu tetap ini akan dicalit pada pinggan di samping Nasi Puteh, Bendi dan Timun sebelum diajukan menu tambahan lain.

Aku mula menjadi pelanggan di Nasi Ganja ini awal 80an apabila mula menjadi pelajar sekolah menengah berasrama di Ipoh. Di hujung minggu terutama apabila baru mendapat duit saku dari keluarga di sinilah kami menikmati makan tengahari selepas jemu makanan asrama.

Ketika itu sepinggan Nasi Putih, Bendi, Timun, Sambal Kelapa, Telur Masin dan Ayam Merah baru berhaga sekitar RM 1.50. Dengan RM 2.00 kami boleh makan dan minum Air Laici. Kunjungan aku pada minggu lepas, menu yang sama dikenakan RM 4.90. Manakala minuman semuanya berharga RM 1.00 ke atas.

Rasa kelazatannya? Boleh dikatakan ada ciri-ciri kesedapan seperti dulu. Tapi yang pasti pelanggannya melimpah ruah sampai ke pinggir jalan.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

1 comment:

Ainim Rashihah said...

wah.nampak sedap.. kalo dtg ke Teluk Intan, jgn lupa singgah kat Restoran Nasi Kandar Krishnan..jgn risau sbb confirm halal.. saya dh mkn nasi kandar tu sejak dr darjah 1 smp la skang dh dewasa..harga masih murah lg..