Tuesday, March 23, 2010

Pakej Lengkap Mee Kari







Pakej Lengkap Mee Kari

Kalau pakej Nasi Lemak yang lengkap mesti ada Sambal Ikan Bilis (Sambal Bawang pun ok), Ikan Bilis Goreng, Telur Rebus, Timun dan Kacang Goreng.

Kalau pakej Laksa yang lengkap mesti ada Timun, Bawang, Salad dan Otak Udang. Ada juga dengan Telur Rebus. Menu orang rumah seorang aku itu mesti ada Sambal Tumis Tauhu. Ada franchais laksa itu dengan pelbagai lauk macam Laksa Sarawak pula.

Tiba-tiba aku teringinkan pakej lengkap Mee Kari. Kuahnya mesti merah kari. Bukannya kuning atau kelabu. Santannya mesti terasa. Isi santan tak kira sagat atau mesin tapi mesti berambu-berurat di dalam kuah. Kuahnya mesti dimasak sekali dengan pelbagai Fishball, Fishcat Fishcake dan Fucuk. Boleh juga ditambah dengan pelbagai "pemanis" seperti Udang dan Ketam. Sambalnya mesti Sambal Tumis Kerang yang pekat.

Selain dari dimasak bersama kuah, tersedia juga Fishball, Fishcake, Fucuk, Cabai Berisi macam Salok Kelantan, Terung, Tauhu Goreng, Telur Rebus dan lain-lain untuk dipilih.

Bawang Gorengnya pula mesti besar dan ranggup. Cabai Jeruknya mesti manis dan juga ranggup.

Biar mee-nya sikit tapi isi-isi yang lain menimbun di atas.

Mee Kari Tasek dekat jejantas tepi sekolah di Tasek Ipoh itu ada juga ciri-ciri sebegini tapi tak ada Sambal Tumis Kerang.

Mee Kari Yik Mun ada pelbagai Fishball, Fishcake, Tauhu dan Terung tapi kuahnya bukan warna merah.

Mee Kari R&R Tapah pula ada ayam dan kuahnya macam Kari Ayam. Sama macam Mee Kari Gulam di Changlung.

Mee Kari Pasar Malam Napoh kuahnya merah tapi ramuan pelbagainya tiada. Begitu juga Mee Kari Lan Pasar Malam Kamunting walaupun ada Sambal Tumis Kerang.

Rasa-rasanya Mee Kari orang rumah seorang aku itu sahaja yang ada semua pakej yang dicita-rasa ini. Rahsia utamanya terletak kepada serbuk kari kuah Mee Kari. Bukan payah giling atau di-blender. Pergi beli saja dekat India Penjual Serbuk Kari tepi Market Sayur Taiping. Jangan lupa beritahu kepada India Penjual ini - mau Serbuk Kari Mee Kari kurang pedas. Kalau tak cakap macam itu, boleh berasap punggung lepas malan!

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

No comments: