Tuesday, June 21, 2011

Malam Busker 24 Jun 2011 Jumaat, 8.30 mlm KL


Malam Busker 24 Jun 2011 Jumaat, 8.30 mlm KL

Malam tadi aku aku dapat sms dari Meor Pesta Jiwa (Meor Yusof Aziddin Meor Hassan). Sudah lama tidak berhelo-helo dan bersms-sms dengan Meor. Sementelah rancangan aku hendak membawa dia dan Pyanhabib ke Sintok tergendala. Tan Sri Nordin (mantan VC UUM) sudah bersetuju tapi ada sahaja halangan yang muncul.

Sms Meor -

Assalam Bro, 24hb ni Jumaat malam kita bikin 'MALAM BUSKER'S' dan sesi pradengar album single Society di Rumah Pena, Jalan Dewan Bahasa KL. Jam 8.30 malam. Datanglah meraikannya. Tq.

Kalau aku ada di KL ataupun tiada apa-apa hujung minggu ini pasti aku menghadirinya. Minggu ini aku dijadualkan mengajar di Prai (Sabtu) di Langkawi (Ahad dan Isnin). Hanya doa dari aku agar majlis beliau berlangsung dengan jayanya. Amin.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/



2 comments:

tentangseseorang said...

lepas nih mungkin boleh datang ke MASKARA. Abg Meor dan abg pyan selalu ada di MASKARA :)

lukmanw@gmail.com said...

Terima kasih atas makluman. Meor ada beritahu pasal MASKARA ini tapi masih belum berpeluang ke sana.