Wednesday, July 27, 2011

Toyota Publica 700


Toyota Publica 700

Seorang rakan saya (pemilik koleksi kereta klasik dan vintaj) pernah menunjukkan sekeping gambar kereta (seperti gambar kedua paling bawah dalam posting ini) dan meminta saya meneka jenamanya. Saya menekanya Datsun tetapi salah. Jawapan yang betul ialah Toyota Publica 1969 K-Series 4-cylinder, water-cooled 993 cc. Rakan saya memberitahu ada sebuah model awal Toyota Publica ini iaitu Toyota Publica 700 1961 (air-cooled 697 cc), OHV 2-cylinder boxer atau lebih dikenali dengan Toyota U-engine, di Prai.

Semalam sewaktu di Bertam Golf Resort, saya terjumpa Toyota Publica 700 ini. Seperti yang pernah dimaklumkan oleh rakan saya, Publica ini mempunyai gaya Europah iaitu ala Morris Minor.

Mengikut sejarah pemotoran Toyota memperkenalkan kereta mini mereka yang pertama pada 1947 iaitu Toyopet.

Publica ini adalah hasil dari kereta konsep selaras dengan ketetapan Japan Ministry of International Trade and Industry (MITI), pada tahun 1955. Ketetapan konsep tersebut ialah kelajuan maksimum 100 km/j, berat kurang 400 kg, penggunaan bahan bakar tidak melebihi 1 liter per 30 km pada kelajuan purata 60 km/j. Paling penting kereta tersebut tidak memerlukan pembaikan besar sekurang-kurang dalam tempoh perjalanan 100,000 km.

Hasilnya pada Jun 1961, Publica mula dijual dengan harga asas 389,000 yen (RM 14,000) tanpa radio dan pemanas. Model truck dan convertible diperkenalkan kemudiannya sebelum digantikan oleh model serba baru K-series, 4-silinder penyejukan air 993 cc. Model baru ini sebenarnya asas kepada enjin 1077 cc yang digunakan kemudiannya dalam kereta popular Toyota iaitu Corolla.

Saya cuba mendapatkan pemilik Publica ini tetapi dimaklumkan oleh Pengawal Keselamatan, beliau baru memasuki padang golf.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Bolehkah pihak berkuasa Malaysia (MITI?) menetapkan konsep kereta sebegini?










1963 Toyota Publica untuk dijual. Klik di sini.

3 comments:

speedrider said...

Owner dia boleh ditemui di kedai aksesori kereta kepala batas, depan Zon Ria

lukmanw@gmail.com said...

Area Maybank/Perodua ka?

Anonymous said...

berapa harga market ni?saya ada jumpa enjin air cooled di kedai potong