Sunday, March 08, 2015

Siapakah yang gila di antara orang gila?



Siapakah yang gila di antara orang gila?

Malam tadi saya “tertonton” filem Stonehearst Asylum (2014) lakonan legenda Michael Caine dan Ben Kingsley. Salah satu filem Caine yang kagumi ialah Escape to Victory (1981) di mana beliau berlakon di samping Pele dan Stallone sebagai pemain bola mewakili Pasukan Tahanan Amerika menentang Pasukan Penjara Jerman. Manakala Kingsley pula, filem terbaiknya pada saya ialah Gandhi (1983).

Filem Stonehearst Asylum ini sebenarnya baru sahaja diedarkan pada bulan Oktober tahun lepas tetapi saya langsung tidak tahu kewujudannya terutama di pawagam di Malaysia.

Ianya mengisahkan seorang “doktor” muda, Dr. Edward Newgate (lakonan Jim Sturgess) dari Oxford yang datang ke Stonehearst Asylum untuk menjalani latihan klinikal.

Dr. Newgate teruja dengan cara rawatan superintendent Stonehearst Asylum, Dr. Silas Lamb (lakonan Ben Kingsley) yang “melayan” kesemua pesakitnya tanpa ubatan dan kurungan.

Plot cerita semakin menarik apabila Dr. Newgate jatuh hati kepada pesakit, Eliza Graves (lakonan Kate Beckinsale). Plot pula semakin mendebarkan apabila Dr. Newgate terjumpa kurungan bawah tanah dengan tahanannya yang terdiri dari superintendent Stonehearst Asylum yang sebenar iaitu Dr. Benjamin Salt (Michael Caine).

Klimak cerita ini pula berakhir dengan kemunculan “Dr. Edward Newgate” yang sebenar!


Filem terbaik dari segi plot cerita yang didokong oleh dua legenda filem yang saya kagumi ini.

Kenapa filem atau drama berkaitan permasalahan jiwa di Malaysia ini tiada langsung mempunyai ciri-ciri seperti Stonehearst Asylum?

http://orangkecilorangbesar.blogspot.com

No comments: