Saturday, October 31, 2015

Batu Belah Batu Bertangkup dan Masak Pais Bakar Dalam Daun Pisang






Batu Belah Batu Bertangkup dan Masak Pais Bakar Dalam Daun Pisang

Asalnya nak jengok-jengok ala window shopping sahaja di RnR Semanggol Belah Selatan ini. Biasanya di sini jarang sekali berjuadah, hanya berhenti mengisi petrol, touch n go atau toilet sahaja.

Kali ini terjeling Telur Ikan Tongkol. Walaupun lebih berahi Telur Ikan Duri yang berguli-guli itu, terasa tekak sudah menelan air liur apabila melihat telur yang berkeping ini.

Selain dari terkenang filem Batu Belah Batu Bertangkup (Telur Ikan Tembakul), ianya mengembalikan nostalgia masakan arwah nenek bermenu Telur Ikan Masak Pais Parutan Kelapa Berbalut Daun Pisang dibakar arang.

Sehari dua ini nak cari Telur Ikan Duri Masak Gulai dan Masak Lemak pula.

Sekarang musim ikan mengawan dan bertelur ke?


Sumber internet

No comments: