Cikgu Fuad Nasi Kukus Ayam Dara Kamunting
Sudah dua kali penghuni empat
rumah amal bawah program kongsi rezeki kelolaan Komuniti Amal Taiping (KT)
berjuadah dengan Cikgu Fuad Nasi Kukus Ayam Dara Kamunting.
Sekali ditaja oleh pengusaha makanan ini sendiri dan sekali lagi ditaja oleh
seorang Hamba Allah. Malah pada pertengahan November 2015 ini, atas permintaan
penghuni-penghuni rumah amal ini sendiri, akan ada satu lagi juadah menu yang
sama tajaan seorang Hamba Allah lagi.
Saya hanya berpeluang menikmati juadah menu ini sebentar
tadi.
Ketika suapan pertama nasi dan ayam ini, tiba-tiba saya
terkenangkan Nasi Berangin yang dijual bersebelahan Balai Riong (NST) di Jalan
Riong, Bangsar bersetentangan pintu pagar Balai Berita TV3 semasa saya tinggal
berhampiran ketika pertengahan 80an.
Nasi yang panas dan ayam yang baru diangkat dari kuali
berminyak panas menyebabkan Nasi Berangin ini meneliurkan para pelanggan yang
berbaris panjang. Menariknya gerai ini
menjual semata-mata Nasi dan Ayam Goreng sahaja. Tanpa lauk-pauk lain hatta
sayur-mayur, Cuma sesudu sambal sebagai penyelera.
Berjuadah Cikgu Fuad Nasi Kukus Ayam Dara Kamunting
ini seolah-olah mengembalikan suasana saya berjuadah Nasi Berangin 30 tahun
yang lalu. Adakah masih ada juadah Nasi Berangin ini diterus-lansungkan
perniagaannya oleg pelapis atau waris?
Cikgu Fuad Nasi Kukus Ayam Dara Kamunting
ini juga disediakan dengan Nasi dan Ayam Goreng yang Panas. Tambahan
sekeping-dua hirisan Timun. Juga disertakan sesudu Sambal.
Sebagai tambahan
penyelera, serbuk tepung Ayam Goreng ini ditambah letak di atas Nasi Kukus ini.
Lain kali kalau saya order lagi, mesti saya akan minta extra serdak ini.
Kalau diberi peluang, saya
berharap dapat makan Cikgu Fuad Nasi Kukus Ayam Dara Kamunting
dengan hirisan Ulam Kobis Mentah.
Cikgu Fuad Nasi Kukus Ayam Dara Kamunting
kini mempunyai gerai di hadapan Pasar Borong Kamunting bersebelahan Balai
Bomba. Dibuka dari pukul 11 pagi hingga
5 petang. Manakala gerai di Pasar Malam Kamunting beroperasi setiap Rabu dan
Khamis mulai 5 petang.
Boleh hubungi no berikut 0175329608
untuk tempahan.
No comments:
Post a Comment