Tuesday, June 17, 2008

Ais krim potong

Ais krim potong

Minggu lepas semasa dalam perjalanan pulang dari KL, entah bagaimana aku tiba-tiba menyuarakan keinginan untuk makan ais krim potong kepada orang rumah.

Aku mengimbas kembali kenangan semasa kecil aku dahulu di Jalan Wat Siam, kepada anak jantan seorang aku tu.

Apek Tua yang mengayuh basikal dengan tong ais krim itu biasanya akan melalui Jalan Wat Siam di sekitar jam 4 petang. Tong ais dengan payung kecil di atas akan dikerumun kanak-kanak termasuklah aku apabila sesampainya di Jalan Wat Siam.

Kami tidak membeli ais krim potong tetapi ‘menikam-nya’ lagi. Kalau dibeli hanya dapat satu. Rasanya 10 sen satu ketika itu. Tetapi dengan ’menikam’ roda pusing ala Roda Impian itu memungkinkan kami mendapat lebih dari satu.

Perjalanan dari KL itu sampai di rumah dengan jam sudah menghampiri 9 malam. Kami bertolak dari KL sekitar jam 5 petang sesudah selesai kerja hujung minggu aku di Bangi.

Orang rumah mengeluhkesah kerana terdapat helaian kertas promosi Tesco di hadapan rumah.

Aku mengambilnya dan terperanjat melihatkan iklan ’ais krim potong’ di muka hadapan. Rasanya ketika itu juga aku hendak berkejar ke Tesco membelinya.

Semalam baru aku sempat membeli ais krim potong ini.

Agak berbeza dengan ais krim potong yang pernah dan kerap aku beli semasa kecil dahulu dari Apek Tua yang berbasikal dan bertong di atas pelantar belakang basikalnya itu.

Rasanya hampir sama dengan perasa jagung kesukaan aku. Cuma dahulu ais krim potong tiada bilah pemegang dan pembalutnya hanyalah sehelai kertas nipis.

Oh, ais krim potong!

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com

Ayah yang kubenci, Bhg. 8

Ayah yang kubenci, Bhg. 8

Sengaja aku lambatkan posting mengenai Hari Bapa ini. Sepertimana aku tidak menyambut Hari Ibu (kepada emak aku), begitu juga tiada sambutan Hari Bapa (kepada bapa aku).

(Aku menerima sekeping kad Hari Bapa dan sebuah buku karya Lat, dari anak jantan seorang aku itu sebaik sahaja pintu hotel yang kami sekeluarga menginap dibuka ketika aku sampai setelah habis kerja hujung minggu aku pada hari Ahad lepas.)

Semalam aku menerima satu email dari seorang kenalan. Tidak ku sangka dia menantikan sambungan posting aku mengenai bapa aku dalam blog ini.

”Masih ujud lagikan kebencian kepada ayah saudara?”, tanya kenalan baru aku itu.

Aku menyemak kembali semua posting-posting mengenai bapa. Bermula dari perumah blog UUM hinggalah Blogspot, posting aku sudah mencecah tujuh siri dengan tajuk; Ayah yang kubenci dan empat siri lagi sekadar pelengkap.

Ayah yang kubenci, Bhg, 7,
Ayah yang kubenci, Bhg. 6,
Ayah yang kubenci, Bhg. 4 & 5,
Ayah yang kubenci, Bhg. 3,
Ayah yang kubenci, Bhg 2,
Ayah yang kubenci, Bhg. 1,
Tangan bapa mengeletar lagi,
Dua malam menemani ayah di hospital,
Jangan melampaui masa, pesan bapa,
To my father, I Love U,

Tiada apa-apa yang ingin aku siratkan sempena Hari Bapa ini. Sekadar membaca kembali kesemua posting-posting di atas.

Terdahulu aku menerima satu lagi email dari rakan sekerja.

".....very structured man i ever known”, tulisnya di dalam email sebagai mengambarkan aku. Aku tanyanya kembali melalui email; apakah yang dimaksudkan “structured”.

“structured personality dalam kaunseling = teratur, proper, plan well”, email yang diterima kemudian menjelaskannya.

Aku merasakan “structured”nya diri aku ini adalah warisan daripada bapa aku.

Terima kasih bapa kerana mewariskannya kepada aku. Aku berdoa agar aku akan mewariskannya juga kepada anak jantan seorang aku itu.

Gambar-gambar berikut adalah antara ciri-ciri ”structured” yang aku warisi dari bapa dan aku kini aku mengamalkannya.

1. Semua anak kunci berlabel dan dipadankan dengan rak kunci yang juga berlabel.
2. Semua laci dapur mempunyai ruang khas yang diperbuat dari kertas kotak. Ruang khas boelh dibeli di Ikea tetapi aku lebih suka membuatnya sendiri mengikut saiz laci.
3. Semua laci almari di pejabat, di rumah (bilik aku dan bilik anak jantan seorang aku itu) mempunyai ruang khas ini.
4. Semua suis-suis lampu dan kipas berlabel kedudukannya.
5. Semua wayar-wayar peralatan elektrik seperti cerek, periuk nasi dan tv akan dilabelkan. Malah aku turut melabelkan kesemua peralatan komputer dan pencetak.
6. Banyak lagi ”perapian” bapa aku seperti menggunakan kotak yang sama saiz, berlabel dan ditebuk lubang sisi sebagai ruang jari untuk memudahkan diangkat, dan sebagainya akan aku ceritakan di masa-masa mendatang

Berikut adalah antara barangan yang mesti ada pada bapa yang kini menjadi barangan kesukaan aku;

1. Permanent Marker Pen (Artline)
2. Masking Tape

Aku menambahnya dengan dua lagi barangan;

1. Cable Tie (besar dan kecil)
2. Zipper Plastic Bag.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/







Saturday, June 14, 2008

Sup Campur Pilih Sendiri di Chow Kit

Sup Campur Pilih Sendiri di Chow Kit

Minggu lepas Jumaat Malam Sabtu, perkena Seafood Gerai Haram William di Taman Mayang Jaya, SS 25, PJ.

Esoknya pula lepas habis kerja aku di Bangi, aku singgah Chow Kit belakang Hotel Putra Muda beli Sup Campur Pilih Sendiri. Seperti biasa dibeli bungkus untuk makan di dalam bilik hotel. Biasanya aku, orang rumah aku seorang itu dan anak jantan seorang aku itu menginap di Hotel Vistana ataupun Hotel Kualiti. Minggu lepas di Hotel Vistana kerana Hotel Kualiti penuh.

(Hotel Vistana sudah hampir lebih 15 tahun aku "berumah-berbilik" di situ sehingga hampir semua kakitangannya mengenali kami tiga beranak. Di sini juga hampir dengan Stesen LRT dan Monorail. Kelebihan Hotel Kualiti pula dengan sarapannya beraneka dan dekat dengan Sogo, Komplek Pertama memudahkan orang rumah dan anak jantan seorang aku meronda sementara aku sibuk dengan kerjaku)

Kalau minta Sup Campur biasanya akan diberi Sup Ayam dengan segala maneka organ-organ dalaman ayam seperti hati, pedal dan telur. Aku lebih suka Sup Campur Pilih Sendiri.

Sup Campur Pilih Sendiri ini terpulang kepada citarasa sendiri. Biasanya aku ambil;

1. Sepeha ayam pencen
2. Lima, enam kecil daging kambing
3. Sekeping perut lembu (perut kitab)
4. Seulas urat lembu

(Harga RM 8.00, kalau minta tambah sebungkus kuah lagi harga tidak kira!)

Kemudian aku beli sebuku roti Gardenia. Kalau dapat Roti Benggali dengan kulit kerak keras lagi bagus!

Memang
cuci calat sup dan roti ini kami tiga beranak bersila dalam dalam bilik hotel. Lepas makan masing-masing tersandar kekenyangan!

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Thursday, June 12, 2008

Makan, makan juga, tapi sendiri mau ingat la!


Makan, makan juga, tapi sendiri mau ingat la!

Cerita lanjut, klik di sini.

Makan apa saja, bayar cuma RM 2

Makan apa saja, bayar cuma RM 2
Oleh Safina Ramli,
Utusan Malaysia, 12-Jun-2008

ALOR STAR 11 Jun – Pada saat kebanyakan peniaga makanan di seluruh negara ghairah menaikkan harga jualan masing-masing ekoran kenaikan harga minyak, pemilik sebuah kedai makan di Kuala Kedah dekat sini masih mengekalkan kadar bayaran RM2 untuk apa juga hidangan termasuk minuman.

Percaya atau tidak, itulah harga yang dikenakan oleh pemilik Kedai Makan RM2, Khalid Ahmad, 41, sejak memulakan perniagaan makanan kira-kira 20 tahun lalu.

Untuk satu hidangan, pelanggan boleh mengambil nasi putih bersama lauk seperti ikan, ayam, daging dan sayur-sayuran.

Harga RM2 untuk makanan itu juga termasuk minuman tanpa mengira ia sirap bandung, teh ais atau minuman panas.

Paling membanggakan, kedai makan milik Khalid itu yang terletak dekat jeti feri ke pulau peranginan Langkawi masih mampu menawarkan pelbagai pilihan minuman dan lauk-pauk yang menyelerakan.

“Saya tidak mahu mengambil kesempatan atas kenaikan harga barang dengan menaikkan harga makanan kerana mahu mengekalkan pelanggan setia.

“Apatah lagi kebanyakan mereka terdiri daripada nelayan yang berpendapatan rendah termasuk rakan-rakan saya sendiri,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Khalid memulakan perniagaannya seawal pukul 6 pagi kerana pada masa itu nelayan mula turun ke laut. Kedai itu hanya ditutup selepas pukul 5 petang.

Katanya, selain nasi dengan beraneka jenis lauk antaranya ayam goreng, kari ikan, udang kunyit dan daging kicap, kedainya turut menjual laksa, bihun sup, mi sup dan kuetiau sup, juga pada harga RM2.

“Ada juga pengunjung yang datang dari luar Kedah seperti dari Kuala Lumpur terkejut ketika mahu membayar harga makanan di sini.

“Mereka mahu membayar lebih kerana tidak percaya dengan harga yang ditawarkan,” ujarnya.

Khalid yang mendapat bekalan bahan mentah ikan dan hasil laut lain daripada nelayan di sini turut membeli barang keperluan dari pasar tani berhampiran.

“Saat paling sibuk ialah pada waktu makan tengah hari apabila pekerja dari pejabat agensi kerajaan berhampiran datang menjamu selera,’’ katanya yang dibantu oleh isteri dan lima pekerja.

Menurut Khalid, selain berniaga di kedai itu beliau juga menerima tempahan makanan dari kilang-kilang berhampiran dan hanya mengenakan caj pengangkutan tambahan sebanyak 50 sen.

Beliau memberitahu, sehingga hari ini beliau belum berfikir untuk menaikkan harga makanan di kedainya kerana merasakan masih mampu meraih keuntungan.
“Makanlah apa sahaja, harganya tetap RM2 untuk seorang pelanggan,” katanya.

AMD Fathers' Day Crime Buster Walkathon

AMD Fathers' Day Crime Buster Walkathon, Sabtu 14-Jun-2008, 2.30pm to 6.30pm di Taman Belia, Pulau Pinang. Keterangan lanjut, klik di sini.

Tuesday, June 10, 2008

Rindu-rinduan


Rindu-rinduan

Pagi tadi semasa memuatkan bagasi ke dalam bonet kereta, aku terkedu seketika.

But dan topi keselamatan dalam bonet kereta ini seolah-olah sayu memandang aku. Minggu lepas genaplah setahun aku tidak menyentuh "mereka" berdua ini.

Memang ada perundingan (consultancy) untuk beberapa industri perkilangan tetapi biasanya hanya berlegar di pejabat ataupun kalau ke dalam kilang aku dibekalkan dengan but dan topi keselamatan.

Esok, Pengarah DOSH Kedah akan membuat kunjungan hormat ke UUM. Rasanya ingin aku mengenakan but dan topi keselamatan ini.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Genap setahun


Berikut adalah email aku kepada rakan sekerja. Ini adalah amalan yang aku praktikan semasa di Celestica Kulim Hi Tech dan juga di Tasek Cement, Ipoh.

Salam

Minggu ini genaplah saya setahun di BPSM, UUM ini.

Ucapan terima kasih kepada Dekan, Ketua Jabatan, Ketua Penyelaras, Pensyarah, Tutor, kakitangan pejabat yang menerima saya seadanya, membantu saya menyesuaikan diri, menunjuk-ajar, nasihat, teguran dan kritikan, menyokong aktiviti-aktiviti saya, menjemput kenduri dan makan serta sebagainya.

Minta panjangkan juga ucapan terima kasih ini kepada HR dan kakitangan pejabat yang telah berpindah ke bangunan lain.

Semoga kerjasama dan bimbingan ini berterus-terusan di masa-masa mendatang.

Maaf juga dipinta kerana masih ada yang tidak dapat saya mengingati nama mereka ini.

Wassalam

Lukman Bin Wan Mat Daud

Gerai Haram William Taman Mayang Jaya

Gerai Haram William Taman Mayang Jaya
(Klik pada gambar untuk size besar)

Terliur dengan posting Cik Daun dalam Forum Jurnal, serta dua kali dalam posting Dugong Senyum, didahului dalam blog; A Whiff of Lemon Grass, malam sabtu lepas aku, orang rumah aku seorang itu dan anak jantan seorang aku itu melilau-lilau mencari di mana letaknya Gerai Haram William Taman Mayang Jaya ini.

Landmark yang aku ada hanya SS25, Light Industrial Park Taman Mayang Jaya dan bangunan Lim Kok Wing Lama.

Dekat 1 jam melilau di kawasan SS 24 dan SS 25, Taman Megah dan Taman Mayang, Tanya orang empat kali, berjaya juga aku akhirnya. Kata orang malu bertanya, sesat jalan. Tapi aku sekali itu pasai tanya oranglah, aku sesat jalan!

Ini panduan aku kepada sesiapa yang hendak cari gerai ini. Jangan melilau-lilau, habis minyak petrol saja dua ringgit tujuh pulun sen seliter itu.

1. Mula-mula cari Stesen LRT Kelana Jaya Taman Megah (sebelah kiri jalan)
2. Selepas Stesen LRT ini, ikut line kiri (bukan kona kiri), akan jumpa U-turn pertama bawah flyover.
3. Ikut U-turn ke SS 25.
4. Ada dua simpang ke kiri. Perhatikan landmark Pondok Bas betul-betul berhadapan (seberang jalan) Stesen LRT ini.
5. Belok kiri selepas sahaja Pondok Bas ini.
6. Belok kiri di Traffic Light yang pertama (sebelum Sekolah Kebangsaan Taman Megah)
7. Belok kanan apabila nampak Seven-Eleven di sebelah kanan jalan (kedai corner lot)
8. Gerai Haram William ini betul-betul berhadapan kedai runcit dan salun.

Take note; gerai ini dikenali sebagai Gerai Haram sebab gerai tepi d an atas jalan; sepertimana yang diberitahu sendiri oleh tauke kedai.

Testimonial aku; pergi sendiri, rasa sendiri, bagi testimonial sendiri. Minggu depan kami tiga beranak nak try-test-cuba menu lain pula! Satu pesanan, pastikan perut anda kosong sekosongnya dan datang beramai-ramai serta pakat kongsi-kongsi makan.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Nota kecil 1: Gambar 1 dan 2 aku ambik. Gambar-gambar lain sepertimana yang dinyatakan sumber-sumber blog tersebut.
Nota kecil 2: Baru rasa bangga apabila mendengar tukang masak dan yang ambil order cakap Melayu Utara. Taklah asyik-asyik mamak, india, bangla dan siam!

Thursday, June 05, 2008

Dua ratus tujuh puluh sen seliter

Posting berikut dari seorang sahabat; bluehikari, blog beliau; http://www.bluehikari.com/. Beliau adalah bekas pelajar di Jepun.

Dua ratus tujuh puluh sen seliter mulai tengah malam ini. Timbal baliknya hanya enam ribu dua ratus lima puluh sen setahun dibayar kembali semasa kita memperbaharui cukai jalan. MasyaAllah, ia tak memadai langsung dengan kenaikan mendadak tujuh puluh lapan sen itu!

Kalau di Jepun harga seliter petrol sekarang ialah 170 yen, tetapi perlu diingat gaji graduan universiti lebih kurang 220,000 yen. Manakala, di UK harga seliter mungkin 1 pound lebih, tetapi gaji pembaca meter sahaja sudah mencecah 2,000 pound sebulan. Maka mereka boleh survive kerana harga petrol berkadar terus dengan gaji mereka. Malah, pengangkutan awam seperti densha (keretapi elektrik) dan tram mereka sangat cekap dan melalui hampir keseluruhan pusat bandar tanpa perlu menaiki bas perantara. Jadi mereka tidak perlu mempunyai kenderaan pun. Cuba bayangkan dengan harga seliter RM2.70 di Malaysia dengan gaji graduan Malaysia rata-rata bermula dengan RM1,800! Sungguh membebankan. Macamana pula kalau kalangan mereka yang gaji dibawah RM1K sahaja? Itu belum ditambah dengan anak yang ramai. Pastinya selepas ini, akan diikuti dengan harga tambang bas, tarif elektrik, harga barang dan macam-macam lagi.

Pak Menteri bolehLAH. Kenderaan sendiripun dibayar minyaknya. Aku cadangkan turunkan gaji menteri menjadi sekitar RM5K sahaja. Boleh atau tidak mereka survive seperti rakyat yang berpendapatan sederhana dan rendah seperti kita. STUPIDLAH!

* Stesen minyak di kawasan rumah aku dipenuhi kenderaan yang beratur panjang!

Semuanya naik!

Semuanya naik!

Pagi ini aku singgah di gerai tepi jalan depan Taman Pertama, Changlung ini sebelum ke pejabat. Sudah beberapa minggu aku tak singgah.

Kuih kesukaan seperti popiah goreng, murtabak mini, malah beehon goreng sudah habis. Cuma tinggal beberapa kuih yang aku kurang gemar. Memandangkan sudah singgah, seperti biasa aku ambik empat biji kuih dan sebungkus nasi lemak. Aku hulurkan RM 1.60, iaitu RM 1.00 untuk empat biji kuih dan RM 0.60 untuk sebungkus nasi lemak.

Terkejut aku apabila makcik gerai itu minta lagi RM 0.20. Kuih sebiji RM 0.30, katanya.

Baru malam tadi minyak naik, harga kuih pun ikut naik. Mungkin kuih ini dihantar pembuatnya dengan kereta atau motor yang menggunakan minyak petrol yang telah naik harganya!

Minggu lepas aku merunggut pada orang rumah aku. Kuih di Kamunting sudah RM 0.30 sebiji. Di Changlung masih lagi RM 0.25 sebiji. Kena call orang rumahlah kejab lagi!

Terasa juga nak melawak dengan makcik gerai itu. Ada dua kesalahan pada gerainya. Pertama; tiada tanda harga pada kuih-kuih dan kedua, kegagalan pekedai memaklumkan kenaikan harga. Tak payah nak umum dalam tv atau suratkhabar. Cukuplah sekadar sekeping kertas bertulis tangan mengenai harga baru yang dikuatkuasa pada sekian-sekian tarikh. Tapi melihatkan mukanya yang serius sahaja pagi ini, tak jadi nak melawak.

Sampai di pejabat pula, rakan pensyarah memberitahu dia hampir kemalangan malam semalam kerana berebut hendak mengisi minyak. Nasib baik aku sudah isi penuh tangki pada hari Selasa!

Mengapa tidak diberi tempoh seminggu umpamanya sebelum dikuatkuasakan harga baru minyak petrol ini? Aku difahamkan semua petrol pam di Malaysia ini jadi kelam-kabut malam semalam.

Mungkin kalau diberi tempoh sebegitu pula, maka kedengaranlah isu minyak petrol habis atau tak sampai lagi penghantarannya di petrol pam. Sudah pasti pembekalnya menangguhkan penghantaran sehingga tarikh kuatkuasa harga baru.

Sekarang jenuh aku memikirkan bagaimana untuk menjimatkan perbelanjaan aku yang setiap hujung minggu berulang-alik dari Sintok ke Kuala Lumpur.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Tuesday, May 27, 2008

Masalah kelimumur dan rambut gugur


Masalah kelimumur dan rambut gugur

Email di bawah diterima oleh seorang rakan dari sebuah industri di Kulim Hi Tech sesama kenalan dari Mailing List Group NGO Warga Kilang sebentar tadi. Menjadi kebiasaan di antara kami sering berutus email mengenai hal-ehwal semasa, aktiviti amal yang dirancang, kem motivasi pelajar, pertemuan teh tarik sebagainya di samping artikel-artikel ringan merehatkan minda seperti ini.

Saya tertarik ayat pertama di dalam email ini. Sebenarnya saya adalah salah seorang yang dari ribuan (mungkin jutaan) penduduk Malaysia (malah dunia) yang menghadapi masalah keguguran rambut dan kelimumur. Masalah keguguran rambut tidak begitu merisaukan saya tetapi masalah kelimumur begitu menghantui saya. Kalau saya berkemeja gelap atau hitam umpamanya, maka taburan kepingan-kepingan kelimumur ini akan memenuhi kemeja saya di kedua-dua belah bahagian bahu.

Sesekali saya mengaru kepala atau menyikat rambut (sebenarnya sudah lama saya tidak menyikat rambut!), maka akan berguguran kepingan kelimumur ataupun melekat kepada bilah sikat rambut tersebut. Malah di celah-celah bilah sikat rambut itu akan terlekat juga helaian-helaian rambut saya yang turut gugur!

Hendak dikatakan berpunca dari Maggi Mee, mungkin ya! Dahulu semasa bujang di KL memang itulah makanan asasi saya. Kemudian setelah berkeluarga dan kerap ke berkembara menggunakan jalan darat hingga ke sempadan Tibet, itulah juga makanan asasi dan makanan ringan saya. Kini di bilik bujang saya di Changlung dan di ofis saya di Sintok ini memang ada bercawan-cawan dan berpaket-paket Maggi Mee serta jenama lain tersedia untuk dimakan.

Bagaimanapun pada 1 Mei 2008 lalu semasa lawatan amal ke Kulim dan Baling, rakan saya, Wahab sesama NGO Warga Kilang telah mempelawa saya untuk mencuba satu krim rawatan untuk kelimumur dan juga untuk menyihat serta menyuburkan rambut. Sebenarnya sudah pelbagai krim dan syampu telah saya gunakan tapi hasilnya tiada apa-apa yang boleh dibanggakan.

Saya terlupa langsung krim itu yang disimpan dalam dashboard kereta sehinggalah seminggu kemudiannya.

Dalam minggu lepas setelah hampir tiga minggu mengunakannya, saya menyedari tiada lagi kepingan-kepingan kelimumur menumpang bahu kemeja saya. Apa yang mengembirakan saya lagi ialah semasa menyikat atau mengaru kepala, juga tiada lagi kepingan-kepingan kelimumur dan helaian-helaian rambut yang turut jatuh ataupun melekat di celah-celah sikat.

Amalan pemakaian ialah dua kali sehari tetapi saya hanya menggunakannya sekali sehari di waktu pagi. Sippppp.... sikit!

Sayugia diingatkan ini bukanlah periklanan ataupun testimonial kepada produk yang dijual oleh rakan saya, Wahab. Ini adalah berdasarkan pengalaman saya yang semakin hari (sebelum ini) membina lapangan terbang di atas kepala saya! Mungkin pengelaman ini boleh berkongsi dengan mereka yang menghadapi msalah yang sama.

Bagaimanapun saya tidak pasti sama ada rambut saya mula sihat dan subur. Atau di lain perkataan mula lebat. Mungkin saya perlu menunggu sebulan dua lagi. Adakah akan kembalinya semula zaman kegemilangan saya semasa di hari bujang dengan menunggang motosikal akan kelihatan helaian hujung rambut yang mengurai ditiup angin terkeluar dari hujung topi keledar?

Masalahnya sekarang krim bersaiz 100gm itu sudah habis dan Wahab pula tinggal dan bekerja di Kulim, Bagaimana saya hendak membelinya lagi. Harganya juga boleh tahan iaitu RM 68.00 satu paket bersaiz 100gm ini.

Ini juga bukan iklan anti Maggi Mee!

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Email asal;

NATIONAL EXCUSE FOR HAIR LOSS:

Maggi Mee

NATIONAL EXCUSE FOR BEING LATE
Traffic Jam.

NATIONAL CONDOM
None.
Most Malaysians still feel embarrassed buying condoms. So they rush into a 7-11, hurriedly grab the nearest pack, any pack, pay and leave before the cashier can even blink an eye

NATIONAL FRUIT FOR INDUCING MENSTRUATION
Pineapple

NATIONAL APHRODISIAC DRINK
Stout.
Many swear by it. But after a few pints they start swearing at everything..

NATIONAL FAKE ILLNESS FOR GETTING MC (MEN
Food Poisoning.


NATIONAL FAKE ILLNESS FOR GETTING MC (WOMEN)
Menstrual Pain


NATIONAL EXCUSES GIVEN BY WOMEN WHEN REFUSING SEX
Headache, kids not asleep, maid not asleep, mother-in-law around, early appointment, period, haven't removed make-up, haven't had a shower, no water supply; going to watch 'Desperate Housewives', depressed, no mood, etc...

NATIONAL EXCUSES GIVEN BY MEN WHEN REFUSING SEX
None.
Malaysian men never refuse sex. (oh ya??)

NATIONAL CURE FOR HEADACHES
Panadol.
The 'cure for all'. If it fails we have another secret weapon; Tiger Balm.

NATIONAL CURE FOR DIZZINESS:
Minyak Angin Cap Kapak.

NATIONAL CAUSE OF DIZZINESS (FOR YUPPIES)
Happy Hours.

NATIONAL INSTANT CURE FOR DIZZINESS (FOR YUPPIES)
The sight of a police roadblock.

NATIONAL RUBBISH DUMP:
Anywhere. As long as it is not your house.

NATIONAL MOST MIS-PRONOUNCED NAME:
Carrefour.

Sometimes even pronounced as Carry 4! On second thought, why bother pronouncing stupid French brands like Peugeot, Renault or Citroen; correctly. I think it sounds better, when the local mechanics say 'Pew Jeot'. When I was in school, Milo was always 'MeeLo', now that I'm sophisticated, I say 'My Lo'. So don't be embarassed saying 'Carry 4' when the Mat Sallehs shamelessly pronounce orang utan as 'rangootan'.

NATIONAL ROADSIDE DISTRACTION:
The Bra-less Tourist.
See how heads turn and traffic slows down when a bra-less Mat Salleh backpacker goes 'bouncing' about on the streets.; haha...

I like all these facts but we are all so shy to admit!!!!!!! !!!!!!!!! !!!!!!! ;-)

Wednesday, May 21, 2008

Selamat Hari Guru (Bhg. 2)


Selamat Hari Guru (Bhg. 2)
Cita-cita yang tidak tercapai


Ada dua orang cikgu yang benar-benar ingin aku berjumpa. Seorang cikgu sekolah rendah aku semasa darjah 1 (1974) iaitu Cikgu Dollah (Abdullah) dan seorang lagi cikgu sekolah menengah aku semasa Tingkatan 4 dan 5 Sains iaitu Cikgu Moi Poi Yeen, cikgu Kimia dan Biologi serta cikgu kelas untuk tahun 1983 dan 1984.

Cikgu Dollah antara cikgu yang pertama menanyakan aku dan murid-murid lain di dalam kelas mengenai cita-cita kami apabila besar kelak.

Maka kedengaran suara satu-satu yang ingin menjadi seorang doktor, engineer, lawyer, pilot, arkitek (tidak pasti yang menyebutnya tahu apakah jawatan sebenar arkitek ini), peniaga (satu-satunya anak cina di dalam kelas) dan suara ramai yang lain ingin menjadi cikgu, jururawat dan tentera.

Apabila sampai ke giliran aku; berikut adalah jawapan aku;

”Saya ingin menjadi Budak Penjual Buku di Kedai Buku.”. jawab aku dengan sejujur-jujurnya.

Tercenggang Cikgu Dollah, sambil merenung aku, dia menanya lagi.

”Cita-cita lain?”

“Saya berminat menjadi Penyuluh Nombor Tempat Duduk Dalam Panggung Wayang.”.

Sebaik saja habis aku menyebutnya, satu kelas ketawakan aku. Salah seorang yang paling kuat ketawakan aku ialah Ibrahim Mamak, kawan rapat aku dan juga pernah jadi “musuh ketat” aku! Entah di mana dia sekarang.

“Diam, semua diam!”, jerkah Cikgu Dollah.

“Cuba kamu beritahu sebab apa kamu nak kerja Jual Buku dan Suluh Nombor Tempat Duduk dalam Panggung Wayang?”, tanya Cikgu Dollah kepada aku.

“Kalau jual buku, saya boleh baca komik dan buku secara free! Kalau suluh nombor pula, saya boleh tengok wayang free.”, jawapan jujur dan ikhlas aku.

“Kamu ini badan sahaja besar tapi hati kecik.”, kata Cikgu Dollah sambil geleng-geleng kepala. Sekali lagi kelas menjadi riuh dengan tertawa rakan-rakan sekelas aku.

Hari ini aku tak pasti sama ada Cikgu Dollah masih ingat perbualan kami di tahun 1974 itu tapi masih ada beberapa kawan yang akan tertawa lebih kuat kalau kami sama-sama mengenangkan kisah itu.

’Tak tercapailah cita-cita kamu itu, Lukman!”, kata Pok Li yang kini Manager di Silverstone ketika aku berjumpanya tahun lepas.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangorangbesar.blogspot.com/

Gambar ini dilukis di tangga di Sekolah Menengah Convent Taiping

Selamat Hari Guru (Bhg. 3)

Selamat Hari Guru (Bhg. 3)
Tiada lagi cita-cita

(Sebenarnya aku ingin bertemu Cikgu Moi Poi Yeen yang kini mengajar di Sekolah Menengah Convent, Taiping pada hari Jumaat, 16 Mei 2008 iaitu bersempena dengan Hari Guru tapi aku masih belum pulang ke Taiping. Manakala Isnin dan Selasa setelah kembali dari KL, banyak urusan berkaitan bank dan sebagainya. Hinggalah hari ini aku dapat meluangkan masa bertemunya!)

Cikgu Moi Poi Yeen adalah cikgu kelas aku semasa di Tingkatan 4 Sains dan 5 Sains di Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh. Beliau juga Cikgu Biologi dan Cikgu Kimia aku.

Biologi dan Kimia merupakan dua pelajaran yang ”amat berat” pada aku. Hampir-hampir menjadi mata pelajaran yang dibenci. Aku hanya hidup dengan ”matematik” dan ”lukisan”. Sehinggalah juga di universiti, hanya dua mata pelajaran ini yang benar-benar ”menghidupkan” aku!

Mujurlah dengan bantuan Cikgu Moi, mata pelajaran Biologi berjaya aku ”transform-kan” kepada lukisan di mana hampir semua nota-nota biologi aku dalam bentuk lukisan. Malah aku sehingga kini boleh melukis ”cross section” struktur telinga, sistem pembiakan tumbuhan dan sebagainya. Sistem pembiakan manusia aku ”kurang” arif sikit masa itu!

Manakala Kimia, Cikgu Moi membantu aku ”transform-kan” kepada matematik di mana aku berjaya menerbitkan hampir semua persamaan kimia yang melibatkan semua unsur bahan kimia.

Sebenarnya aku pernah terserempak dengan Cikgu Moi pada suatu hari ketika aku bermain bola dengan anak jantan seorang aku itu yang berumur 3 tahun ketika itu, di Lake Garden, Taiping. Aku terkelu lidah apabila ditanya oleh Cikgu Moi mengenai kerjaya aku.

Dengan jujur aku katakan yang aku hanya seorang juruteknik di Silverstone. Dia agar terkejut dengan jawapan aku, sementelah keputusan SPM aku agak baik. Aku juga menceritakan mengenai kegagalan aku di UM dan kini (ketika itu di tahun 2001) sedang mengambil PPJJ di USM untuk mengejar kembali cita-cita aku.

Hari ini aku berjumpa Cikgu Moi semula di Sekolah Menengah Convent Taiping. Kami sama-sama mengalir air mata dan terkedu seketika.

Dia bertanyakan apa cita-cita aku sudah tercapai.

“Ya!” jawab aku.

‘Apakah cita-cita awak yang sebenar, Lukman?,” tanya Cikgu Moi.

“Selepas gagal UM sebenarnya saya sudah tiada lagi cita-cita tapi saya tukarkannya menjadi Matlamat Hidup saya.”

“Apakah pula matlamat awak dan sudah tercapaikah dia?”

”Matlamat saya ialah menjadi siswazah dan engineer sebelum 35 tahun, menjadi manager sebelum 40 dan bergelar Doktor (PhD) sebelum 45.”

”Saya berjaya menjadi siswazah dan engineer dua bulan sebelum umur saya mencapai 35 tahun. Dua tahun lebih awal dari 40 tahun menjadi seorang manager dan kini berazam untuk mencapai PhD dalam setahun dua ini.”

”Adakah matlamat awak sudah tercapai?”

”Saya sudah mencapai semua matlamat kerjaya saya sebagai engineer dan manager sebelum 40 dan kini saya memilih menjadi seorang cikgu untuk memenuhi matlamat orang lain pula.”, jawapan jujur aku kepada bekas cikgu aku.

”Selamat Hari Guru kepada awak juga, Lukman!”

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangorangbesar.blogspot.com/

Klik di sini untuk posting berkaitan dalam
klik di sini untuk posting berkaitan dalam

Pasar Malam Bukit Jana





Pasar Malam Bukit Jana

Petang tadi orang rumah aku nak makan murtabak ”Budak Batu Kurau” yang menjual di Pasar Malam Bukit Jana, Kamunting.

Gerai ”Budak Batu Kurau” di Pasar Malam Bukit Jana setiap Selasa petang ini juga terkenal dengan Nasi Tomatonya. Sesampainya aku di gerai ini sudah keliling lebih 10 orang menanti isi murtabak dipanaskan di atas kuali dan tepung pembalutnya masih bersimpul elok di atas meja. Tiga orang jejaka dari Batu Kurau pengendali gerai ini agar pendiam orangnya. Tetapi sekali-sekala terdengarnya loghat-loghat pekat orang kampung mak aku ini.

Aku membuat order dan melilau seketika. Mungkin gerimis sudah mula terasa, pekedai-pekedai masih was-was untuk membuka gerai masing-masing.

Aku beli Rojak Singapore. Bila aku snap photo, terlatah penjualnya menyangkakan kilat sudah mula memanah! Sebenarnya sebelum itu aku sudah maklumkan kepada salah seorang penjual itu yang aku akan mengambil gambar.

Terjumpa sup kawah (sebenarnya periuk besar) tetapi hanya sup daging. Orang rumah aku semalam ada kata nak makan sup ketiaw ayam.

Akhirnya aku beli Putu Mayom (minggu lepas orang rumah aku ada menyebut, sudah lama kita tak beli Putu Mayomlah abang!).

Aku juga beli laksa! Bukan sebagai tanda mohon maaf (baca posting-posting sebelum ini) kerana sebulan dua ini tiada ”perang dingin” tapi ”value added” sebab minggu ini tiap-tiap malam aku ada di rumah!.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangorangbesar.blogspot.com/

Tuesday, May 20, 2008

Perjalanan dengan air mata (Bhg. 1)

Perjalanan dengan air mata (Bhg. 1)
Perjalanan dua beranak

Sabtu lepas aku ke KL dengan anak jantan seorang aku itu. Ibu kepada anak jantan seorang aku ini pergi sehari awal, juga ke KL kerana menghadiri kursus anjuran jabatannya.

Sudah menjadi kebiasaan, jika perjalanan aku hanya dengan anak jantan seorang aku itu, maka perjalanan aku lebih mirip kepada perjalanan dua orang teman, bukannya seperti perjalanan seorang ayah dengan anaknya.

Aku kategorikan sebagai perjalanan dengan air mata bukannya bermaksud perjalanan dengan kesedihan. Sebaliknya perjalanan kami dua beranak sabtu lepas penuh dengan gelak ketawa. Malah diiringi dengan lelehan air mata dan sekali-sekala diikuti rentetan bunyi bom angin (dari kami berdua!) angkara perbualan kami yang tidak putus-putus semenjak dari rumah di Taiping sehinggalah sampai ke hotel di KL

Bersambung ke Bhg. 2.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangorangbesar.blogspot.com/

Perjalanan dengan air mata (Bhg. 2)

Perjalanan dengan air mata (Bhg. 2)
Jangan Memotong


(Emak aku orang Batu Kurau di mana kebanyakannya orang Batu Kurau ini berasal-usul dari Patani. Bagaimanapun kisah berikut adalah kisah yang diturunkan dari mulut ke mulut umpama pelipurlara. Entahkan benar, entah tidak. Tidak ada kena mengena yang masih hidup ataupun yang sudah tidak hidup. Jauh sekali tiada kena mengena dengan yang sudah mati dan hidup balik!)

Awang Kecik tinggal di sebuah kampung di Batu Kurau, bersama-sama dengan isterinya. Awang Kecik seorang penoreh getah sepenuh masa dan biasanya liat untuk bangun pagi.

Suatu hari selepas matahari sudah naik sepengalah dan berbesen-besen leteran isterinya, Awang Kecik pun mengayuh basikal tuanya menuju ke bukit di mana terletaknya kebun pusaka orang tuanya.

Tidak sampai pun setengah jam, Awang Kecik sudah kembali ke rumah.

”Aih, paknya! Tak sampai ke bukitpun sudah balik ke rumah?”, rungut isterinya.

”Aku di jalan tadi terserempak budak-budak lumba basikal. Tok polis dalam kereta depan sekali tu dok jerit; jangan motong!, jangan motong! Aku baliklah”

(Sebenarnya ada peserta Langkawi De’tour melalui kawasan Batu Kurau. Polis pengiring memberi arahan kepada pengguna jalan raya lain agar memperlahankan kenderaan masing-masing dengan kata-kata; jangan memotong – bukannya jangan ”motong” getah!)

Bersambung ke Bhg. 3

Perjalanan dengan air mata (Bhg. 3)

Perjalanan dengan air mata (Bhg. 3)
Wad Kecimase


Kebetulan pada awal pagi itu, jirannya Awang Kecik telah dihantar oleh jirannya yang lain kerana keracunan makanan setelah makan gulai ayam yang disembelih setelah ”nyawa-nyawa ikan” akibat makan racun tikus di dalam bendang.

Jadi, Awang Kecikpun mengambil keputusan menaiki bas kali pertama dalam hidupnya ke Taiping untuk menziarahi jirannya di Hospital.

Setelah sampai di Taiping dan setelah beberapa kali menanyakan orang, Awang Kecikpun sampai ke Hospital. Sebelum itu Awang Kecik dimaklumkan oleh orang kampung, jirannya itu dimasukkan ke Wad Kecemasan.

”Misi, misi, Ambo nak tanya ni, Wad Kecimase di mana?” tanya Awang Kecik dengan loghat pekatnya.

”Minta maaf pakcik. Di hospital ini Wad Kencing Masam tak ada! Yang ada Wad Kencing Manis sahaja.” jawab nurse yang muda belia itu dengan sejujur-jujurnya.

Terpinga-pinga Awang Kecik. Bila pula dia tanya Wad Kencing Masam.

Bersambung ke Bhg. 4

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangorangbesar.blogspot.com/

Perjalanan dengan air mata (Bhg. 4)

Perjalanan dengan air mata (Bhg. 4)
Ambo nak kelik


Dalam perjalanan dari Hospital ke Stesen Bas, sebuah teksi berhenti di hadapan Awang Kecik dan pemandu teksi bertanyakannya.

”Ke mana Pakcik? Biar saya hantar.”

”Ambo nak kelik ni”, jawab Awang Kecik. (sebenarnya ”saya hendak balik”).

”Naiklah Pakcik, sayapun hendak ke Lake (Lake Garden),”

Ramah betul Pemandu teksi Taiping, kata Awang Kecik dalam hatinya. Sebenarnya Pemandu Teksi itu sudah membayangkan mangsa orang kampung yang bakal di-kencing-nya.

Maka berpusing-pusinglah Awang Kecik di Lake Garden.

Bersambung ke Bhg. 5

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangorangbesar.blogspot.com/