Monday, April 05, 2010

Jangan berkaleh hari!



Jangan berkaleh hari!

PRAKATA. Dari Miri, ianya terbang ke Kuching, merentasi Selat China Selatan ke Pahang kemudiannya mendarat di KLIA. Dari KLIA ianya merentasi ruang udara Kuala Lumpur serta Perak sebelum mendarat di Penang Airport.

Jam sudah menghampiri 9.50pm. Ruang berlepas A4 di KLIA ini masih gelap dan sepi. Perut mula berkeroncong. Sandwich yang baru dijamah ternyata tidak mengenyangkan.

Bekal nasi mula dibuka. Ketika baru hendak menyuap, terdengar pengumuman flight ke Penang dengan sekian-sekian nombor penerbangan telah bersedia untuk berlepas melalui Ruang Berlepas B2.

Alamak! Silap aku tidak meneliti Papan Kenyataan. Mungkin aku leka bersembang dengan kenalan yang baru pulang dari litar F1 Sepang itu.

Terbantut niat untuk bersantap. Bergegas juga aku ke Ruang Berlepas B2. Walaupun hanya berbeza satu abjad tetapi Ruang Berlepas A dan B ini dipisahkan di "wing" yang berbeza.

Belum sempat aku sampai ke Ruang Berlepas B2 itu sudah terdengar pengumuman memanggil beberapa penumpang termasuklah nama aku. Nampak gayanya hari ini dua kali nama aku ke udara. Sekali di Airport Miri dan sekali di KLIA.

Aku tiba di Penang Airport sekitar 11.00 malam. Ketika membayar tiket parking (RM 50.00 untuk parking bermula 5.00 pm Jumaat hingga 11.10 pm Ahad), aku terfikir untuk singgah di mana-mana menjamah bekal nasi dari Miri itu. Itupun terlintas di benak hati sama ada ianya boleh lagi dimakan atau tidak.

Untuk sampai ke Kamunting dari Airport Penang sekurang-kurangnya 1 jam lagi. Itu sudah berkaleh hari!

Aku singgah di R&R Juru dan mengorder secawan Kopi-O. Tepat jam 11.30 pm aku memulakan makan malam dengan menghidu jika ada tanda-tanda nasi bekal dari Miri itu boleh dimakan atau tidak. Line clear! Cuci calat!

(Biar berkaleh negeri! Asal jangan sampai berkaleh hari!)

Sempat juga aku mendengar Kak Engku dan Abby Farhana mengumumkan nama Datuk Siti Nurhaliza sebagai Artis Paling Popular BH. Itupun hampir tercekik ketika mendengarkan hint-hint bakal nama pemenang yang ada huruf A dan L. Melihat Kak Engku dan Abby Farhana ketawa semacam, aku menyangkakan nama yang bakal disebut ialah Nabil! Mujurlah bukan Nabil. Kalau Nabil mungkin tercekik aku!

Aku bukan anti Nabil. Aku juga salah seorang "separuh peminat" Nabil. Cuma aku rasakan Nabil lawaknya bermusim. Dia perlu banyak pendedahan dan latihan lagi. Cukuplah sekadar anugerah Artis Komedi Popular dan belum lagi layak untuk Artis Paling Popular BH.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot/





2 comments:

angel_baik said...

bukan abby fana, sharifah shahira :)

lukmanw@gmail.com said...

Tq, tq

Patut le dengar suara lain aja!

Lukmanw