Saturday, February 05, 2011

Bubur Gandum Bangunan Larut Matang


Bubur Gandum Bangunan Larut Matang

Seawal 7 pagi tadi aku menerima panggilan telefon dari seorang rakan sekolah. Beliau yang pulang bercuti Hari Raya China di kampungnya Batu Hampar, Beruas akan kembali semula ke Kuala Terenganu hari ini. Oleh kerana dia akan melalui Lebuhraya Grik - Jeli, dia bercadang hendak singgah sebentar bersarapan dan bertemu aku di Taiping.

Taiping pada cuti perayaan? Restoran Mamak banyaklah buka. Hendak ajak ke rumah, orang rumah seorang aku itu awal-awal lagi sudah "bertugas" di rumah kenduri berdekatan.

Kami bertemu di Hawker Center bawah Bangunan Larut Matang. Aku ajak dia perkena Bubur Gandum dengan Roti Benggali.

OK jugalah Bubur Gandum di sini walaupun tidak sesedap Bubur Gandum tepi Restoran Bismillah pada 80an dulu. Anak jantan seorang aku itu tidak begitu mengemari Bubur Gandum di sini tidak dicampur Sagu.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/





No comments: