Catering Tukuro
Sebentar tadi aku, orang rumah dan anak jantan seorang aku itu makan kenduri. DJ majlis (katanya bekas sarjan askar pencen) mengumumkan beberapa kali makanan disediakan oleh Catering Tukuro (Batu Kurau).
Seperti biasa selepas makan hidangan berat, aku mencari-cari pembasuh mulut.
Tu dia, Pengat Pisang dengan Sagu Merah dan Sagu Hijau!
Baru pagi tadi anak jantan seorang aku itu mengeluh Bubur Gandum tak sedap kalau tak ada Sagu. Ini Sagu sikit punya besar sizenya.
Lauk kenduri menjadi pilihan masa kini ialah Nasi Puteh dengan Ikan Masin serta Ulam-ulam Kampung bercicahkan Sambal Belacan.
Di samping itu lauk rutin kenduri seperti Nasi Tomato (atau Nasi Hujan Panas) dengan Ayam Masak Merah, Gulai Daging, Kurma Daging serta Jelatah Timun.
Menjadi pakej kenduri perkahwinan masa kini ialah banner pengantin, set cenderahati, nasi mesti dua jenis dan kon polis. Tidak dilupakan bunga rampai yang moden tidak lagi dicucuk pada buah betik muda!
lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/
3 comments:
as salam lepas ni leh tumpang promote katering pak long sy kot kat sini. Zubir Catering yg agak glamer gak kat Bt Kurau tu...
As salam
Mu budak Pauh ka, Kuala Berang ka atau Tukuro?
Sebenarnya ramai orang Tukuro yang duduk atau kahwin dgn orang Pauh / Bukit Gantang termasuklah pakcik aku.
Lukman
en lukman. saya budak pauh kat kuala berang nu
Post a Comment