Tuesday, February 15, 2011

Maklong Huduh, durian Pak kena curi!



Maklong Huduh, durian Pak kena curi!

Dalam dok melawat-lawat laman blog Tukuro terjumpa dua laman ni. Satu laman pasai Tukuro macam portal. Namanya Batukuraukini Blogspot. Bagus juga ada blog macam ni. Boleh juga tahu perkembangan di Tukuro tu.

Dalam blog Batukuraukini ini terdapat beberapa link ke satu lagi blog iaitu Pembangkang Batu Kurau Blogspot. Blog ini bukan sahaja fokus isu di Tukuro tetapi merata.

Saja selak-selak posting lama di blog Pembangkang Batu Kurau ini, terjumpa satu posting bertajuk Jom Pi Kpg Sempeneh dibuat pada 8 Jun 2010. Ada gambar orang berkelah dan gambar buah durian dengan caption "musim durian di Sempeneh".

Gambar ini aku kena perbetulkan sikit. Gambar buah durian yang di-cut & paste dari posting lama aku pada 15 Julai 2008 itu aku tak kisah walaupun tak dimaklumkan. Tetapi caption pada gambar itu kena diperbetulkan. Itu gambar Buah Durian Ceruk Pelanduk (sebelah Kampung Batu 14) dan bukannya Buah Durian Kampung Sempeneh! Kalau caption tulis Durian Batu Kurau ok lagi sebab Ceruk Pelanduk dan Kampung Sempeneh ini dalam Mukim Batu Kurau.

Ini kena cerita kat Maklong Huduh ini! Durian Pak kena curi! Gambar durian Pak kena curi!

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

2 comments:

Yours truly said...

OKOB, semalam saja jalan2 batu kurau, konon2 nak cari durian.. duri pun x nampak..last2 patah balik p beli kat depan Jaguh Kamunting. depa kata tu durian batu kurau.. hmmm agaknya buah x jual kat kg sendiri kot??

lukmanw@gmail.com said...

Salam

Lain kali nak pergi beritahu saya. Saya emailkan peta ke tempat peraih kumpul buah. Boleh beli 1 bonet kereta.

Skrg buah tak galak lagi.