Friday, March 18, 2011

Belajar lagi aku hari ini!




Belajar lagi aku hari ini!

Jawapan yang selalu aku terima ialah; kursus ini untuk student aja Cik ataupun kursus ini untuk kakitangan pentadbiran office aja cik! Tak kan cik nak join sekali dengan budak-budak tu!

Macam selalu aku tak akan putus asa, memujuk hinggalah kadangkala terus jumpa pihak atasan atau ketua jabatan yang terbabit.

Sebut saja apa saja kursus-kursus (walaupun asas) seperti memasang dan menyenggara PC, protokol majlis, adab meja makan, imej dan personaliti, bertutur dan menulis dalam Arab (dan juga English), tertib solat, mandi jenazah, menyembelih ayam dan kambing, dan terbaru hari ini Comprehensive DSLR Workshop, jika ada masa terluang pasti aku akan sertai.

Seawal 5 pagi aku sudah keluar rumah dari Taiping ke Sintok. Semasa pendaftaran aku sudah dapat membayangkan hanya aku sajalah peserta yang memiliki Kad Pengenalan dengan angka awal nombor enam. Malah angka awal nombor tujuh pun tidak kelihatan! Kalau dikira jumlah rambut, rasanya akulah peserta lelaki yang paling kurang jumlah rambut!

Kursus sehari pada hari ini bermula 8 pagi dengan Slot 1 iaitu teori dan selepas minum pagi 10.30 pagi Slot 2 iaitu Indoor Shooting Practical dengan penggunaan studio flash, built in flash dan speedlite. Turut diajar penggunaan kertas photostat sebagai diffurser.

Slot ke 3 bermula jam 3 petang iaitu Outdoor Shooting Practical. Manakala slot terakhir bermula 8 malam hingga 11.30 malam iaitu Night Shooting Practical dan Image Editing.

Aku hanya sempat menyertai seketika slot ke 3 dan beredar balik ke Taiping apabila hujan mulai turun. Aku tidak berupaya menunggu hingga slot malam kerana esok akan memulakan perjalanan untuk kelas hujung minggu aku. Lagipun kalau pukul 11.30 malam dari Sintok, pukul berapa akan sampai Taiping? Terlepas le malam Jumaat aku!

Walaupun hanya seketika, merasa jugalah aku “menembak” DSLR aku dengan butang MANUAL. Kalau tidak sebelum ini semuanya dalam mode AUTO.

Satu yang menjadi tandatanya kepada aku ialah mengapa dalam kursus photografi sebegini tiada model lelaki semasa practical? Apa pun tahniah kepada penganjur workshop ini iaitu persatuan pelajar lebih-lebih lagi semua model-modelnya masih malu-malu bak kata-kata Sohaimi Meor Hassan dan Ana Raffali iatu;

Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/







2 comments:

Cikgooden said...

lepas ni makin cekap menembak, bg. lukman....

weii..bila nak pekena teh sekali ni?...

lukmanw@gmail.com said...

Cikgooden

Nanti aku gi Kurau Stone tu aku call mu