Tuesday, March 15, 2011

Kedai Kopi Hai Peng, Chukai, Kemaman






Kedai Kopi Hai Peng, Chukai, Kemaman

Kedai Kopi Hai Peng ini terletak di Jalan Sulaimani dan berhampiran Jalan Omar di laluan utama Kuantan-Cherating-Cukai-Kijal-Kerteh.

Sebelum tengahari tadi aku, orang rumah seorang aku itu dan anak jantan seorang aku itu singgah di Kedai Kopi Hai Peng ini sementelah sebelum ini dalam perjalanan KB - KL kami terlepas peluang.

Sebelum ini setiap kali dalam perjalanan KB - KL, Kedai Kopi White House di KB adalah perhentian mesti kami untuk Kopi O dan Roti Bakar. Bagaimanapun setelah kunjungan terakhir bulan Jun tahun lepas dan mendapati banyak pantang-larang seperti tidak boleh mengambil gambar dan sebagainya, kami telah "menyenarai-keluarkan" Kedai Kopi White House ini dalam senarai tempat mesti kami kunjungi.

Kunjungan hari ini ditemani oleh seorang rakan yang kini bekerja dan menetap di Kemaman ini. Dia mencadangkan kami mencuba menu popular iaitu Kopi O, Kopi Ais, Roti Bakar, Telur Separuh Masak, Nasi Dagang Ikan Tongkol (bungkus daun pisang dengan kuah ceduk sendiri) dan Nasi Lemak Ikan Tongkol serta Sambal Tumis (bungkus kertas minyak).

Memang menu-menu yang dicadangkan ini sedap dan jauh bezanya dengan menu-menu yang sama di Kedai Kopi White House, KB. Kami siap tapau 2 Kopi Ais dan 2 Nasi lemak lagi.

Lain kali pasti kami singgah lagi dan ingin mencuba menu lain.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/







1 comment:

Yours truly said...

salam OKOB, saya pernah sampai sini..memang sedap!!