Tuesday, March 15, 2011

Penarik yang menarik


Penarik yang menarik

Pantai Penarik atau lebih tepat laluan dari Kuala Terengganu ke Bandar Permaisuri adalah laluan wajib aku semenjak pertengahan 80an lagi. Bermula dengan menumpang kenderaan (hitch-hike), motosikal hinggalah kebelakangan ini dengan kereta, inilah laluan wajib aku sama ada dari KB ke KT atau sebaliknya.

Laluan Penarik hari ini jauh berbeza dengan laluan pada 10 tahun sebelum ini tetapi pemandangannya terutama pantainya masih menarik.

Hari ini aku melaluinya buat sekian kalinya. Malangnya hari ini sepanjang perjalanan dari KT, aku, isteri seorang aku itu dan anak jantan seorang aku itu bertemankan curahan hujan yang mengila dan sekali-sekala hampir menyukarkan pandangan.

Tiada peluang untuk bergambar di Pantai Penarik seperti selalunya ataupun singgah sebentar melihatkan ikan-ikan segar di sebuah pasar mini di sini.

matahari kembali menyinar sebaik sahaja kami sampai di Bandar Permaisuri seolah-olah mengalukan kedatangan (kepulangan?) kami ke Kelantan.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

2 comments:

an15 said...

salam, tu kampung belah mak saya tu. kalau kena musim, boleh berenti makan ikan celup tepung, udang, keropok kat tepi pantai tu :)

lukmanw@gmail.com said...

Salam

Biasanya saya beli Nasi Dagang dekat Permaisuri dan makan di tepi pantai.

Pernah sekali terjumpa nelayan tengah bawa naik ikan kembung dan ikan tongkol berbakul-bakul. Kata nelayan yang ditanya, masa itu laut kembung dan laut tongkol (tengah banyak 2 jenis ikan itu).

Seronoknya punya kampung di sini. Rasanya nak pencen buat pondok do sini.