Monday, January 16, 2017

KOMUNITI amal TAIPING (KaT)



Komuniti Amal Taiping (KaT)

Komuniti Amal Taiping (KaT) mula dikenali pada penghujung tahun 2013. Sebelumnya warga KaT bergerak atas nama badan amal organisasi tempat kerja masing-masing. Saya umpamanya mula bergiat dalam kerja amal semasa 80an dalam Kelab Roda (majalah Roda-Roda), diikuti tahun 90an dengan beberapa kelab motosikal di Taiping. Kemudian aktif dalam badan amal tempat kerja termasuklah NGO Warga Kilang yang masih aktif hingga kini dan sinonim dengan program Jalan-jalan Masuk Kampung (JJMK) yang disertai puluhan kereta di serata negeri di Semenanjung.

Antara institusi amal terawal pengelibatan di kalangan kami di tahun 90an/awal 2000an ialah Ummu Sofiah Trong, Nur Kasih Ulu Sepetang, Semangat Maju Taiping, Tunas Bakti Taiping dan Pendidikan Khas (Autisme) Taiping. Saya juga terlibat dalam Tsunami Aceh 2004.

Disember 2013 kami bergabung dan menubuhkan KaT dengan rumah amal tumpuan kami pertama ketika itu ialah Rumah Anak Yatim dan Miskin Nurul Iman Kampung Pinang, Kamunting. Awal tahun 2014, KaT menambah sebuah lagi rumah amal tumpuan kami iaitu Pusat Jagaan Warga Emas Al-ikhlas Rozy Ekspo. Penghujung tahun 2014, tiga buah rumah amal lagi menjadi tumpuan KaT iaitu Maahad Tahfiz Anak Yatim dan Miskin Amal Nur Qaseh Batu 4 Kamunting, Pusat Jagaan Warga Emas Aminur Ain Ekspo dan Rumah Anak Yatim dan Miskin Kediaman Cahaya Ain Bagan Serai.

Ada rumah amal ini masih berterusan menjadi tumpuan KaT sehingga hari ini bersama-sama dengan beberapa buah rumah amal lagi. KaT tidak mewakili mana-mana rumah amal ini. KaT juga tiada ikatan tempoh tumpuan dengan mana-mana rumah amal ini. KaT hanya pengantaraan menyampaikan sumbangan yang diperolehi dan mengadakan program/aktiviti amal.

Setakat ini antara program/aktiviti KaT ialah menyediakan juadah makanan (teras), mendapatkan pakaian seragam, kokurikulum, persediaan sekolah (beg, alat tulis, buku), yuran, juadah sahur/iftar sebulan, kelengkapan raya (Baju Melayu, Baju Kurung, Songkok, Tudung, Kasut), Jubah, pakaian solat, baju Muslimah dan tshirt. KaT juga terlibat dalam penambahbaikan surau, ruang makan, bilik mandi, tandas, bilik bacaan (lengkap dengan white board besar beroda, rak buku, meja dan kerusi), set lampu., kipas angina, pintu pagar, bumbung, peralatan sukan (meja ping pong, bola, raket) dan membaiki van.

KaT memastikan penghuni rumah amal ini mendapat kelengkapan set higen pembersihan diri, kebersihan bilik mandi/lantai dan mendapatkan penapis air luar utama, penapis air dalam rumah serta mesin membasuh pakaian.

KaT juga dari masa ke semasa memantau perkembangan akademik anak-anak yatim ini termasuklah menyediakan tuisyen dan buku tambahan, malah pernah mengdakan Kem Jati Diri 2H1M di Hotel Perdana Taiping.

KaT tiada dana tetap. Setakat ini KaT diberi kepercayaan ramai untuk mengendalikan program/aktiviti amal ini. Penyumbang KaT dari pelbagai bangsa dan agama malah juga dari luar negara.

KaT sentiasa menyokong sebarang kerja amal yang ada dan in sya Allah KaT akan turut serta jika dimohon berkerja-sama.


https://www.youtube.com/watch?v=TcbiI6imzCA&t=26s

No comments: