Sunday, January 15, 2017

Media cetak dan saya


Media cetak dan saya

Dari dulu lagi UM dan MM bukan akhbar plihan saya dan bukan atas dasar politik saya berbuat demikian. Saya membeli akhbar lain! Tetapi ada beberapa artikel dalam UM dan MM adalah pilhan saya. Antaranya ialah kolum Merrepak (Johardy Hashim).

Media bercetak adalah pilihan utama saya semenjak dari bersekolah lagi. Saya mula memupuk penulisan dari sekolah rendah lagi (70an) melalui akhbar dalam sekolah dan berkembang ke akhbar harian termasuklah Berita Harian dan Utusan Malaysia. Kemudian berkembang ke Dewan Siswa, Dewan Masyarakat malah saya pernah menjadi penyumbang (cerita pendek bukan lukisan katun!) dalam majalah Gila-Gila.

 Arwah Pak Matlob umpamanya pernah memilih saya sebagai salah seorang penulis muda dalam pasukan Berita Harian yang diasuhnya. Ada di antara kami kini menjadi penulis novel yang terkenal. Begitu juga arwah Rejabhad Gila-Gila sentiasa membimbing saya malah pernah beliau datang ke Taiping semata-mata untuk berjumpa dengan saya.

Kemudian saya berpeluang mempertingkatkan lagi penulisan saya semasa bekerja di majalah Roda-Roda sebagai seorang motorsport journalist (1986-1989). Selepas itu walaupun saya bekerja di industri perkilangan, saya sentiasa terbabit dalam sidang editorial bahan bercetak ini. Saya manfaatkannya sebagai bidang perkongsian maklumat.

Media social mula mengambil-aleh media bercetak ini. Malah ada media social berbentuk penulisan seperti blog juga “teruk dikerjakan” oleh media social lain seperti Facebook (FB). Seketika dahulu ramai kawan-kawan OSH saya aktif berblog tapi kini nampaknya saya berseorangan.


Membaca kolum Merrepak hari ini (akhbar yang disediakan di tempat membasuh kereta!), membuatkan saya bertanya-tanya persoalan yang diajukan oleh Johardy Hashim ini ini. Adakah sekarang sedang nazak media cetak ini?

No comments: