Pusat Jagaan Anak-anak Yatim Madrasah Ummu Sofiah Trong
Pusat Jagaan Anak-anak Yatim Madrasah Ummu Sofiah di
Trong adalah rumah amal terawal pengelibatan kami semenjak awal 2000. Ketika
itu kami belum lagi dikenali sebagai Komunti Amal Taiping (KaT). Antaranya beberapa
aktiviti dan program sumbangan hasil kutipan beberapa buah Kelab Motosikal di
Taiping dan juga beberapa organisasi (kebanyakannya kilang) di Taiping,
termasuk Majlis Iftar bersama-sama penghuni Sekolah Tunas Bakti Taiping. Kami juga
mengaturkan pemeriksaan dan rawatan gigi anak-anak ini di Klinik Pergigian Dr
Norshima Kamunting.
Bermula tahun 2015, KaT kembali menumpukan perhatian ke
Ummu Sofiah. Alhamdulillah setakat ini KaT telah mengelolakan berapa aktiviti
dan program amal seperti;
1. Sebagai pengantaraan aktivitis budaya, En. Hilal Azman
dan rakan-rakannya menyumbang persiapan Ramadan,
2. Mengelolakan Khidmat Masyarakat Pelajar-pelajar Lake
View College Bukit Merah Semanggol dan
Makan Malam BBQ
3. Sumbangan Barangan Hygiene & Makan Tengahari
4. Sumbangan Penapis Air Utama Luar Rumah
5. Program Gunting/Dandam Rambut & Makan Tengahari
6. Sumbangan Peralatan Sekolah (Beg, Alat Tulis & Bekas
Minuman) & Makan Tengahari
7. Sumbangan Seragam Sekolah
8. Sumbangan Jubah
In sya Allah, di masa terdekat ini KaT menguruskan
sumbangan t-shirt sukan lengan panjang (anak perempuan) dan lengan pendek (anak
perempuan) dari Hamba Allah Kulim, serta sumbangan tudung dari Hamba Allah
Taiping.
Pusat Jagaan Anak-anak Yatim Madrasah Ummu Sofiah
No.1, Kampung Jarum Mas,Sungai Nyior, 34800 Trong
Penjaga/Pengurus: Puan Faridah Bt Haji Abdul Karim (HP 019 568 7994)
Bilangan terkini: Anak
perempuan x26 orang. Anak lelaki x 4 orang
Sekiranya tuan/puan
berhasrat untuk membuat sumbangan, KaT mengesyorkan agar tuan/puan berhubung
terus Penjaga/PengurusRumah Ummu Sofiah, Puan Faridah.
KaT juga bersedia untuk
membantu mengelolakan aktiviti dan program amal jika diminta bantuan.
No comments:
Post a Comment