Tuesday, July 14, 2015

Majlis Iftar & Sumbangan Anak-anak Yatim & Miskin Komuniti Amal Taiping (KaT) 1436/2015





























Majlis Iftar & Sumbangan Anak-anak Yatim & Miskin Komuniti Amal Taiping (KaT) 1436/2015

Alhamdulillah selesai sudah kemuncak program Komuniti Amal Taiping (KaT) di bulan Ramadan 1436/2015 ini dengan berlabuhnya Majlis Iftar & Sumbangan Anak-anak Yatim & Miskin Tafiz Amal Nur Qaseh, Kampung Perwira, Kamunting dan Kediaman Cahaya Ain, Bagan Serai.

Seramai 40 anak-anak (29 ANQ & 11 KCA) diraikan di Hotel Warisan Taiping dengan semua sumbangan seperti iftar, pakaian dan peralatan aidifitri, goodies dan duit raya adalah sumbangan orang ramai melalui KaT.

Alhamdulillah di tahun ini, Syarikat TM menyertai majlis ini dengan menyalurkan zakat perniagaan kepada kedua-dua rumah kebajikan ini. TM juga menaja sebahagian kos pengurusan majlis ini.
TM diwakili oleh Pengurus Besar TM Perak iaitu Tn Hj Badrul Hisham Bahari dan isterinya, Pn Sri Rahayu Hashim. Turut serta dalam majlis ini ialah kakitangan TM Ipoh dan Taiping.

Majlis dimulakan dengan hafazan pelajar tafiz, Muhammad Fikri Mohd Zuki 11 tahun dan diuji oleh Mohd Habibullah Mhd Fidzal, 14 tahun. Majlis juga diserikan dengan persembahan  Qasidah Tafiz Amal Nur Qaseh yang diketuai oleh Mohd Izzuddin Nordin 14 tahun.

Azan Magrib digemakan oleh Mohd Zaki Osman 17 tahun.

(Untuk catatan, Muhammad Fikri adalah Johan Hafazan Kebangsaan Peringkat Sekolah Rendah tahun 2015. Manakala Mohd Zaki adalah Naib Johan Azan Peringkat Sekolah Menengah 2015).

KaT ingin merakam ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung menjayakan majlis ini. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas sumbangan dan amalan mereka ini.

Gambar oleh En. Basharuddin

Tuesday, July 07, 2015

Aidilftri pertama tanpa lelaki bergelar suami dan ayah.



Aidilftri pertama tanpa lelaki bergelar suami dan ayah.

Kepada mereka yang biasa melalui laluan dari Ekspo ke Rumah Awam, mesti tampak Gerai Pisang Goreng di tepi jalan ini. Gerai kecil ini diusahakan oleh Norazni Kabidin bersama isterinya Zaniah Baharum dan kadang-kadang ditemani dua orang anak mereka iaitu Muhammad Aliff Danial, 11 tahun dan Muhammad Aidil Danial, 8 tahun.

Menjelang Ramadan baru-baru ini, gerai ini sudah tidak beroperasi lagi setelah sisuami, Azni meninggal dunia. Putuslah sumber pendapatan keluarga ini. Sebelum ini arwah Azni pernah bekerja di kilang Silverstone tetapi terpaksa berhenti akibat masalah pengelihatan.

In sya Allah, Komuniti Amal Taiping (KaT) dengan dana sumbangan orangramai, akan mengurangkan beban keluarga ini menjelang Aidilftri. Sabtu 11 Julai 2015 ini, KaT akan bawa anak-anak yatim ini membeli pakaian raya di AEON Taiping. In sya Allah juga pada hari yg sama keluarga ini akan diraikan dalam Majlis Iftar sumbangan Restoran Selera Malam Taiping. Dalam majlis ini, KaT dan Kelab Cintai Taiping akan menyumbangkan barangan mentah dapurmakanan, kelengkapan sekolah, kuih raya dan duit raya.

Keluarga ini sekarang menetap di Lot 7356, Lorong Polikllinik, Kampung Expo, Kamunting.


Pm saya utk contact number dan acc no bnk keluarga ini

Wednesday, June 17, 2015

PROGRAM BERAMAL & BERKONGSI REZEKI DENGAN ANAK YATIM / TAFIZ


PROGRAM BERAMAL & BERKONGSI REZEKI DENGAN ANAK YATIM / TAFIZ
Aidilfitri 1436 / 2015 bakal menjelang. Kami, Komuniti Amal Taiping (KaT) sedang mengumpulkan dana untuk mendapatkan sepasang pakaian raya untuk Anak-anak Yatim & Miskin Tafiz Amal Nur Qaseh Kamunting (29 org) dan Kediaman Cahaya Ain Bagan Serai (10 org).
Mereka yang ingin menyumbang boleh hubungi penyelaras KaT, Lukman Wan Mat Daud 0195582626 whatsapp/sms. Jumlah sumbangan tidak ditetapkan.
Alhamdulillah dan terima kasih kepada penyumbang yang telah menaja t-shirt untuk anak-anak yatim & miskin ini.
* Semua pakaian serta sumbangan duit raya akan diserahkan dalam Majlis Iftar 12 Julai 2015 di Hotel Warisan Taiping

Prelude Ramadan - Bubur Nasi Anak Yatim, Tafiz & Warga Emas







Prelude Ramadan. Alhamdulillah malam tadi, anak--anak yatim dan tafiz Amal Nur Qaseh, Kediaman Cahaya Ain, warga emas Nurul Aaida dan Aminur Ain berpeluang berjuadah dengan Bubur Nasi sumbangan dari seorang Hamba Allah.
Mulai Khamis ini, in sya Allah 4 buah rumah amal ini akan menikmati juadah sahur dan iftar kelolaan Komuniti Amal Taiping dengan hasil sumbangan orang ramai.
Hanya Allah sahaja yang mampu membalas semua sumbangan tuan/puan ini.

Friday, June 12, 2015

Juadah sahur dan iftar sepanjang Ramadan 1436 / 2015 untuk 4 buah rumah amal sekitar Taiping


Juadah sahur dan iftar sepanjang Ramadan 1436 / 2015 untuk 4 buah rumah amal sekitar Taiping

Alhamdulillah, Komuniti Amal Taiping (KaT) akan menyediakan juadah sahur dan iftar untuk 4 buah rumah amal, (i) Kediaman Cahaya Ain, (ii) Amal Nur Qaseh, (iii) Nurul Aaida dan (iv) Aminur Ain sebanyak 21 hari (Isnin – Jumaat) sepanjang Ramadan 1436 / 2015 ini.  Dana juadah sahur dan iftar ini dari sumbangan orang ramai melalui KaT.

Untuk sumbangan judah iftar dan sahur pada hari Sabtu dan Ahad masih terbuka. Tuan/puan dialu-alukan untuk menyumbang terus / berhubung terus dengan rumah-rumah amal ini.

(i) Pn Ain, Rumah Anak Yatim & Miskin, Kediaman Cahaya Ain Bagan Serai 016-504 9564 
(ii) Pn Rozi, Rumah Warga Emas (P) Nur Aaida Ekspo Kamunting 019-578 7650
(iii) En Rustam, Rumah Warga Emas (L) Amirul Ain Ekspo Kamunting 014-241 0021 
(iv) En Roslan, Asrama Anak Yatim & Miskin Tafiz Amal Nur Qaseh Kpg Perwira, Kamunting 012-543 0322

Jika tuan/puan memerlukan Katerer kami (KaT) untuk memasak juadah sabtu/ahad ini, sila hubungi KaT atau sms/whatsup 0195582626 Lukman Wan Mat Daud.


Terima kasih kepada Cafe Cargaz Meals On Wheels (0173010161 Paie) untuk sumbangan juadah iftar menu Nasi Briayani pada 21 Jun 2015 Ahad kepada 4 buah rumah amal ini.

Thursday, June 04, 2015

Perjalanan amal kemasyarakatan Taiping, Terong, Bagan Serai, Kamunting dan Ulu Sepetang










Perjalanan amal kemasyarakatan Taiping, Terong, Bagan Serai, Kamunting dan Ulu Sepetang

Alhamdulillah seharian hari ini Komuniti Amal Taiping (KaT) dijemput bersama-sama dalam dua aktiviti amal kemasyarakatan. Seawal pagi sebuah NGO di Taiping mengajak KaT melawat Rumah Warga Emas Lelaki Aminur Ain Ekspo Kamunting. Hasil lawatan ini NGO tersebut akan menyumbangkan kerusi roda kepada rumah warga emas ini minggu depan.

Tengahari pula, tokoh budaya Taiping, En. Hilal Azman menjemput kami bersama-sama sahabat beliau suami-isteri dari Kuala Lumpur membeli sejumlah beras untuk diagih-agihkan ke rumah-rumah anak yatim dan miskin sekitar Taiping.

Kami bermula dengan Rumah Anak Yatim dan Miskin  Nur Hidayah Kampung Cheh, Bukit Gantang sebelum ke Rumah Anak Yatim dan Miskin Umi Sofiah Sungai Nyior, Terung.

Kemudian kami ke Rumah Anak Yatim dan Miskin Kediaman Cahaya Ain, Bagan Serai.

Perjalanan kami diteruskan ke Asrama Anak Yatim dan Miskin Tafiz Nur Qaseh, Kampung Perwira. Perjalanan kami hari ini berakhir di  rumah kelima iaitu Rumah Anak Yatim dan Miskin Nur Kaseh, Ulu Sepetang.

In sya Allah perjalanan kami akan bersambung minggu depan.

Hanya Dia sahaja yang mampu membalas sumbangan Hamba Allah ini. Semoga diberkati amalan Hamba Allah  sekeluarga ini, dimurahkan rezeki, diperlihara kesihatan dan keselamatan serta dipermudahkan-Nya segala urusan. Amin. In sya Allah, inilah doa kami dan doa penerima-penerima sumbangan ini.


Terima kasih juga kepada En. Hilal Azman yang sudi menjemput KaT bersama-sama dalam aktiviti amal kemasyarakatan ini.

Wednesday, May 27, 2015

Nasi Goreng Ikan Rebus Masjid Daerah Taiping










Nasi Goreng Ikan Rebus Masjid Daerah Taiping

Seperti Laksa yang saya pilih untuk makan hanya hari kedua dimasak (kuah perangat), begitu jika Ikan Goreng yang menjadi pilihan utama saya ialah Ikan Goreng Perangat.

Berbeza dgn Ikan Rebus (telah direbus dahulu) menyerupai Ikan Perangat walaupun baru pertama kali digoreng.

Pagi tadi saya kebetulan ada tugasan berhampiran Masjid Daerah Taiping mengambil kesempatan bersarapan menu Nasi Goreng Ikan Rebus di gerai halaman masjid ini.

Ikan Rebus atau Ikan Pelengat kata tok nenek saya, biasanya disediakan samada Goreng Garing atau Goreng Lembab.

Di sini Ikan Kembung Rebus digoreng garing menepati citarasa saya. Menyelerakan lagi ianya digoreng dengan bawang.

Nasi Gorengnya tidak kurang sedapnya. Disediakan juga Sambal Belacan dan Limau Purut.

Set ini bersama Teh-O dan Air Suam ialah Rm 5.00.

Gerai dibuka seawal pagi hingga 3.00ptg. Terdapat juga pelbagai menu.

Saya sudah terasa Mee Kicap memanggil-manggil saya utk kunjungan akan datang.

Nasi Goreng Ikan Rebus Goreng Masjid Taiping Kpg Jambu








Nasi Goreng Ikan Rebus Goreng Masjid Taiping Kpg Jambu
Sudah lama tak ke sini. Kunjungan terakhir rasanya sebelum Ramadan.
Saya berjuadah brunch di sini sebentar tadi.

Ikan Rebusnya masih digoreng hampir garing untuk mengekalkan kelembutan isi rebusnya. Kalau diberi pilihan, saya mahu segaringnya walaupun ini ikan menjadi keras tapi ranggup.
Begitu juga Bawang Besarnya hanya digoreng "bermain minyak" sahaja melengkapkan condiment ikan.
Sambal Belacannya menyempurnakan menu. Walaupun disertakan Ulam Timun, saya suka menyirakan ikan dengan sambal ini dengan perahan limau.
Akhirnya Sup Kosong tersedia untuk membasahkan sedikit nasi. Pilihan saya ialah untuk menikmati nasi kering untuk mengelakkan lidah tertipu dengan rasa sup
Menu sudah lengkap dan sempurna. Bagaimanapun, next visit saya akan order special demand iaitu, ikan mesti segaringnya, bawang lebih dan sambalpun lebih!

Tuesday, May 26, 2015

Program Sedekah Ramadan Berkongsi Rezeki Sahur & Iftar Anak Yatim & Miskin, Anak Tafiz dan Warga Emas di Ramadan 1436 / 2015




Alhamdulilah Update 26 Mei 2015 8.30pm
Jumlah slot 21 hari x 4 = 84 slot. Telah sah tajaan 71 slot. Masih kosong 84 – 71 = 13 slot.
Alhamdulillah program tahunan ini in sya Allah berjalan lancar dengan sumbangan tuan/puan. Program Sedekah Ramadan Berkongsi Rezeki Sahur & Iftar Anak Yatim & Miskin, Anak Tafiz dan Warga Emas di Ramadan 1436 / 2015.
Whatsapp Penyelaras Komuniti Amal Taping (KaT), Lukman Wan Mat Daud 019 558 2626
Slot hijau masih kosong. Slot coklat belum buka offer kerana bagi peluang masjid/surau

Saturday, May 16, 2015

The Good Guys and the Bad Guys





The Good Guys and the Bad Guys

{Di Malaysia ketika ini, siapakah Mayor Wilker? Siapakah Marshal Flag dan siapakah bekas pen jenayah yang insaf dan baik, John Mckay?)

Semalam saya tertengok filem cowboy claasic bertajuk The Good Guys and the Bad Guys (1969). Mulanya hanya menyangkakan ianya sebuah lagi filem cowboy yang mengisahkan marshal yang membenteras jenayah. Rupa-rupanya filem ini sarat dengan mesej kehidupan, malah amat sinonim dengan scenario politik masa kini, termasuklah di Malaysia.

Filem ini mengisahkan Flag (Robert Mitchum), marshal tua di Progress yang “dipencenkan” secara terhormat dalam suatu majlis penghargaan perkhidmatan oleh Mayor Wilker (Martin Balsam).

(Mulanya saya menyangka Flag dilakonkan oleh Rock Hudson terutama dagu Mitchum turut berlekuk seperti Hudson!)

Plot cerita bermula dengan Mayor Wilker yang sedang sibuk dalam persediaan piihanraya, tidak menghiraukan permintaan Marshal Flag untuk mengumpul penguatkuasa sebagai persediaan menghadapi rompakan keretapi. Flag dimaklumkan oleh Grundy (Douglas Fowley), orang tua yang membawa diri ke hutan, mengenai kelibat  John McKay (George Kennedy), bekas perompak keretapi yang termasyur tetapi telah dikatakan mati semasa rompakan terakhirnya 20 tahun dahulu.

Mayor Wilker cuba menonjolkan dirinya seorang yang prihatin terhadap penduduk Progress tetapi pada masa yang sama mengambil kesempatan dari penduduk di situ. Wilker membina imejnya dengan mengusir keluar pelacur dari Progress tetapi pada masa yang sama dia juga membuat hubungan sulit dengan seorang suri rumah, isteri kepada pemandu keretapi, iaitu Tina Louise (yang terkenal sebagai Ginger dalam Gilligan's Island).

Walaupun telah dipencenkan, Flag berterusan memburu McKay. McKay sebenarnya diminta oleh serombongan penjenayah muda yang diketuai oleh Waco (David Carradine).

Flag berjaya memberkas McKay dengan pertolongan Grundy tetapi Mayor Wilker tidak membenarkannya ditahan di lokap Progress. Flag membawa McKay ke rumah tumpangan Mary (Lois Nettleton), seorang wanita muda yang menyukai Flag.

Waco dengan gerombolannya meninjau Progress pada malam sebelum rompakan. Salah seorang pengikutnya membuat onar di sebuah pub dan telah menembak mati (dari belakang) Grundy.

Dalam kesakitan akibat cedera, Grundy meminta agar dia dibawa berjumpa dengan Flag.  Grundy mati di pangkuan Flag. Kejadian ini menimbulkan kemarahan McKay. Walaupun dia adalah penjenayah tetapi dia berprinsip tidak menembak orang tanpa sebab.

Keesokan harinya semasa Mayor Wilker meninjau depoh keretapi, dia mengesan beberapa prompak telah memgambilaleh depoh tersebut sbagai persediaan untuk merompak keretapi.

(Dalam perjalanan ke depoh, Wilker terserempak dengan beberapa kanak-kanak yang inginkan kepastian bilakah pembunuh Grundy akan digantung. Menarik scene ini apabila seorang kanak-kanak itu mengingatkan Wilker supaya memgambil tindakan. Jika tidak, mereka (anak-anak ini) tidak akan mengundinya)

Wilker kemudiannya meminta bantuan Flag. Flag bersetuju dan dan McKay juga bersetuju membantunya. Pada masa ini Wilker sudah membayangkan dia akan pasti menjadi tumpuan media dan orang ramai jika perompak keretapi itu ditangkap kelak.

Plot seterusnya berkaitan dengan usaha Flag dan McKay menghalang rompakan dan usaha mereka berjaya.

Wilker juga didendangkan sebagai wira malah ada yang membayangkan beliau akan dipilih menjadi Gabenor. Menariknya ucapan Wilker apabila dia “merendah diriz”, menyerahkan keputusaan kepada rakyat yang akan mengundinya sama ada sebagai Mayor atau Gabenor.

Kilmaks filem ini ialah Flag masih mengari McKay untuk diserahkan kepada pihak berkuasa. Flag juga yakin hukuman McKay untuk jenayah yang dilakukannya 20 tahun yang akan dikurangkan sementelah membantu beliau menggagalkan rompakan keretapi yang terbaru.

Di Malaysia ketika ini, siapakah Mayor Wilker? Siapakah Marshal Flag dan siapakah bekas pe jenayah yang insaf dan baik, John Mckay?

Dalam filem ini juga terjawab apakah pekerjaan yang tertua kedua lamanya di dunia? Pengamal filem, Hishamuddin Rais sudah acap kali dalam tulisannya menyentuh pekerjaan yang paling tertua di dunia ini,

Agak menariknya juga, artis Tina Louise yang hanya memegang watak tempelan dalam filem ini tetapi imej sexy nya ditinjolkan di dalam setiap poster promosi filem ini.

Banyak yang boleh dipelajari dari file mini. Saya juga tertanya-tanya jika ada mana-mana prodesur filem yang sanggup mengadaptasi plot cerita ini ke genre filem atau drama. Jangan guna tajuk dan plot Suamiku Perompak Bank pula sudahlah!

http://orangkecilorangbesar.blogspot.com