Tuesday, July 15, 2008

Rope Walk Taman Selat





Rope Walk Taman Selat

Ada yang mengelarnya “Rope Walk Taman Selat”. Terletak di kawasan rumah kedai berhampiran jeti Butterworth, Pasar Lambak Taman Selat agak berbeza konsepnya dengan Pasar Lambak Lorong Kulit, Pulau Pinang atau Pasar Lambak Memory Down Lane, Jalan Horley di Ipoh. Ianya lebih mirip ke Pasar Minggu atau Pasar Hari.

Bagaimanapun suasananya lebih teratur, selesa dan berbumbung.

Kunjungan aku ke sana Ahad lepas pada pukul 10.00 pagi masih menyaksikan pekedai-pekedai baru sampai membuka barangan mereka. Difahamkan pihak berkuasa tempatan merancang untuk mengadakan pasar lambak ini setiap hari dan melanjutkan masa perniagaan hingga lewat malam ataupun lewat pagi.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Saturday, July 12, 2008

Ahmad Nazri, the Great Defender

Aruah semasa hayatnya sering bersarapan dengan aku di Kopitiam Loke Sun ini. Kopitiam ini sekarang ini diambil aleh oleh Restoran A Rahman (bersebelahan Pejabat Daerah)

Ahmad Nazri, the Great Defender

Aruah Ahmad Nazri adalah seorang pemain bolasepak kebangsaan era 60an/70an. Bermain di posisi pertahanan, aruah juga mewakili Perak.

Aku pernah menulis kisah aruah di dalam sebuah website awal tahun 2000an. Selepas bersara dalam lapangan bolasepak, aruah bertukar minat ke tenis dan turut menjadi jurulatih tenis kepada remaja di Taiping.

Kebetulan rumah aruah tidak berapa jauh dengan rumah orangtua aku di Taiping. Malah aku juga mengenali beberapa anak aruah dan pernah bekerja dengan menantu aruah yang juga merupakan seorang yang aktif dalam motorsport

Aku berkesempatan menziarah mayat aruah semasa malam hari kematiannya pada 2-Disember 2007 lalu.

Al Fatihah untuk aruah.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Sabri The Bear @ The Great One Man Show Performance


Taiping Great Man

Sabri The Bear @ The Great One Man Show Performance

Bulan lepas, masa balik dari makan malam, aku terserempak dengan Mohamad Sabri atau lebih dikenali dengan Sabri The Bear di dalam lift Hotel Sunway. Dia dijemput untuk membuat pesembahan “one man show” oleh alumni sebuah sekolah menengah di Bukit Mertajam.

Sabri yang aku anggap sebagai The Great One Man Show Performance di Taiping memang sering dijemput untuk membuat persembahan makan malam dan sebagainya di merata tempat di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Malah melalui aku, dia juga sering dijemput membuat persembahan di makan malam atau acara siang di majlis motorsport sehingga ke Trek Lumba Pasir Gudang.

Selain bermain pelbagai muzik, Sabri terkenal dengan lagu-lagu rakyat dan celotehnya yang tidak kering gusi kepada yang mendengarnya.

Ada yang berminat untuk menjemputnya? Emailkan kepada aku dan aku akan bagi nombor handphonenya. Gerenti berbaloi menjemputnya. Harganya amat-amat berpatutan.
lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Negara ter-happy di dunia. Kita no. 17

Malaysia di tangga ke 17 sebagai sebuah negara “ter-happy dunia”. Manakala Denmark menduduki Negara pertama “ter-happy” di dunia. Kajian oleh sebuah universiti.

Friday, July 11, 2008

Tunjuk bontot (Periuk nasi jangan sepak!)

Tunjuk bontot (Periuk nasi jangan sepak!)

(Ini siri terakhir kisah-kisah “Tunjuk bontot”- sudah ada yang respons kata aku “gila bontot”!)

Dua, tiga tahun lepas ada kenalan aku yang juga ketua jabatan di agensi kerajaan di Taiping, dijemput membuat operasi bersepadu mencegah maksiat di Taiping. Operasi di waktu malam ini melibatkan polis, pihak berkuasa tempatan, pejabat agama dan beberapa buah agensi kerajaan.

Antara kawasan sasaran mereka ialah Taman Tasek Taiping. Taman Tasek Taiping ini adalah taman rekreasi tertua di Malaysia. Jika siangnya sibuk dengan manusia yang berekreasi atau berlibur, di waktu malamnya ”sibuk” dengan kegiatan-kegiatan yang sudah sinonim dengan sewaktu dengannya. Ini yang menyebabkan ada yang mengelar kawasan ini ”Taman Seri Kulum” dengan cerita-cerita ”untuk aircorn hanya perlu tambah 10 sen”, dan sebagainya.

Berbalik kepada kisah operasi bersepadu yang diceritakan kenalan aku ini. Kalau dia tipu aku, aku pula akan menipulah yang membaca siratan ini. Tapi kenalan aku ini memang terkenal apa yang dituturnya adalah benar dengan segala-galanya benar belaka.

Semasa operasi, pekerja-pekerja di ”Taman Seri Kulum” ini bertempiran lari. Ada yang dapat ditangkap. Malah ada yang terjun ke dalam tasek! Salah seorang yang dapat ditangkap itu mengeluarkan ”langkah pencak kung-fu” terhadap pihak berkuasa yang menahannya. Jangan hairan kalau kederat mereka ini mengalahkan lelaki normal.

Semasa ”berpencak kung-fu” itu, pihak berkuasa yang terpaksa mempertahankan diri ini dapat melayangkan satu ”flying-kick” dan terkena bontot pekerja ”Taman Seri Kulum” ini.

Hendak tahu apa kata pekerja ”Taman Seri Kulum”?

”Abang nak sepak saya kat mana pun tak apa! Periuk nasi saya jangan sepak”; dengan suara yang garau dan kemarahan-marahan. Tak pasti semasa itu dia turut kemalu-maluan!

Auwwwww...............

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Tunjuk bontot (Solek bontot)

Di Perodua Alor Setar, 10-Jul-2008, 3.00pm

Di Taiping, 11-Jul-2008, 10.00am

Di Taiping, 11-Jul-2008, 11.30am

Tunjuk bontot (Solek bontot)

Walaupun boleh dikatakan aku ini “OTAI” dalam motorsport, aku tak berapa suka “modify” kereta atau motosikal yang aku guna seharian. Lainlah kalau kereta atau motosikal itu sememangnya hendak digunakan untuk rally atau racing yang akan aku modify habis-habis.

Pernah sekali itu aku dijemput memberi ceramah kepada suatu kelab motor di IPTA. Habis sahaja ceramah berderu ahli-ahli kelab motor ini hendak tengok kereta atau motor apa yang aku guna dan apa yang telah aku modify. La! Kata depa; semuanya “standard OE” – orginal equipment.

Tapi pagi tadi aku rasa hendak solek sikit bontot Myvi yang aku baru ambik dari Perodua Alor Setar petang Khamis 10-Jul-2008.

Mula-mula aku besarkan sikit mata belakang dia. Cei-mei sangat sebelum ini. Aku tambah “reflector” atas. Bila mata sudah tak cei-mei, aku rasa macam “bogel” pula. Kemudian aku tambah ekor dia (spoiler).

Itu sahaja yang aku solek bontot Myvi ini.

Yang lain semua “standard OE”. Bukannya tambah itu, tambah ini boleh tambah laju ataupun sekurang-kurangnya boleh jimatkan minyak.

Sekarang ini nak buat apapun kena fikir pasai minyak. Macam kata orang rumah aku; cekodok goreng pun kuat makan minyak!

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/


Thursday, July 10, 2008

Jangan ikut bontot aku

Email ini diterima oleh seorang rakan mailing list group

Don't walk in front of me,
I may not follow.

Don't walk behind me,
I may not lead.

Just walk beside me and be my friend.

"People Will Forget What U Said
People Will Forget What U Did
But People Will Never Forget How U Made Them Feel "

Tunjuk bontot (Muka ditunjukkan bontot!)

Tunjuk bontot (Muka ditunjukkan bontot!)

(Siratan ini tiada kena-mengena dengan isu “tunjuk bontot” baru-baru ini)

Penghujung 90an, aku bawa group 4x4 ke Phuket. Group ini ikut trip consider Family Outing. Adalah juga “sikit-sikit” obstacles macam masuk sungai (anak sungai), lalu titi kecik, naik bukit, turun bukit dan tebing senget.

Ramai yang bawa family, siap dengan anak kecik yang masih menyusu pun ada!

Sesampainya di Phuket sebelah malamnya acara bebas. Tetapi ramai juga yang hendak pergi meronda dalam group. Member aku buat agenda lawat satu pusat hiburan. Sebelum itu dia sudah terangkan “apa yang ada” dalam pusat hiburan ini. Tapi semua kata ok. Kaum bapa memanglah awal-awal lagi kata ok. Kaum ibu pula heret anak-anak kecik masuk sekali.

Rupa-rupa ada “pertunjukan harimau”! Harimaunya seekor tapi multi-jantina. Jenuh harimau ini peluk tiang besi berkilat yang ada atas ”stage” tapi tak naik-naikpun.

Tiba-tiba harimau multi-jantina ini merangkak manja ke tepi stage. Ada seorang kaum ibu pula duduk betul-betul tepi stage dengan anak-anaknya. Suami kepada seorang kaum ibu ini pula entah ke mana perginya.

Tanpa disangka-rable, harimau ini membelakangkan bontot menghadap ke audience dan melondehkan seluar kecik yang dipakainya. Rasa-rasanya adalah tak sampai sejengkai jarak bontotnya ke muka seorang kaum ibu ini. Nasib baik dia tidak “mendepankan” bahagian depannya semasa melodehkan seluar keciknya. Kalau tidak tentu “terpancul ekornya” (jika ada)!.

Apa riaksi seorang kaum ibu ini?

“Coih, coih, suwei, suwei.................”

“Ini macam satu lahun beli lombor pun talak kena............”


Nasib baik akupun tak beli nombor. Kalau tidak setahun tak kena nombor itu!

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Tunjuk bontot (Pesanan guru aku)

Tunjuk bontot (pesanan guru aku)

(Siratan ini tiada kena-mengena dengan isu “tunjuk bontot” baru-baru ini)

Pesan guru aku dalam “stage performance” ialah; jangan tunjuk bontot kepada audience .

Pesan guru aku dalam “public speaking” ialah; jangan tayang bontot kepada participant.

Pesan guru aku dalam “video recording” ialah; jangan membelakangkan kamera.

Pesan guru aku dalam “leadership hierarchy” ialah; jangan membelakangkan pemimpin.

Pesan guru aku dalam “parenthood” ialah; jangan membelakangkan kedua-dua orang tua.

Pesan guru aku dalam “motorsports” ialah; telan air liur sajalah kalau nampak bontot dalam arena motorsport macam kat bawah ini.



Sumber gambar; diterima melalui email. Gambar pertama di Sepang. Gambar kedua di Jamaica.

Monday, July 07, 2008

Genap setahun dan mula menuai hasil

Genap setahun dan mula menuai hasil

Pada 25 Jun lalu genaplah setahun aku memblog. Bermula dengan satu blog; The Journey
pada 25-Jun-2007, aku berpindah kepada dua blog iaitu; OSH The Journey, OSH dan Orang Kecil Orang Besar, OKOB pada 17-Mac-2008.

Kemudian respons daripada kekawan alumni, aku terbitkan satu lagi blog; Izzuddin 8084.
Juga respons dari kenalan terutama yang baru belajar memblog, aku terbitkan blog khas panduan memblog iaitu; Manafaat Blog.

Pada bulan lepas juga kali pertama aku mendapat Cek Bayaran dari Nuffnang. Aku tidak pasti sama ada bayaran itu berdasarkan penghujung dari kedua-dua blog OSH dan OKOB atau hanya salah satu darinya. Ini kerana hanya blog OSH dan OKOB sahaja aku daftarkan dalam Nuffnang.

Walaupun sekadar bayaran asas, aku menganggapnya sebagai penghargaan kepada usaha aku memblog.

Terbaru pada 5-Jul-2008, aku menerima email dari Nuffnang memaklumkan Digi telah memilih Blog OSH untuk pengiklanan produk mereka selama seminggu dari 27-Jul-2008 hingga 2-Ogo-2008.

Sebenarnya sebelum ini Blog OSH agak perlahan dan suram penghujungnya jika dibandingkan dengan Blog OKOB. Mungkin kandungan Blog OSH agak akademik menyebabkan ianya menjadi tumpuan kepada golongan-golongan tertentu sahaja. Bagaimanapun kebelakangan ini penghujungnya mula meningkat dan kehadiran beberapa penghujung kerap dari luar negara seperti Amerika, Jerman, Australia, Jepun, Hongkong, Singapura dan Indonesia telah meningkatkan lagi jumlah penghujungnya.

Ini adalah catatan bilangan penghujung sehingga hari ini;

Blog OSH; 3,169 penghujung dengan 103 posting.
Blog OKOB; 3,986 penghujung dengan 156 posting.

Terima kasih tidak terhingga kepada semua penghujung yang telah, sedang dan akan menghujungi mana-mana blog milik aku.

Apa yang baik jadikan teladan.
Apa yang buruk jadikan sempadan.
Manafaatkan setiap kunjungan anda.


lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Sukar untuk mengatakan; maaf saya tidak boleh membantu kali ini!

Sukar untuk mengatakan; maaf saya tidak boleh membantu kali ini!

UTP atau Universiti Teknologi Petronas ini sememangnya agak sinonim dengan aku. Kebetulan aku sempat belajar di sini atas kapasiti pelajar kejuruteraan mekanikal USM 1997 – 2001 secara PPJJ.

Jemputan untuk membantu persatuan mahasiswa menganjurkan acara “treasure hunt” sempena Pesta Konvo tahun ini agar sukar untuk aku menolaknya. Lebih-lebih aku telah dirisik dan dijemput seawal tahun 2008 ini bermula. Malah pengelibatan aku dalam penganjuran acara bersempena dengan Pesta Konvo di UTP ini bermula seawal tahun 2000an dengan meliputi semua acara yang kebanyakannya berbentuk “treasure hunt”, motor show, pameran dan pertandingan kenderaan, pertunjukan “precision driving”, “stunt & drift”, dan sebagainya.

Malah di tahun lepas di bulan Ramadhan, aku turut bersama-sama dengan Kelab Kabuki Rider UTP mengadakan program amal di Rumah Anak Yatim, Ghazaliatul, Kati, Kuala Kangsar.

Semalam bersama-sama tiga pelajar, kami mengatur laluan untuk acara “treasure hunt” yang akan diadakan pada pertengahan Ogos nanti. Sempat juga aku singgah di Tapah berjumpa rakan sesama sekolah dan zaman bujang di KL.

Menunggu pengelibatan aku untuk turut-serta ialah;

4x4 Off Road di Kedah
Cub Prix di Kedah
Treasure Hunt Jabatan Alam Sekitar Perak (Ipoh – Melaka)

Ini tidak termasuk beberapa program sempena kemerdekaan dan aktiviti amal di bulan Ramadhan yang bakal menjelang ini.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/







Wednesday, July 02, 2008

Hitam, hitam sitampok mangis


Hitam, hitam sitampok mangis, hitam sikit banyak yang manis
Hitam, hitam sitampok mangis, luarnya hitam, isinya puteh

Hitam, hitam buah mangis, di luar hitam di dalam manis
Hitam, hitam bontot kuali, sudahlah hitam tak berguna pulak tu


Aku balik rumah bujang di Changlung malam tadi sekitar 12.00 tengah malam. Ternganga beg plastik besar di ruang tamu berisi rasanya dekat 20 biji buah mangis. Tentu rakan ”sebujang” yang bekerja di sebuah agensi pertanian ini yang membawa balik.

Prinsip kami ”sebujang” mudah sahaja. Kalau benda ”ternganga” itu makna dipersila-silakanlah.

Begitu juga yang diamalkan di ”pantry” di pejabat aku bekerja. Kalau ada makanan di atas meja, dipersila-silakan. Tidak perlu menunggu dijemput.

Bulan lepas seorang rakan menghantar email yang beliau kini terlibat dalam jualan langsung produk minuman kesihatan berasaskan kulit buah mangis dari luar negara.

Aku tanya seorang rakan yang terkenal dengan penghasilan komersial herba-herba ini. Mengapa kita tidak boleh buat sendiri minuman kesihatan berasaskan kulit buah mangis ini. Rupa-rupanya bekalan yang sedia ada tidak mencukupi serta buahnya pula bermusim menyukarkan untuk dikumpulkan dalam kuantiti yang banyak dan sedia ada.

Antara pokok yang aku boleh panjat ialah pokok mangis kerana cabangnya yang banyak. Teringat aku sebuah kisah (ada sedikit unsur SX18!) yang berkaitan dengan cabang pokok mangis ini.

Di sebuah kampung ada seorang janda yang tinggal berdua dengan anak gadisnya yang berusia 10 tahun. Di hadapan rumah mereka ada sebatang pokok mangis yang sedang berbuah. Oleh kerana dahannya yang merindang, anak gadis ini selalu memanjat dan memakan buah mangis di atas salah satu cabangnya.

Suatu hari jiran mereka Wak Parjo melintasi bawah pokok mangis tersebut. Terkejut Wak ini apabila kulit mangis terjatuh dan hampir mengena kepalanya. Wak pun mendongak ke atas.

’Astarfirullah!,” beristifar Wak apabila terpandang anak gadis tadi yang sedang terkangkang di atas salah satu cabang pokok mangis itu.

”Ke mari nak”, panggil Wak sambil menghulurkan RM 5.00.

”Ambil wang ini dan belinya ”spender”. Gantikan kau yang punya koyak itu”.

Si anak berlari girang masuk ke dalam rumah dan menceritakan kepada ibunya. Ibunya terfikir, kalau si anak kecil mendapat RM 5.00 untuk seluar dalam baru, tentu kalau dia akan mendapat lagi banyak wang.

Esoknya si ibu memanjat pokok mangis ini dan menantikan kedatangan Wak Parjo. Apabila Wak Parjo melalui di bawah pokok mangis ini, si ibu membalingkan kulit mangis.

”Astarfirullahu-azim!,” beristifar Wak bukan sekali tapi berulang-ulang kali apabila terpandangkan si ibu yang sedang terkangkang di atas salah satu cabang pokok mangis itu.

”Ke mari kau”, panggil Wak sambil menghulurkan 20 sen.

Keheranan si ibu lalu bertanyakan kepada Wak Parjo.

”Semalam anak saya dapatnya RM 5.00 untuk ”sepender baru”! Tidak mungkin saya hanya dapat 20 sen!”.

Wak menjawab;

”Wak bagi 20 sen bukan untuk untuk dibeli ”sepender” tapi untuk dibeli pisau cukur. Perlu ditebas rumput-rumput yang semak itu.”

The End

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Tuesday, July 01, 2008

Tak kan tak faham lagi?

Nak tahu kesan kenaikan harga minyak?

Nak tahu kesan kenaikan harga minyak?

Siapa kata kami penarik beca di Tanjung ini tak terasa kesannya?

Abang Leman ”Black Pilot”
Penarik Beca Sepenuh Masa di Penang Road
29-Jun-2008

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com

Inginkan photo-photo dengan ”frame-frame” menarik seperti ini? Klik di sini.

Akhirnya ........

Klik di sini untuk panduan kepada rerakan yang hendak kahwin lebih dari satu.

Man of the hour: Mohamed with wives Wan Rukiah (left) and Noraini outside the Syariah High Court yesterday.

Dad of 18 can take fourth wife
By R.S.N. MURALI, The Star, 1-July-2008

KUALA TERENGGANU: After three futile attempts, an odd-job worker walked out of the Syariah High Court here beaming after it granted him permission to marry his newfound sweetheart who is 16 years his junior.

In giving Mohamed Nor Awang the nod yesterday to marry Suzi Sulong, 34, judge Sheikh Ahmad Ismail Hakim noted that his three wives had consented to him taking a fourth wife.

Sheikh Ahmad also cited Mohamed’s perseverance in appearing three times before the court – on March 16, May 15 and May 18 – to appeal his case, as one of the factors for the court to grant its consent.

“To be frank with you, before this proceeding, I met your future wife and her family and urged them to look for another candidate as you already have three wives, but Suzi told me that no man could replace you in her heart,” the judge told Mohamed.

Sheikh Ahmad admitted that the court found it difficult to grant him permission at first due to that fact that he might not be able to maintain four wives on his monthly RM3,000 income.

“But your three wives told the court they are willing to help each other out (financially), which shows there is cooperation among them,” he said in delivering his judgement.

Sheikh Ahmad said the court also took into consideration Mohamed’s plea that his work performance would be affected should the court denied his application.

The proceeding yesterday recorded statements from two witnesses who vouched for Mohamed’s ability to maintain a fourth wife on the supplementary income that he obtained from recycling abandoned wood.

Mohamed, 51, has 18 children, the youngest three years old, with his three wives, Wan Rukiah Mat Yusoff, 52, Kalthum Dollah, 39, and Noraini Daud, 40.



GEMBIRA: Mohamed Nor menunjukkan isyarat empat selepas permohonannya untuk mengahwini isteri keempatnya, Suzi Sulong diluluskan oleh Mahkamah Tinggi Syariah, Kuala Terengganu, semalam.

Pemandu dibenar kahwin ke-4
Oleh Hanneeyzah Bariah Baharin, Berita Harian, 1-Julai-2008

Mahkamah Tinggi Syariah ambil kira sokongan 3 isteri, kesungguhan Mohamed Nor KUALA TERENGGANU: Setelah empat kali berulang alik ke mahkamah, hasrat seorang pemandu lori, Mohamed Nor Awang, 57, dari Kampung Tok Fakir, Merchang, Marang, dekat sini, untuk memiliki isteri keempat akhirnya tercapai.

Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Shaikh Ahmad Ismail dalam penghakimannya, berkata mahkamah meluluskan permohonan Mohamed Nor selepas mengambil kira kesungguhannya yang sanggup hadir ke mahkamah sebanyak empat kali bagi menyelesaikan perkara berkenaan.

Selain itu, kata Shaikh Ahmad, mahkamah turut mengambil kira sokongan tiga isteri, bakal isteri, Suzi Sulong, 34, dan saksi yang dibawa Mohamed Nor semalam.


Didoakan Abang Mat kita berbahagia ke hingga akhir hayat. Didoakan juga Abang Mat “tak jadi P.Ramlee”!

Madu Tiga

P. Ramlee

Senangnya dalam hati
Kalau beristeri dua
Terasa dunia ini
Ana yang punya

Kepada isteri tua
Ana sayang padanya
Kepada isteri muda
I say i love you

( korus )
Isteri tua merajuk
Balik kerumah isteri muda
Kalau dua-dua merajuk
Ana kahwin tiga

Mesti pandai pembohong
Mesti pandai temberang
Tetapi jangan sampai
Hai pecah tembelang

( ulang dari korus )