Thursday, February 12, 2009

Macam tak nak meniaga saja!



Macam tak nak meniaga saja!

Pekan Tulis di Bangi ini adalah salah sebuah kedai buku yang aku selalu pergi semasa sambung master di UKM dahulu. Banyak kelengkapan alat tulis yang ada di dalam kedai ini. Kedai ini juga menjadi tumpuan ketika itu sementelah ianya salah sebuah kedai buku yang terawal di sini.

Tetapi tidak setahun dua ini. Kedai ini lengang dan sepi bagaikan diserang garuda. Mungkin juga sudah banyak kedai-kedai yang menjual kelengkapan alat tulis di bangunan berhanpiran.

Sabtu lepas aku ke kedai ini. Sebelum itu jenuh juga menghulu-menghilir mencari kedai photostat yang boleh membuat salinan plan. Aku ternampak papan tanda di luar kedai buku Pekan Tulis menawarkan pelbagai perkhidmatan photostat.

Aku masuk ke dalam kedai. Sunyi sepi tanpa penghujung, tanpa pelanggan. Malah ”pekedai” juga tidak nampak kelibatnya. Inilah yang aku alami dalam setahun-dua ini apabila menjengah ke kedai ini. Bukan pelanggannya tiada malah ”pekedai” juga ”menyorok”!

”Tolong photostat plan ini, adik,” ujar aku kepada seorang gadis yang hanya muncul setelah lebih lima, enam kali aku memberi salam.

Sini tak ada photostat plan, encik!” jawab gadis tersebut.

”Itu kat luar ada tulis ada!”

Signboard tu lama punya.”

”Sebab apa tak tampal atau buka sahaja signboard tu. Tak apalah adik, tolong photostat surat ini 40 keping.” Aku menyuakan sekeping surat untuk diphotostat.

Photostat tak berapa elok encik.” jawab gadis tersebut sambil menunjukkan helaian kertas yang telah diphotostat dengan kesan hitam di bahagian tepi.

’Mesin satu lagi tu?” tanya aku aku sambil memusingkan kepala menunjukkan sebuah lagi mesin photostat.

Mesin itu rosak encik.”

”La! Kalau rosak kenapa tak panggil orang repair?” tanya aku.

Dia diam dan akupun diam mengenangkan ”perkhidmatan” sebegini. Teringatkan kisah ”Tipah Tertipu” tapi malas nak menyeranah kedai bangsa sendiri ini.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

3 comments:

Anonymous said...

Salam saudara....

Saya cuma ingin memaklumkan di sini bahawa sekiranya tuan masih memerlukan perkhidmatan fotostat dan printing atau sebarang bentuk yang berkaitan dengan perkara fotostat (binding -tape/comb/perfect etc)bolehlah menghubungi atau cuba melakukannya dengan saya daripada tuan ke kedai yang macam tak nak meniaga... Tak salah mencuba dengan kedai yang baru dan bersungguh-sungguh untuk meniaga... Harga yang akan ditawarkan serendah 2.5 sen bagi double sided photocopy dan 8 sen bagi printing... Perkhidmatan ambil dan hantar secara percuma disediakan.

Anonymous said...

Salam saudara....

Saya cuma ingin memaklumkan di sini bahawa sekiranya tuan masih memerlukan perkhidmatan fotostat dan printing atau sebarang bentuk yang berkaitan dengan perkara fotostat (binding -tape/comb/perfect etc)bolehlah menghubungi atau cuba melakukannya dengan saya daripada tuan ke kedai yang macam tak nak meniaga... Tak salah mencuba dengan kedai yang baru dan bersungguh-sungguh untuk meniaga... Harga yang akan ditawarkan serendah 2.5 sen bagi double sided photocopy dan 8 sen bagi printing... Perkhidmatan ambil dan hantar secara percuma disediakan.... 012-2997379

lukmanw@gmail.com said...

salam

Di mana kedai ini? Mmg byk nak photostat ni.