Wednesday, December 08, 2010

Cendol Spesel Boleh Tambah di Masjid Tanah









Cendol Spesel Boleh Tambah di Masjid Tanah

Bulan Oktober dan November lepas aku berulang-alik ke JB. Menariknya kedua-dua kali perjalanan itu aku minimize-kan penggunaan highway. Mulanya aku ikut jalan Costal Road dari Taiping, Pantai Remis, Sitiawan, Kuala Selangor, Klang, Morib, PD, Melaka, Muar, Batu Pahat, Pontian, dan JB. Kali kedua kerana kesuntukkan masa aku menggunakan highway hingga ke KLIA dan dari KLIA aku melalui Sepang, PD, Melaka dan Muar sebelum masuk semula highway ke JB. Menginap semalam di JB dan keesokannya selepas selesai urusan sekitar jam 4.00 petang terus balik Taiping menggunakan highway.

Kedua-dua perjalanan pergi ini aku melalui Masjid Tanah, Melaka. Kali pertama aku tiba di Warung Cendol Boleh Tambah (free top-up) ini jam 11.00 pagi. Sempatlah juga perkena Cendol Spesel dengan aneka ramuan sagu, kacang, pulut termasuklah durian (lepuk) serta Nasi Lemak. Kali kedua jam 4.00 petang dan cendolnya telah kehabisan.

Gerai ini terletak di antara Masjid Tanah dan Sungai Udang. Lokasinya di celah-celah Pokok Kelapa Sawit. Menariknya penguasa gerai ini memasang jaring agar daun dan juga najis burung tidak menganggu pelanggan yang sedang menikmati juadah. Lupa nak beritahu - pisang dan ais kosong juga free dan self-service!

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com

No comments: